Showing posts with label makanan sampingan. Show all posts
Showing posts with label makanan sampingan. Show all posts

Saturday, 24 November 2012

fried wantan

selamat berhujung minggu semua.. 

fried wantan.. entri kali ini yg cukup simple.. kurang sihat sikit.. jadi.. entri seringkas yg boleh ya.. resepi dari darlie darlin & saya men"jumpai"nya dari post kak sharifah suriyana s aflazal yg dikongsikan melalui laman facebook.. mohon share di sini ye kak pah dan darlie darlin.. TQ..




saya guna kulit popia biasa mcm dlm gambar di bawah.. sebab cari2 kat giant xjumpa pulak kulit popia tu.. nak cepat punya pasal,saya bli je yg ada dpn mata.. hehe..




 lgpun tgk kat packaging nya ada gambar wantan.. bolehlah kan..




BAHAN2NYA:
  • 300gm isi ayam
  • Udang secukup rasa - saya xletak
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • garam
  • daun bawang dihiris2
  • Kicap cair
  • sedikit gula (jika suka) - saya letak 1/2 sudu kecil
  • Boleh juga ditambah carrot dan kobis yg dicincang - saya letak carrot je

SAYA TAMBAH:
semua dipotong dadu kecil & tambahkan dgn beberapa titik myk bijan
  • 1 labu bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 biji cendawan butang dlm tin
  • segenggam sengkuang  
BAHAN B:
  • kulit wantan secukupnya - saya guna kulit popia biasa yg readymade
  • air dicampur sedikit tepung untuk lekatkan wantan - saya guna tepung jagung


CARA2NYA: 
sediakan bahan2 untuk dijadikan inti wantan.. saya cincang halus semua supaya cepat masak..


satukan kesemua bahan kecuali BAHAN B dan perap lbh kurang 30minit.. 


sediakan juga bancuhan tepung jagung sbg pelekat wantan..


pastikan kulit wantan di keluarkan beberapa jam lbh awal sebelum mulakan proses membalut wantan ya.. tutup dgn towel basah jika kulit wantan tidak digunakan..


ambil sekeping kulit wantan..



letakkan inti di tengah2..



sapukan dgn bancuhan tepung jagung di sekeliling kulit wantan..



tarik @ pegang hujungnya macam dalam gambar..



tarik @ ambil pula di bahagian kanan & kiri..



pegang & putar kulit wantan tu..



disebabkan saya guna kulit popia biasa.. saya terpaksa cr alternatif utk mengelakkan kulit wantan terbuka ketika digoreng.. fikir punya fikir.. saya pun potong kulit popia mcm dlm gambar utk di jadikan pengikat wantan..



"tali" tu saya ikat mcm dlm gambar diatas..



saya tarik lg tali kebelakang & ikat sekali lagi (kiranya ikat 2kali lah ye)



buat sampai habis..


ketika balut wantan ni.. adalah 2-3 kulit wantan yg terkoyak (kalau lama sgt dibiarkan kulit tu akan basah dan koyak..) jadi elok buat sikit & goreng.. xpun buat kerja berdua biar cepat siap.. tapi ni kalau guna kulit popia ye.. kalau kulit wantan tu xtaulah pulak..so.. yg terkoyak tu saya doublekan je lah mcm dlm gambar di atas..



kemudian,potong bahagian atasnya..



lepas tu bolehlah balut@bungkus mcm biasa..



 kalau rasa bahagian atasnya tu tinggi @ tebal sgt potonglah sikit ye.. kemudian.. bolehlah digoreng..



siap pun.. bolehlah dimakan bersama sos kegemaran masing2.. makan mcm tu je panas2.. mmg best.. hehe..


 untuk cara2 mem"balut" @ bentuk wantan tu terpulanglah ye.. kalau korang dah ada cara yg tersendiri.. ikut je cara korang tu.. buatlah yg mana senang kan.. oklah entri berhenti di sini dulu.. terima kasih kerana sudi membaca :)


Saturday, 22 September 2012

homemade cheezy wedges

selamat malam semua.. kali ni entri xda menyimpang sana sini ye (kena buat sepantas yg boleh.. hehe).. oklah.. utk peminat cheezy wedges kfc tu.. bolehlah intai2 resepi ni ye.. boleh buat sendiri di rumah.. lg2 kalau ada anak kecil yg suka mkn.. suka hati dia je minta.. xkira masa.. hehe.. so,baik kita buat di rumah.. jimat satu hal tp yg plg penting kebersihan pasti terjamin kan.. bkn apa,bdk2 kecil ni sng je kena jangkitan kuman.. antibodi x"strong" lg..




so,kalau korang berminat nak cuba boleh tgk resepi ni ye.. resepi ni saya ambil dari DUNIA DARI DAPUR KAK JEE .. kali ni izinkan saya kongsikan di sini ye Kjee.. 



oklah.. bahan2 yang diperlukan ialah :
  • 3 biji kentang russet @ kentang yg empuk - terpulanglah nak brapa byk ye.. saya guna 2biji je.
  • 1 cawan fresh bread crumbs - saya guna yg readymade je wrna kuning tu..
  • 1/2 cawan mayonis - saya guna 1/3 cawan
  • cheezy wedges powder secukup kegunaan - saya bli online

  
 untuk proses penyediaannya.. basuh kentang bersih2.. kalau boleh sental2 lah sikit guna towel kecil.. kemudian lap dgn tuala bersih.. keringkan.. tidak perlu di buang kulit.. sebab tu kena pastikan cuci bersih2 ye..



lepas tu.. potong sebiji kentang tu kepada 6 bahagian.. senang cakap dipotong 6..


kemudian,sapukan mayonis di kedua-dua belah kentang.. kulitnya xperlu lah ye..


lepas tu,golek2kan dlm bread crumbs.. kemudian,bolehlah masukkan ke dlm oven.. bakar dgn suhu 250 c selama 30minit @ sehingga kentang masak - saya bakar dgn suhu 200c selama 50minit.. part ni kena ikut ragam oven masing2lah ye.. ambil kira jg ketebalan potongan kentang tu dan jenis kentang yg kita guna.. xkiralah suhu & masa berapa lama.. yg penting kentang dah cukup masak..



sementara tu.. bolehlah campurkan serbuk cheese dgn sedikit air panas.. kacau sebati dan sedia untuk digunakan.. nama cheese ni mgkin xsama kot.. ada yg jual dgn nama cheezy wedges powder.. ada yg jual dgn nama cheese powder.. tetapi ia adalah bahan yg sama.. asal serbuk kuning tu.. sama lah ye..

  
susun kentang yg dah masak atas pinggan.. curahkan cheese powder.. saya masukkn cheese powder yg dh di bancuh dgn air dlm piping beg dan pipe atas wedges.. saya juga tambahkan mayonis.. siap.. bolehlah dihidangkan..


mudahkan.. okey.. kalau nak beli cheese powder ni boleh lah add FB puan normala binti taib .. saya beli dari dia.. harga mmg murah.. lg2 puan normala selalu buat offer.. time tu lah kna grab.. hehe.. harga,taste dan servis mmg berbaloi2..  so, untuk yang berminat.. selamat mencuba ye..


Sunday, 9 September 2012

kubis gulung berinti..

morning all.. awal pagi kita bersiaran hari ni ye.. oklah,xnak byk membebel.. hari ni saya nak kongsi resepi kubis gulung berinti.. resepi ni main campak2 je.. sukatan pun main agak2 je.. sng nak buat.. lagipun walau ia hanya 1 hidangan tetapi ianya complete dan mengenyangkan.. mcm2 ada..hehe.




resepi ni nak mkn siang atau mlm pun ok... lg2 time perut lapar.. masa tu mls nak msk dan xnak mkn "heavy" sgt.. hah.. nilah calon yg sesuai.. hehe.. ok mari kita tgk apa bahan2nya ye..





bahan2nya :
  • 8-10 kuntum cendawan shitake (potong dadu)
  • 1 keping chicken fillet (hiris nipis)
  • 1/2 biji lobak merah (saiz kecil) (hiris nipis)
  • 1 biji bawang merah (saiz sederhana) - potong dadu
  • 1-2 ulas bawang putih (tumbuk/cincang halus)
  • 1 sudu kecil udang kering (rendam-tos-tumbuk@cincang) optional
  • kubis beijing (terpulang nak byk mana) nak guna kubis@sayur lain@salad pun boleh
  • garam/serbuk pati ayam secukup rasa (optional)
  • sedikit kicap pekat (sebagai pewarna gelap)  
  • minyak utk menumis 
  • sedikit air  


cara2nya:
  1. ceraikan kubis jadi sekeping2.. buang "tulang" keras.. celur seketika dlm air mendidih.. angkat dan rendam dlm bekas yg mengandungi air sejuk & ais batu.ketepikan.
  2. panaskan sedikit minyak.. tumis bawang merah hingga naik bau.
  3. masukkan bawang putih dan lobak merah.tumis lagi seketika.
  4. bila lobak merah dah mula lembut,masukkan isi ayam dan cendawan.kacau..
  5. tambahkan udang kering dan kicap pekat.tambahkan sedikit air JIKA perlu.
  6. cuba try rasanya.. kalau dh ok xperlu letak garam tp klau xcukup masin boleh letak garam /serbuk pati ayam..
  7. angkat dan biarkan sejuk seketika.
  8. sementara itu,tos kubis dan pastikan ianya kering sebelum meletak inti.
  9. bolehlah mulakan proses menggulung kubis.. dan ikut selera masing2lah nak cicah dgn sambal,kicap atau mkn mcm tu saja..




resepi ni elok xyah letak inti awal2.. asingkan je.. kalau nak mkn baru letak inti dan gulung.oklah,selamat mencuba dan selamat berhujung minggu..