Monday 7 January 2013

homemade twisties chicken flavour

selamat tengah hari semua.. homemade twisties kali ni merupakan versi 'perisa ayam'.. sebelum ni saya pernah kongsikannya di SINI..


perbezaan kali ini ialah.. saya tidak menggunakan rempah kari & cheese powder.. resepi kali ni sgt mudah & hanya menggunakan 4 jenis bahan sahaja..


kalau dulu.. resepinya agak pedas sedikit sb menggunakan rempah kari daging.. so,anak saya xmkn byk.. dan memandangkan stok cheese powder saya sdh hbs.. terpaksalah saya mengolah resepi sedia ada mengikut selera anak & bahan2 yg ada di dapur..



.. dan terhasillah resepi ini.. homemade twisties perisa ayam.. okeylah. jom kita tgk resepinya ..




BAHAN2NYA:
  • 1/3 keping laksa kering - dr 1 keping
  • 20-22 sudu besar nestum original
  • 2 sudu besar serbuk pati ayam tumix
  • minyak masak secukupnya utk menggoreng


CARA2NYA:
1.  patah2kan laksa kering & goreng dlm minyak yang panas - kena pastikan minyak betul2 panas,kalau x.. laksa xmengembang..

2. goreng sehingga kuning keemasan - angkat & toskan minyak..

3. satukan nestum & serbuk pati ayam - kisar bersama sehingga halus..

4.  letakkan laksa yang telah digoreng td bersama campuran nestum kisar di dlm plastik ziploc @ bekas bertutup - goncong2kan sehingga serbuk & laksa sebati..

 sedia untuk di makan.. hehe..


dapatlah lebih kurang sebalang keropok.. oklah.. selamat mencuba..

2 comments:

farrafaizal said...

Salam kenal awak 😄

Nak tanya, laksa kering tu mcm mana? Bli kat supermarket ke?

Hajar Edwina said...

Kalau boleh saya tahu, nestum tu untuk apa, ya? Kalau x campurkan, boleh tak?