Wednesday 30 January 2013

lala masak kam heong

selamat pagi..
lala masak kam heong ni merupakan menu makan malam kami semalam.. sebelum ni mmg xpernah masak lala.. seafood jarang sekali saya masak sb xpandai sebenarnya.. kalau nak makan,memang beli kat kedai je..


petang semalam suami balik rumah bawa lala ni.. dia suh tgk apa dlm plastik tu dan suh saya masak.. bila saya tanya apa benda tu.. dia xnak bgtau.. dia suh saya p tgk sendiri.. amboi.. masa tu perasaan mcm dlm masterchef pula.. cabaran kotak misteri.. hihi..

suami suh masak pedas2 tp xmau terlalu berkuah.. xmau versi sos tomato / cili..  dia yg cadangkan supaya buat lala masak kam heong ni.. jadinya,malas nak fikir byk.. teruslah masuk ke dapur walaupun fikiran mmg buntu masa tu.. belasah je lah kan.. yg penting boleh makan.. hehe..



LALA MASAK KAM HEONG


BAHAN2NYA:
  • 800g lala (anggaran je sb saya guna 2 pek lala yg dah siap packing tu)
  • 1 labu bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 sudu makan udang kering - rendam - tos - tumbuk kasar
  • 5 biji cili padi - tumbuk
  • 3 biji cili kering - rendam guna air panas - buang biji
  • daun kari secukup kegunaan
  •  1 sudu makan rempah kari (saya guna kari daging babas)
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 - 1 1/2  sudu makan sos tiram
  • 1 sudu kecil sos cili
  • sedikit air 
  • serbuk pati ayam tumix - ganti dgn garam pun boleh
  • sedikit gula
  • daun bawang secukupnya - dihiris

 BAHAN B:
  • 3 biji cili padi
  •  1 labu bawang merah - saiz sederhana
  • 1/2 - 1 inci belacan

CARA2NYA:
1. bersihkan lala & rendam seketika utk buangkan pasir & kotoran - toskan
 
2. bahan B di goreng sekejap dlm minyak panas - tumbuk dlm lesung batu & tumis semula menggunakan periuk & minyak yg sama (pastikan minyak dlm kuantiti yg sesuai ye.. jgn byk sgt) - ketepikan
 
3.  tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, cili kering, udang kering & daun kari - tumis hingga wangi

4. tambahkan serbuk kari & tumis lagi seketika

5. perasakan dengan kicap pekat, kicap cair, sos tiram, sos cili, pati ayam & gula - tambahkan air & masak hga kuah mendidih

6. tambahkan pula bahan B - masukkan lala dan gaul rata - sesuaikan rasanya mengikut citarasa masing2

7. tutup periuk beberapa minit sehingga lala masak.

8. matikan api - taburkan daun bawang - gaul rata & hidangkan.


walaupun first time masak tapi happy jugalah sebab menjadi.. yang penting adik & suami makan bertambah.. hehe.. oklah, entri berhenti di sini dulu.. selamat pagi semua..

Monday 28 January 2013

pearl milk tea

salam sejahtera semua.. 
entri yang cukup ringkas kali ini dengan pearl milk tea..


bila duduk rumah ni.. mulalah tekak minta disajikan ini itu.. nak keluar, malas.. jadinya pergilah selongkar apa2 di dapur.. tgk boleh buat menu apa..



idea nak buat pearl milk tea ni sb dah lama tak minum... itu pun anak yang minta.. sb dia suka mkn bubble @ black pearl tu.. jadinya,terhasillah entri utk kali ini..




hah.. inilah dia bubble atau black pearl.. yg ni saya beli online dari page puan normala binti taip.. mcm2 ada.. harga yg ditawarkan pun mmg cukup murah..  so,kalau korang berminat nak beli bolehlah like page tu ya..



sebelum ni,saya pernah kongsikannya di SINI dlm versi teh c peng tetapi kali ni saya olah sedikit utk menghasilkan pearl milk tea.. jom kita tgk resepinya..



BAHAN2NYA (SEGELAS) :
  •  air teh yg telah dibancuh - buat kaw @ pekat2 ye
  • susu cair - 1/3 gelas
  • gula melaka - secukup manis
  • ketulan ais kiub - secukupnya
  • fresh cream - 2-3 sudu besar
  • black pearl @ bubble - secukupnya - rebus dahulu

*sukatan susu cair tu saya guna gelas yang sama utk dihidangkan nti.. jadi dptlah kuantiti yg sepatutnya..

CARANYA:
1. satukan kesemua bahan KECUALI pearl & kisar - terpulanglah nak guna apa ye.. food processor / blender / shaker tapi pastikan tiada bau2an yang lain ya..

2.kalau dah berbuih , bolehlah tuangkan di dalam gelas yang berisi pearl

 sedia untuk dinikmati..

pau lembut

selamat tengahari semua.. pagi ni bersarapan dengan pau yang cukup lembut.. hmm.. walaupun sedikit penat dgn proses membuatnya tp berbaloi dgn hasilnya yang cukup lembut dan gebu..


sebelum ni saya pernah kongsikan juga resepi pau.. boleh tengok SINI utk step by step.. tetapi kali ni saya gunakan resepi yang berlainan.. sesaja utk mempelbagaikan resepi.. sambil tu dapatlah belajar resepi2 yang baru kan.. tetapi utk inti saya masih gunakan resepi yg sama seperti sebelum ini..


resepi kali ni sumbernya datang dari TUN TELANI.. mohon saya panjangkan resepi ni kat sini ye sis tun telani.. terima kasih ^_^


RESEPI = PAU LEMBUT
SUMBER = TUN TELANI


BAHAN2NYA:
  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak - tepung gandum pun boleh- saya guna tepung pau
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor - sama mcm tun saya pun guna 40g
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran (shortening)
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam 

CARA2NYA:
1. Satukan tepung, yis, baking powder, gula & bread softener didalam mangkuk adunan
  - tun hidupkan dulu yis dgn separuh air sedikit tepung dan sedikit gula
- saya pula buat ikut cara kak ton
 
2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit

3. Masukkan lemak sayuran - uli lagi sehingga doh tidak melekat@licin
 *Jika menggunakan BREAD MAKER - masukkan mengikut turutan, iaitu air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener & lemak sayuran - kemudian pilih menu dough & tekan start

4. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam. 
*Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam) 

5. Bahagikan doh kepada 10 bahagian & letakkan inti - tutup kemas

6. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") & susun didalam pengukus - saya sapukan kertas dgn sedikit shortening - Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.

7.  Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit. 

p/s = Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.

* untuk proses menguli doh diatas.. saya guna cara manual ye.. iaitu menguli guna tgn 

 *untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan - saya gunakan inti seperti resepi dibawah yang sememangnya menjadi kegemaran kami sekeluarga.. korang boleh lah guna apa2 inti yg korang suka ya..


INTI PAU AYAM:

BAHAN A:
- 1 labu bawang merah
 - segenggam isi ayam
- segenggam sengkuang
- 4 biji cendawan shitake
 - seulas bawang putih

BAHAN B:
- sos tiram secukup kegunaan
- sedikit kicap pekat utk bg warna gelap
 - serbuk pati ayam secukup rasa

BAHAN C:
- minyak masak utk menumis
 - 2 biji telur rebus ( sebiji dipotong 4 )


CARA2NYA:
1. semua bahan A di potong dadu.
 2. panaskan sedikit minyak & tumis bahan A seperti biasa.
3. perasakan dgn bahan B secukupnya.
4. tumis lagi sehingga semua bahan masak.
5. tutup api & sejukkan inti sebelum diletakkan di dalam pau.


 resepi ni menghasilkan 10 biji pau.. tapi saya buat 8 biji.. baru puas mkn.. tapi rasanya kalau buat saiz kecil pun best juga kan.. sekali dua ngap je.. hehe..

oklah.. entri berhenti di sini dulu.. untuk yang berminat.. selamat mencuba..



Friday 25 January 2013

rosemary grilled chicken (part 2)

salam sejahtera semua.. rosemary grilled chicken in the house again.. hehehe.. dah jadi satu fenomena pulak kat rumah ni.. asyik nak ayam panggang rosemary ni je..


sudahnya awal2 pagi lg dah mulakan proses penyediaan.. so,sementara tgu anak balik tadika.. sempatlah ayam tu mesra dgn bahan2 yg lain kan..


masuk ni dah 4 kali saya buat resepi ni.. mmg tak rasa bosan nak makan.. suka sgt2.. family pun suka.. malah, dah jadi favourite seisi keluarga..


sebelum ni, saya pernah kongsikannya kat SINI.. tetapi utk memudahkan rakan2 yang lain utk menyalin resepi.. saya sertakan resepi yg lengkap sekali lagi..


sumber resepi ROSEMARY GRILLED CHICKEN ni datangnya dari kak SALAMI SIMON dan EVELYN GEMINA.. mohon ulang tayang lagi ya resepinya kak amie & evelyn.. tq..


 BAHAN2NYA:
1 ekor ayam - guna peha ayam pun boleh
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar - saya guna all spice
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa (guna kiub ayam yg dihancurkan) - saya guna serbuk pati ayam tumix
2 sudu besar jus limau nipis @ lemon - saya guna jus lemon
3 sudu besar minyak zaitun @ minyak masak
5 biji kentang - nak lebihkan pun boleh
2 biji tomato
6 biji baby carrot @ carrot biasa
sedikit mentega - utk sapu atas ayam


Cara2 membuatnya:
1. Tumbuk halia hingga lumat & perahkan jusnya pada ayam - gaul rata. 

2. Panaskan minyak zaitun, goreng bawang putih hingga kekuningan - Angkat & ketepikan seketika

3. Tumbuk dried rosemary & black pepper hingga hancur - kalau guna jintan kasar tumbuk sekali ye

4. Masukkan bawang putih yang di goreng tadi - Tumbuk bersama rempah (No.3)

5. masukkan pula lebihan minyak zaitun bekas menggoreng bawang putih tadi, brown sugar, garam, serbuk perasa @ pati ayam, rempah all spice & jus lemon - Gaul rata & sesuaikan rasanya mengikut citarasa masing2.

6. Kemudian, gaulkan rempah tadi bersama ayam. masukkan dlm plastik ziplock atau simpan di dalam besen & tutupkan dgn plastik @ aluminium foil - perapkan dalam peti sejuk selama beberapa jam.

7. sementara itu,rebus kentang 3/4 masak & ketepikan - lebihan rempah ayam tadi boleh dilumur pada kentang.

8. Susun ayam, kentang, lobak merah & tomato dalam dulang pembakar. Sapukkan sedikit butter pada ayam & sayuran.

9. Bakar pada suhu 180c - 200c selama sejam.

p/s = sama mcm kak amie & evelyn.. saya juga ambil jus dari ayam dan masak bersama sedikit tepung jagung sehingga kuah pekat utk dijadikan gravy..



sedia utk dihidangkan.. walaupun terpaksa tunggu lama utk ayam ni masak.. tp penantian itu sangatlah berbaloi.. sehingga menjilat jari gitu.. hehe..


 jemput makan kak amie & evelyn.. hehe.. apapun, tq ya sb selalu ketengahkan resepi2 yg sedap utk dicuba.. oklah masa utk skodeng dapur org lain pulak.. nak cari resepi utk mkn malam.. terima kasih pada yg sudi berkunjung ke sini ya.. 

Wednesday 23 January 2013

sanggar @ pisang goreng cheese

salam sejahtera.. resepi utk entri kali ni simple je sebenarnya tp ada keistimewaanya yang tersendiri bagi saya secara peribadi.. kerana mengingatkan saya dgn kg halaman..


pisang goreng cheese ni sgt popular kat sabah.. lagi2 kat tawau (kg halaman saya).. memandangkan dah 11 tahun saya tak blk tawau.. jadinya saya tak pernah lah merasa pisang goreng cheese tawau..

 

selalu kawan2 dan  family kat sabah yg post gmbar PGC ni.. tu yg semangat nak cari pisang nak buat.. hehe.. tp punyalah susah nak cari pisang abu kat sini.. makan bulan juga baru jumpa..


disebabkan saya xpernah merasa pisang goreng cheese ni.. jadi saya pun xtahulah mcmna nak bandingkan dgn versi homemade yg saya buat ni.. main agak2 je lah kan.. sb kempunan sgt dah nak merasa.. haishh..


kalau korang nak buat.. boleh je guna mana2 resepi pisang goreng yg korang biasa gunakan.. lps tu taburkan dgn gula perang @ susu pekat diikuti parutan cheddar cheese.. tetapi saya nak yg cepat & sedap.. saya gunakan tepung goreng pisang adabi.. hehehe.. fav saya tu sejak dari kecil lagi..


PISANG GORENG CHEESE

BAHAN2NYA:
  • pisang abu - terpulanglah nak guna byk mana
  • tepung goreng adabi - secukupnya
  •  minyak masak utk menggoreng
  • susu pekat @ gula perang - secukup manis
  • cheddar cheese (block) - secukup kegunaan

CARA2NYA:

 1.) bancuh tepung goreng dgn air - gaul sebati & ketepikan seketika
2.) kupas kulit pisang & potong kpd 2 @ 3 bahagian - ikut suka lah nak tebal mana ye
 3.) celup dlm batter (1) dan goreng hingga kuning keemasan
4.) angkat & toskan minyak seketika
5.) susun pisang goreng dlm pinggan -  taburkan dgn gula perang @ susu pekat manis
6.) kemudian parutkan cheddar cheese di atasnya
7.) sedia utk dihidangkan

 yang ni saya taburkan dgn gula perang..


  yg ni pula dgn susu pekat manis sebelum di taburkan dgn parutan cheddar cheese..


 kena makan panas2 baru umphhh.. orang tawau xpgl pisang goreng.. kami pgl "sanggar".. hehe.. oklah, selamat mencuba..

Sunday 20 January 2013

sosej bun



salam petang minggu semua.. sosej bun merupakan menu hidangan petang kami sekeluarga.. bagaimana pula dgn anda?


walaupun saya kurang gemar sebenarnya nak meroti ni.. faham2 je lah kan.. lenguh tangan menguli.. hehe.. tetapi sesekali makan bun mmg sedap.. so,ketepikan yang lain.. jom kita ke dapur..


resepi datangnya dari kawan blogger saya yang tak serik2 dgn 'gangguan' inbox yg berlambak dari saya.. tp biasa sdh bah ko kan evelyn gemina.. hehe..


okeylah.. jom kita tgk resepinya.. mohon share disini pulak ya lyn.. tq.. ^_^..


BAHAN2:
(saya buat 1/2 adunan)

BAHAN A:
1 tbsp instant yeast
175ml air

BAHAN B:
 300g tepung roti
 60g gula halus
2 biji kuning telur
 20g shortening
 1 tsp double action baking powder

BAHAN C:
10-17 batang sosej - ikut saiz doh


CARA2NYA:
1. satukan bahan A - gaul hga yis larut & ketepikan

2. ayak tepung dlm mangkuk besar & buat lubang di tengah2 

3.  masukkan gula.. shortening.. double action baking powder & kuning telur - gaul rata

4. masukkan pula bahan A sedikit demi sedikit sambil menggaul - ketika ini doh agak melekit

5. uli doh selama 10minit (saya uli 20minit) & bahagikan doh kepada 25 @ 50g - saya buat 50g


6. uli doh memanjang.. ambil satu sosej & lilitkan doh tadi

7. letak atas kertas minyak & susun dlm steamer dgn ruang yang agak besar sb doh akan mengembang - biarkan selama 30minit hga doh mengembang


 8. kukus selama 6minit - angkat & buang kertas minyak yg digunakan sbg alas tadi

 9.  goreng dlm minyak panas sehingga keperang2an..

 utk resepi ni.. saya gunakan sosej mcm dlm gambar diatas.. cheese gitu.. hehe..

 siap & bolehlah dinikmati.. bun yang lembut.. bertambah sedap dgn sosej keju.. hmmm.. mmg berpuas hati dgn hasil bun kali ini.. oklah selamat mencuba utk yang berminat..

Saturday 19 January 2013

vanilla cupcake

selamat petang semua.. mesti hari ni ramai yang duk rumah sb hari cuti kan.. seronok juga menghabiskan masa lapang di rumah bersama keluarga.. mcm2 aktiviti yang kita boleh lakukan bersama..


kalau keluar jalan2.. confirm byk duit yg keluar juga kan.. hehe.. lagi2 bila bawa anak keluar.. mcm2 yang dimintanya.. tetapi,sesekali apa salahnya kan..


memandangkan hari ni cuaca agak mendung.. nak buat apa pun malas.. rasa nak baring je..
sudahnya kerana sedikit penat & malas.. saya buat instant vanila cupcake sahaja utk minum petang..


vanilla cupcake ni saya buat awal pagi tadi & terus sejukkannya di dalam peti sejuk.. sengaja buat siap2 utk minum petang.. so,lepas mkn tghari tadi bolehlah rehat sekejap..


utk resepi kali ni.. saya gunakan vanilla sponge mix.. so,senang & cepatlah kerja saya kan.. hehe.. oklah utk korang yg berminat nak buat cupcake yg mudah ni bolehlah tgk resepinya kat bwh ye..



VANILLA CUPCAKE

BAHAN2NYA:
  • 250g vanilla sponge mix
  • 190g telur - timbang tanpa kulit
  • 80ml air masak
  • 75g mentega - dicairkan
  • 1 sudu kecil esen vanila



CARA2NYA:
  1. satukan sponge mix.. telur.. air & esen vanila - pukul dgn kelajuan tinggi selama 5-6minit
  2. masukkan mentega cair & kaup balikkan dgn menggunakan spatula
  3. tuang adunan ke dalam paper cup & bakar dengan suhu 160c selama 30minit @ sehingga kek masak (ikut oven masing2)
  4. sejukkan sebelum diletakkan sebarang krim kegemaran anda - saya guna fresh cream @ non dairy whipping cream (pukul hga kaku & boleh terus digunakan)

 sedia untuk dihidangkan.. mudah & cepat bukan? sesekali guna 'jalan pintas' utk masak apa salahnya kan.. yang penting sedap.. hehe..


lembut cupcake ni.. walaupun harganya cuma rm2.70 tetapi rasanya mmg sedap.. pilihan yang bijak utk nilai wang..  penyingkatan masa & penjimatan tenaga.. 3 in 1 gitu.. hehe.. oklah.. selamat berhujung minggu..

Friday 18 January 2013

vanilla sponge cake


selamat pagi semua.. kali ini, entri bersiaran di awal pagi dengan 'vanilla sponge cake'..


sebenarnya, tak rancang pun nak buat kek ni.. sb kadang2 dah fed up dgn 'keras tangan' saya bila bab2 mendeco.. asyik failed je.. hmmm..


tetapi disebabkan minat saya lebih terarah pada baking berbanding cooking.. akhirnya.. saya buat jg lah kek ni semalam, wlaupun tahu hasilnya nti mmg yang ado..


tengoklah tu.. sapuan krim jelas kelihatan tak smooth.. hehe.. nak buat camna.. dah itu je lah yg boleh saya buat sehabis baik.. tp saya selalu ingat pepatah inggeris ni.. 'practice makes perfect'.. jadinya praktis teruslah wlaupun terpaksa ambil masa yg agak panjang..  


resepi ni saya pernah kongsikannya di SINI tetapi dalam versi rainbow cake.. resepi asal dari SWEET4EVER @ MYRESEPI yg merupakan kek span pandan tp kali ini saya buat versi vanilla sponge cake.. oklah.. jom kita tengok resepinya..


BAHAN2 SPONGE CAKE:
  • 150g tepung halus superfine
  • 150g gula kastor
  • 5 biji telur gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80ml air masak
  • 80ml minyak@mentega cair - saya guna buttercup
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
 
CARA2NYA:
1. satukan gula dan ovalette.pukul hingga sebati dahulu utk seketika - lepas tu baru masukkan tepung dan baking powder - saya ayak bersama 
2. masukkan telur & pukul adunan lebih kurang 5-10 minit - bergantung dgn kelajuan mixer masing2
3.  perlahankan speed mixer dan tuang air perlahan2 - diikuti esen vanila
  
   4. naikkan balik speed mixer dgn tahap maksimum/high speed.

    5. pukul hga adunan kembang & ringan lebih kurang 10-15minit, tetapi tempoh masa ni 
       bergantung dgn kelajuan@prestasi mixer masing2 - mixer saya ambil masa 25minit utk gebu.

   6. utk pastikan adunan kek kita dah ready utk diguna,try celup jari - kalau adunan xjatuh/menitik
      maksudnya dah bolehlah offkan mixer tu.

7. bila adunan dah kembang @ gebu - masukkan minyak/mentega cair - kaup balikkan SLOW2 guna spatula @ senduk.. buat slow2 ye.. 

8. tuang adunan ke dlm loyang 8" yg telah di alas dgn baking paper - bakar dgn suhu 150c-180c (ikut oven masing2) selama 45 minit @ sehingga kek masak 

9. bila kek dah masak,keluarkan dari oven dan telengkupkan kek atas wire rack lbh kurang 5minit.sejukkan kek sebelum mula meletak filling/menghias

10. potong kek kepada 2 bahagian & letakkan fresh cream - hias mengikut kreativiti masing2.

P/S = utk filling & deco saya menggunakan fresh cream sepenuhnya - pukul fresh cream @ non dairy whipping cream hga bertanduk & sedia utk digunakan.


 resepi ni nampak panjang kan.. tp sebenarnya mudah sahaja utk membuatnya.. saya telah cuba beberapa kali barulah mendapat hasil yang saya nak..


banyak resepi kek span yang kita boleh gunakan tetapi entah kenapa saya berminat sgt dgn resepi dari sweet ni.. kadang2 buat tu ada juga xmenjadi.. kek bantat tp saya msh lg suka dgn resepi ni.. lps baca komen2 kat myresepi tu barulah saya dpt sikit gambaran kenapa kek saya kadang2 kurang menjadi..

 
utk mendapat sedikit info (yg bg saya amat berguna) elok lah kalau saya kongsikan disini komen yg sweet telah berikan kat myresepi.. yelah,kot2 ada yg terlepas pandang kan.. hrp dpt menambah ilmu utk amatur mcm saya ni sb info inilah yg saya guna pakai kalau membuat kek span.. mohon share disini ya sweet.. tq..



 NOTA DARI SWEET - kena gaul gula & ovellette bagi sebati, pastu masukkan tepung, serbuk penaik, dan telor, diamkan dulu bahan2 tu dalam 10minit kalau kalau guna hand mixer...kerana bahan cepat kembang kalau didiamkan..

kena lama sikit mengadun bahan tu...masukkan bahan pastu pukul terus dengan kelajuan tinggi lebih kurang 5minit, pastu masukkan air & pukul lagi sampai dapat adunan yg bertanduk sampai betul2 kembang.

macam dalam pic yang sweet buat tu...selalu mengambil masa 10-15minit. bila adunan tu sudah pekat / bertanduk / berpuncan / kembang.. bila kita masukkan jari,adunan xmenitik..  itu maknanya betul2 kembang.. sebab untuk kek span kita memang kena pukul lama bagi menghasilkan buih agar kek kita banyak udara didalamnya...baru la kek kita jadi.. kalau x cukup pukul nanti kek x naik cantik dan mungkin jadi x sekata...

oven mesti dipanaskan 15minit sebelum masukkan kek...yang ni amat penting.....minyak akhir sekali...tapi jgn kacau gan mixir...nanti abis buih2 udara dalam kek span tadi...memadai kita kacau guna senduk...kaup balik sampai sebati..

  untuk kek span jangan di griskan tepi loyang, hanya gris bahagian bawah loyang sahaja 

wah, panjang lebar pula entri kali ini kan.. harap2 dapat berkongsi info utk sesiapa sahaja yg berminat utk mencuba dgn menggunakan resepi ini.. oklah, selamat mencuba utk yang berminat..