Tuesday 28 August 2012

nasi ayam chinese style..

salam sejahtera all... dh lunch ke?mkn apa?masak ke tapau?hehe..  memandangkan hari ni saya ada "extra energy".. so,saya pun terlebih rajin mengupdate blog... yelah,drpd tido lepas mkn,baik buat new entry kan.. kan.. hehe.. oklah,entri kali ni ditujukan khas kepada penggemar nasi ayam.. anak saya mmg suka nasi ayam.. xkira siang @ malam,pagi @ petang.. nak mkn nasi ayam je.. huhu.. disebabkan xsanggup mendengar "guruh","kilat","petir" sabung menyabung akhirnya,terpaksalah saya yg mengalah dan ikut kehendak big boss..




kalau nak ikutkan masak nasi ayam ni xdalah sesusah mana,cuma prosesnya je yg pnjang sb byk peringkat nak masak.. kena masak nasi,ayam,sup,sambal.. tp bila fikir blk sama je kalau masak lauk lain.. kena ada ayam/ikan,sayur lg.. so,pusing mana pun sama je susahnya tp xtaulah kenapa saya ni liat sgt nak buat nasi ayam selalu.. kalau masak pun mmg msk sekali utk stok mkn malam.. senang keje... hehe.. oklah,pada yg ingin mencuba nasi ayam versi ni boleh lah tgk resepi ye.






bahan2 untuk NASI:
  • 2 ketul kepak ayam - potong 3 (optional)
  • 2 pot beras (basuh,toskan airnya)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji kulit kayu manis
  • 2 biji cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 sudu makan butter
  • halia sebesar ibu jari (tumbuk lumat)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
  • 1 helai daun pandan (simpul) /serai (titik) - (optional)
  • serbuk pati ayam secukup rasa 
  • air/stok ayam (kuantiti ikut sukatan mcm msk nasi biasa) 
  • setitik dua pewarna makanan kuning


bahan2 untuk SUP:
  • daging/rangka ayam secukup kegunaan (terpulanglah nak guna banyak mana) -
  • 2 biji carrot (potong bulat) @ guna baby carrot
  • 2 biji ubi kentang (belah 4)
  • kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih & buah pelaga (secukup kegunaan-agak2 je)
  • halia sebesar ibu jari (di ketuk)
  • 2 ulas bawang putih (di ketuk)
  • 1 labu bawang merah (di hiris)
  • air 1.5 liter (kalau nak byk sup,lebihkan air)
  • garam/pati ayam secukup rasa
  • segenggam bawang goreng
  • daun bawang - hiris (suka hati nk guna byk mana)


bahan2 utk AYAM:
  • 1 ekor ayam bulat (jgn potong) 
  • five spice powder + garam (secukup kegunaan@rasa)
  • 1 biji lemon - perah airnya (kalau xde,boleh ganti dgn limau@cuka)
  • madu (secukup manis) - (kalau xde boleh gantikan dgn gula)
  • air 1 liter @ secukup kegunaan (xpyh byk sgt..) 


cara2 untuk memasak SUP:
  1. masuk bawang merah,bawang putih dan halia.tumis hga naik bau..
  2. masukkan 4 sekawan (bunga lawang,buah pelaga,kayu manis dan cengkih)- teruskan menumis.
  3. masukkan daging ayam.. kacau rata.tumis sehingga minyak dah mula keluar dr daging ayam..
  4. tambahkan kentang,kacau sekejap.
  5. masukkan air.. biarkan mendidih..
  6. setelah mendidih,tambahkan carrot & bawang goreng.kecilkan api & masak lagi sehingga kentang empuk.
  7. setelah kentang empuk,bolehlah perasakan dengan garam/serbuk pati ayam.
  8. tabur hirisan daun bawang sebelum makan.


cara2 untuk memasak NASI:
  1. panaskan periuk nasi atas dapur gas & masukkan butter.
  2. kemudian,masukkan kepak ayam.. masak seketika
  3. tambahkan bawang putih,halia,kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih & buah pelaga.tumis sehingga naik bau.
  4. masukkan beras dan goreng seketika.gaul sebati.
  5. pindahkan periuk  ke dalam rice cooker. 
  6. tambahkan stok ayam@air, daun pandan@serai, pewarna kuning dan perasakan secukupnya dgn garam@pati ayam.
  7. tutup periuk dan masak nasi seperti biasa.






cara2 untuk masak AYAM:
  1. lumur bahagian dalam ayam dengan five spice powder & garam.pastikan tos ayam terlebih dahulu sebelum memulakan proses ini.ayam xboleh terlalu basah/berair.
  2. satukan air, perahan air lemon & madu.sesuaikan rasanya & didihkan atas api sederhana.
  3. ikat tengkuk @ leher ayam dengan tali.(pastikan xda lubang kat tengkuk ayam tu sb xnak ada air yg masuk ke bahagian dlm ayam) kemudian pegang tali tersebut.. ((untuk proses ni, eloklah kalau buat kerja berdua.seorang pegang ayam,seorang siram ayam..))
  4. setelah air campuran madu & lemon mendidih,siram bahagian luar ayam dengan posisi memegang/menggantung ayam secara menegak(kepala atas kaki bawah)
  5. langkah ini penting sb xnak ada air yg masuk ke bahagian dalam ayam.hati2 tgn ketika melakukan proses ini.jgn smpai tersiram air campuran madu yg panas.
  6. pastikan bahagian dalam ayam xboleh kena air.bahagian dalam harus di lumur dengan five spice powder & garam SAHAJA> 
  7. bahagian luar pula harus di siram dgn air campuran madu.teruskan siram kulit ayam sehingga berubah warna@minyak sdh mulai keluar. 
  8. matikan api,gantung seketika ayam untuk beberapa jam @ semalaman.(malam buat esok tghari goreng) 
  9. biarkan minyak dr ayam menitik jatuh/keluar -(gantung di tempat yg bersih ye dan kalau oven ada fungsi grill yg boleh cucuk ayam tu lg bgs..)
  10. setelah itu,bolehlah menggoreng ayam dengan minyak yg banyak@goreng terendam-nak panggang dlm oven pun boleh. ikut selera masing2 lah ye.. 
  11. potong ayam ketika hendak makan. so,ikut suka lah nak hias macamana atas pinggan tu ye.kalau suka tomato@timun,bolehlah letak.br nmpak lengkap gitu hidangan nasi ayam nya.



fuh,panjang betul pulak resepi kali ni kan.. penangan "extra energy" ni..hehe.. k lah,saya stop di sini dulu ye,kalau ada bahasa yg berbelit2 sehingga menyukarkan korang fhm,maaflah ye.. biasalah,klau dah pnjang bgni,msti ada kesilapan.. oklah,penat dan mengantuk dah ni.. zzzz dulu ye.. bye..







No comments: