Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Friday, 8 February 2013

nasi lemak kukus

selamat tengahari semua..
nasi lemak kukus.. merupakan entri untuk kali ini.. 


sebenarnya dah lama plan nak buat tp xterbuat2 juga.. hehe.. sebelum2 ni pun pernahlah buat tapi xpernah complete.. ada je bahan yg terkurang.. jadi sb nekad nak buat.. saya pun belilah bahan2 yang diperlukan.. maka terhasillah nasi lemak kukus ini..


resepi datangnya dari AMIE'S LITTLE KITCHEN.. resepi asal adalah nasi lemak sambal kupang.. tapi saya buat versi sambal ikan bilis.. mohon share disini pulak ye kak amie.. terima kasih..


NASI LEMAK KUKUS:
(saya buat 1/2)
  •  6 cawan beras wangi - cuci & toskan 
  • 600ml santan 
  • 3cm halia - ketuk @ hiris 
  • 3 ulas bawang putih - ketuk @ hiris 
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 5cm kulit kayu manis 
  • sehelai daun pandan - disiat & simpul 
  • sedikit garam 

CARA2NYA:
1. didihkan air dlm periuk pengukus.

2. sementara itu, didihkan santan di dalam kuali bersama halia, bawang putih,  bunga lawang, kayu manis & daun pandan.

3. masukkan beras & sedikit garam - kacau sekali sekala sehingga beras kembang &santan kering.

4. kemudian, masukkan campuran beras tadi ke dalam periuk pengukus.

5. kukus 20-25minit @ sehingga nasi benar2 masak.


SAMBAL IKAN BILIS:
  •  1 cawan ikan bilis goreng
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 labu bawang besar - hiris kasar (bahagi 2)
  • 1/2 cawan hirisan petai
  • 1 sudu pati asam jawa -  bancuh dgn sedikit air
  • garam & gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis 

BAHAN KISAR:
  • 30 biji cili kering
  • 5 biji bawang putih
  • 10biji bawang merah
  • 1.5cm belacan

CARA2NYA:
1. panaskan minyak secukupnya.

2. masukan bahan kisar & serai - tumis dgn api sederhana panas sehingga pecah minyak.

3. masukkan bancuhan pati asam jawa, garam & gula - biarkan mendidih sebentar.

4. bahagikan sambal kepada 2 bahagian - satu bahagian dibiarkan begitu & 1 bahagian lagi utk sambal ikan bilis.

5. dalam kuali baru,masukkan ikan bilis goreng, hirisan petai & hirisan bawang besar - masak seketika sehingga pekat - tutup api.


6. dalam kuali asal, masukkan baki hirisan bawang besar & masak seketika - tutup api. 


P/S = memandangkan saya tidak buat sambal kupang, 1 bahagian sambal utk kupang tu saya biarkan begitu sahaja.. kiranya untuk dijadikan exta sambal..

 jangan lupa juga untuk sediakan telur rebus, hirisan timun, kacang tanah & ikan bilis goreng.. barulah lengkap hidangan nasi lemak ini..

 siap & sedia untuk dihidangkan..

Monday, 4 February 2013

nasi goreng cina

selamat pagi semua..
 jom bersarapan dengan nasi goreng cina..


nak buatnya pun mudah & cepat.. kalau malas nak masak lauk.. inilah yg paling saya suka buat.. xkiralah utk sarapan pagi.. tghari @ mkn mlm.. anytime boleh.. hehe..


pernahlah terlihat seorang chef kat satu restoran ni masak.. saya order nasi goreng cina.. dia masak lah.. kebetulan saya lalu.. ada kat situ.. sambil2 tu jeling2 lah tengok mcmna chef tu masak.. yelah,dia pun xhalang kan.. hehe.. 

masa masak tu.. adalah dia letak sedikit sup @ stok rebusan ayam kat nasi goreng yg dah hampir siap.. lepas tu mula lah saya gunapakai bila masak kat rumah.. hehe..


sebenarnya banyak resepi untuk nasi goreng cina ni.. macam2 versi ada.. tapi bagi saya tentunya memilih yang paling simple tetapi yang paling penting menepati citarasa keluarga..


 BAHAN2NYA:

  • nasi putih - anggaran 1-2 org mkn
  • 1 ulas bawang putih - cincang halus @ tumbuk
  • sedikit hirisan daging ayam
  • 4-5 ekor udang 
  • 5 biji bebola ikan (dipotong 2) - saya suka guna brand mushroom
  • 1 biji telur - dipukul sikit
  • segenggam sayur campur sejuk beku
  • maggi cukup rasa - sucukup kegunaan
  • sedikit sup @ stok rebusan ayam (optional)


CARA2NYA:
1. panaskan sedikit minyak - tumis bawang putih hingga naik bau.

2. masukkan pula hirisan daging ayam - masak sehingga daging ayam separuh masak.

 3. tambahkan udang & bebola ikan - teruskan masak seketika.

4. masukkan telur & kacau rata - kemudian masukkan nasi - gaul sebati.

5. tambahkan sayur campur & perasakan dengan maggi cukup rasa.

6. curahkan sedikit sup @ stok ayam - sikit je ya.. asal nasi nampak lembab.. jgn terlebih,nanti lembik pula.

7. teruskan goreng nasi hingga stok rebusan ayam mula mengering sedikit.kemudian,bolehlah matikan api.


 sedia untuk dihidangkan.. makan panas2 memang best.. lepas makan..
barulah ada tenaga nak buat kerja.. hehe..


oklah entri berhenti disini dahulu.. banyak kain baju menanti utk dicuci.. hehe..
selamat bersarapan & menjalani rutin harian di pagi hari..


Sunday, 3 February 2013

nasi ayam segera

selamat tengahari semua..
bila orang sakit masuk dapur.. dapat bayangkan? inilah jadinya.. nasi ayam segera..
hehehe.. kalau cukup rajin boleh lah buat versi nasi ayam chinese style ni..  tetapi disebabkan kepala msh bling2 lg.. terpaksalah saya buat versi yg agak mudah ini..


sebenarnya 2 hari lepas kurang sihat.. entahlah kenapa.. segala macam gejala penyakit ada.. gatal & panas seluruh badan.. terutamanya bahagian kepala & tapak tgn.. smlm xtahan sgt baru jumpa doc.. doc cakap.. hati2 dgn makanan yg dimakan.. maybe ada alahan.. dan keracunan makanan.. thank GOD sb hari ni dah mula okey sikit..


disebabkan semasa sakit xboleh nak telan nasi.. bukan xnak mkn tp bila makan.. akan kuar balik.. jadinya skrg perut mmg lapar.. terpaksa jugalah masuk dapur.. nak masak heavy2 mmg xlarat.. sudahnya.. inilah hasilnya.. huhu.. serba kekurangan gitu kan.. 


tapi bolehlah asal ada.. nak beli kat luar mmg xberani buat masa skrg.. takut kena alahan lagi.. makan kat rumah je lah.. biar simple asal mengenyangkan.. utk resepi kali ni saya gunakan produk maggi.. senang & sedap.. xde bahan rahsia pun,guna je resepi kat botol stok ayam pekat maggi tu.. hehe..


NASI AYAM:

BAHAN A:
  • 2 sudu besar marjerin 
  • 1 sudu besar minyak masak


BAHAN B:
  • 4 ulas bawang putih dicincang halus - saya tumbuk,guna 2ulas
  • 5cm halia dikisar - saya tumbuk,guna 2cm je
  • 1 helai daun pandan


 BAHAN C:
  • 500gm beras panjang - dibasuh & toskan
  • 2 1/2 sudu besar stok pekat ayam MAGGI
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • 600 ml air


CARA2NYA:
1. gunakan periuk nasi elektrik, panaskan bahan A.

2. kemudian, masukkan bahan B dan kacau sehingga beraroma.

3. masukkan pula bahan C - kacau rata.

4. tutup periuk & masak seperti biasa.

p/s = saya guna 2 pot beras biasa je.. jadi sukatan air saya sukat mcm masak nasi biasa.
saya juga tambahkan sedikit pati ayam.. sukatan bahan diatas.. korang pandai2lah sesuaikan mengikut berapa pot beras yg korang gunakan ye..


 BAHAN2 AYAM GORENG:
  • daging ayam - terpulang nak guna byk mana
  • maggi cukup rasa - secukup kegunaan
  • serbuk cili - secukup kegunaan
  • serbuk kunyit - secukup kegunaan
  •  sedikit halia & bawang putih - tumbuk
  • minyak utk menggoreng

CARA2NYA:
 1. perapkan seketika kesemua bahan di atas kecuali minyak masak.

2. kemudian,goreng sehingga keperang2an



BAHAN2 SUP AYAM:
  • tulang ayam
  • baby carrot
  • fu cuk
  • su un
  • bebola ayam
  • 1 ulas bawang merah - dibelah 4
  •  3 ulas bawang putih - diketuk
  • 2cm halia - diketuk
  • stok pekat ayam maggi - secukup kegunaan
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • daun bawang - dihiris
  • sedikit minyak utk menumis
  • air secukup kegunaan

CARA2NYA:
1. panaskan minyak, tumis bawang merah, halia & bawang putih.

2. masukkan tulang ayam & kacau rata.

3. tambahkan air, baby carrot & fu cuk - biarkan mendidih.

4. masukkan su un & bebola ayam.

5. perasakan dgn stok ayam pekat & kiub pati ayam

6. tutup periuk & biarkan sehingga semua bahan masak.

7. taburkan dgn hirisan daun bawang ketika dihidangkan

p/s = sup ni saya masak utk hidangan 3 orang sahaja.. jadi.. sukatan bahan2 di atas bolehlah korang adjust mengikut banyak mana sup yg korang masak ye.. utk sambal saya xbuat sb takut perut terkejut kalau mkn yg pedas2.. hehe..

siap pun.. walaupun.. simple tapi tetap bersyukur sebab dapat mengalas perut.. oklah.. entri berhenti disini dulu., selamat berhujung minggu semua..


Thursday, 11 October 2012

nasi goreng paprik

salam petang khamis semua.. bila menjelangnya petang.. mula lah badan ni malas nak ber"aktiviti" kan. hehe.. tp, nak xnak kena jg buat kerja.. no choice lah katakan.. so,layan je lah kerja2 tu ye.. oklah, biasa kalau angin "M" dah "menyelinap" masuk dlm ruang2 anggota badan ku ini.. otak mula lah nak cr kerja yg plg simple dan cepat utk dibuat.. lg2 bab2 masak ni.. hehe..  

apa lagi calon menu yg plg simple dan mudah kalau bukan nasi goreng kan.. hihi.. so, kali ni saya share resepi NASI GORENG PAPRIK ye.. nasi goreng + lauk + kuah.. complete meal dgn hanya 1 hidangan.. jimat masa dan tenaga gitu.. hihi..





oklah.. resepi ni saya ambil dari dapur paksu corner.. sebenarnya resepi asal paksu adalah resepi "nasi goreng paprik ayam".. tetapi saya ubah sikit nama tajuk tu menjadi "nasi goreng paprik" sebab saya tidak menggunakan daging ayam.. bukan xnak guna tp xde stok.. hehe.. so,saya mohon share di sini pulak ye paksu.. terima kasih..

 
RESEPI = NASI GORENG PAPRIK
SUMBER = RESTORAN PAKSU CORNER

 
BAHAN2 UTK NASI GORENG:
  • nasi putih secukupnya - anggaran utk 2org mkn
  • 1/4 labu bwg besar - dimayang sedikit
  • 1/2 sudu serbuk pati ayam @ secukup rasa
  • 2 sudu minyak utk menumis @ secukup kegunaan
  • 50 gm cili kering (di kisar)

CARA2NYA:
  1. Panaskan minyak.. tumis bawang sehingga wangi..
  2. masukkan cili kering.. tumis seketika kemudian masukkan nasi
  3. perasakan dengan serbuk pati ayam (tanpa MSG)- saya guna pati ayam tumix je..
  4. kacau rata dan goreng nasi seperti biasa.. matikan api - ketepikan.



BAHAN2 UTK PAPRIK AYAM:

  • Daging ayam secukupnya (dipotong kecil)- saya xletak
  • Sotong /udang (Jika ada) - saya letak kedua2nya
  • 2 ulas bwg putih - dicincang
  • 1 ulas bwg merah - dicincang
  • 2-3 biji cili api - dipotong - saya xletak
  • 1/4 labu bwg besar - dipotong
  • 3 Batang Kacang panjang - dipotong
  • 1 lobak merah - dipotong
  • 50gram bunga kobis - saya xletak
  • 2 helai daun limau purut- saya xletak
  • 1 Sudu Bancuhan Tepung Jagung
  • 2-3 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili/tomato
  • Garam dan gula serta minyak utk menumis


    CARA2NYA:

    1. Panaskan minyak..  tumis bawang & cili api hingga wangi.
    2. Masukkan ayam/ sotong/udang - goreng sampai masak
    3. Masukkan sos.. cili giling & sayuran seperti kacang panjang, bunga kobis, carrot.
    4. Masukkan daun limau purut
    5. Tambah sedikit air jika ingin berkuah - saya letak air
    6. Masukkan bancuhan tepung jagung.. kacau rata.
    7. Masukkan garam & gula secukup rasa.. masak hga semua bahan masak-matikan api.
    8. Hidang bersama nasi goreng yang telah disediakan - saya tabur sedikit bawang goreng





       dah siap.. mudah je kan.. yg bestnya bila buat nasi goreng paprik ni.. kita bukan sahaja dpt menjimatkan masa tp bahan2 yg digunakan pun kita boleh "adjust" mengikut bahan2 yg ada di dapur tanpa menjejaskan rasa sebenarnya.. 

       
      okeylah.. dah nak masuk time mkn malam dah ni.. korang masak yang sedap2 utk family masing2 ye.. hehe.. utk para ibu.. selamat menjalankan rutin harian ye.. 
      

Tuesday, 28 August 2012

nasi ayam chinese style..

salam sejahtera all... dh lunch ke?mkn apa?masak ke tapau?hehe..  memandangkan hari ni saya ada "extra energy".. so,saya pun terlebih rajin mengupdate blog... yelah,drpd tido lepas mkn,baik buat new entry kan.. kan.. hehe.. oklah,entri kali ni ditujukan khas kepada penggemar nasi ayam.. anak saya mmg suka nasi ayam.. xkira siang @ malam,pagi @ petang.. nak mkn nasi ayam je.. huhu.. disebabkan xsanggup mendengar "guruh","kilat","petir" sabung menyabung akhirnya,terpaksalah saya yg mengalah dan ikut kehendak big boss..




kalau nak ikutkan masak nasi ayam ni xdalah sesusah mana,cuma prosesnya je yg pnjang sb byk peringkat nak masak.. kena masak nasi,ayam,sup,sambal.. tp bila fikir blk sama je kalau masak lauk lain.. kena ada ayam/ikan,sayur lg.. so,pusing mana pun sama je susahnya tp xtaulah kenapa saya ni liat sgt nak buat nasi ayam selalu.. kalau masak pun mmg msk sekali utk stok mkn malam.. senang keje... hehe.. oklah,pada yg ingin mencuba nasi ayam versi ni boleh lah tgk resepi ye.






bahan2 untuk NASI:
  • 2 ketul kepak ayam - potong 3 (optional)
  • 2 pot beras (basuh,toskan airnya)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji kulit kayu manis
  • 2 biji cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 sudu makan butter
  • halia sebesar ibu jari (tumbuk lumat)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
  • 1 helai daun pandan (simpul) /serai (titik) - (optional)
  • serbuk pati ayam secukup rasa 
  • air/stok ayam (kuantiti ikut sukatan mcm msk nasi biasa) 
  • setitik dua pewarna makanan kuning


bahan2 untuk SUP:
  • daging/rangka ayam secukup kegunaan (terpulanglah nak guna banyak mana) -
  • 2 biji carrot (potong bulat) @ guna baby carrot
  • 2 biji ubi kentang (belah 4)
  • kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih & buah pelaga (secukup kegunaan-agak2 je)
  • halia sebesar ibu jari (di ketuk)
  • 2 ulas bawang putih (di ketuk)
  • 1 labu bawang merah (di hiris)
  • air 1.5 liter (kalau nak byk sup,lebihkan air)
  • garam/pati ayam secukup rasa
  • segenggam bawang goreng
  • daun bawang - hiris (suka hati nk guna byk mana)


bahan2 utk AYAM:
  • 1 ekor ayam bulat (jgn potong) 
  • five spice powder + garam (secukup kegunaan@rasa)
  • 1 biji lemon - perah airnya (kalau xde,boleh ganti dgn limau@cuka)
  • madu (secukup manis) - (kalau xde boleh gantikan dgn gula)
  • air 1 liter @ secukup kegunaan (xpyh byk sgt..) 


cara2 untuk memasak SUP:
  1. masuk bawang merah,bawang putih dan halia.tumis hga naik bau..
  2. masukkan 4 sekawan (bunga lawang,buah pelaga,kayu manis dan cengkih)- teruskan menumis.
  3. masukkan daging ayam.. kacau rata.tumis sehingga minyak dah mula keluar dr daging ayam..
  4. tambahkan kentang,kacau sekejap.
  5. masukkan air.. biarkan mendidih..
  6. setelah mendidih,tambahkan carrot & bawang goreng.kecilkan api & masak lagi sehingga kentang empuk.
  7. setelah kentang empuk,bolehlah perasakan dengan garam/serbuk pati ayam.
  8. tabur hirisan daun bawang sebelum makan.


cara2 untuk memasak NASI:
  1. panaskan periuk nasi atas dapur gas & masukkan butter.
  2. kemudian,masukkan kepak ayam.. masak seketika
  3. tambahkan bawang putih,halia,kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih & buah pelaga.tumis sehingga naik bau.
  4. masukkan beras dan goreng seketika.gaul sebati.
  5. pindahkan periuk  ke dalam rice cooker. 
  6. tambahkan stok ayam@air, daun pandan@serai, pewarna kuning dan perasakan secukupnya dgn garam@pati ayam.
  7. tutup periuk dan masak nasi seperti biasa.






cara2 untuk masak AYAM:
  1. lumur bahagian dalam ayam dengan five spice powder & garam.pastikan tos ayam terlebih dahulu sebelum memulakan proses ini.ayam xboleh terlalu basah/berair.
  2. satukan air, perahan air lemon & madu.sesuaikan rasanya & didihkan atas api sederhana.
  3. ikat tengkuk @ leher ayam dengan tali.(pastikan xda lubang kat tengkuk ayam tu sb xnak ada air yg masuk ke bahagian dlm ayam) kemudian pegang tali tersebut.. ((untuk proses ni, eloklah kalau buat kerja berdua.seorang pegang ayam,seorang siram ayam..))
  4. setelah air campuran madu & lemon mendidih,siram bahagian luar ayam dengan posisi memegang/menggantung ayam secara menegak(kepala atas kaki bawah)
  5. langkah ini penting sb xnak ada air yg masuk ke bahagian dalam ayam.hati2 tgn ketika melakukan proses ini.jgn smpai tersiram air campuran madu yg panas.
  6. pastikan bahagian dalam ayam xboleh kena air.bahagian dalam harus di lumur dengan five spice powder & garam SAHAJA> 
  7. bahagian luar pula harus di siram dgn air campuran madu.teruskan siram kulit ayam sehingga berubah warna@minyak sdh mulai keluar. 
  8. matikan api,gantung seketika ayam untuk beberapa jam @ semalaman.(malam buat esok tghari goreng) 
  9. biarkan minyak dr ayam menitik jatuh/keluar -(gantung di tempat yg bersih ye dan kalau oven ada fungsi grill yg boleh cucuk ayam tu lg bgs..)
  10. setelah itu,bolehlah menggoreng ayam dengan minyak yg banyak@goreng terendam-nak panggang dlm oven pun boleh. ikut selera masing2 lah ye.. 
  11. potong ayam ketika hendak makan. so,ikut suka lah nak hias macamana atas pinggan tu ye.kalau suka tomato@timun,bolehlah letak.br nmpak lengkap gitu hidangan nasi ayam nya.



fuh,panjang betul pulak resepi kali ni kan.. penangan "extra energy" ni..hehe.. k lah,saya stop di sini dulu ye,kalau ada bahasa yg berbelit2 sehingga menyukarkan korang fhm,maaflah ye.. biasalah,klau dah pnjang bgni,msti ada kesilapan.. oklah,penat dan mengantuk dah ni.. zzzz dulu ye.. bye..