Showing posts with label manisan. Show all posts
Showing posts with label manisan. Show all posts

Wednesday, 26 March 2014

CHEESEKUT

Salam sejahtera.. agak lama juga saya xupdate blog kan.. dah bersarang pun.. huhu.. hopefully selepas ini saya akan bergiat aktif semula..

Sebagai permulaan baru.. saya upkan entri yang cukup mudah untuk disediakan.. resepi asal saya rujuk di SINI.. TQ mamatisya utk perkongsian resepinya ye.. 


BAHAN2NYA :
1 pek biskut hup seng deluxe crackers - saya guna biskut crakers RITZ
1/2 tin susu pekat - saya letak 1/3 tp msh rasa manis
250g cream cheese
  fresh milk 
nestum (topping) - optional


CARA2NYA :
1,) Pukul cream cheese sehingga kembang 

2.) Masukkan susu pekat

3.) Tambahkan 3-4 sudu besar fresh milk - agak2 je.. jgn pekat sgt jgn cair sgt - pukul hga sebati

4.) Celup biskut dlm fresh milk dan terus susun biskut di dalam bekas

5.) Letakkan adunan cream cheese diatas biskut sbg layer pertama - ulang step yg sama sehingga bekas penuh

6.) Pastikan last layer diakhiri dgn adunan cream cheese

7.) Taburkan nestum (kisar halus) sbg topping

8.) Sejukkan dalam peti sejuk semalaman sebelum dinikmati

Resepi yang mudah dan cepat penyediaannya namun cukup menggugat kesabaran utk menunggu sejuk semalaman sebelum boleh dinikmati :)

 Resepi yang sesuai disediakan sempena cuti sekolah ni.. Family tentu suka terutamanya budak kecil kan..


Selamat Mencuba..

Tuesday, 15 January 2013

milk with fruit cocktail

selamat petang semua..
milk with fruit cocktail.. resepi yang sangat2 ringkas.. utk mereka yg kejar masa tetapi terpaksa menyediakan pencuci mulut... inilah calon yg plg sesuai.. hehe..


resepi ni sgt mudah utk disediakan kerana tidak perlu di masak @ didihkan.. cukup sekadar menyejukannya di dlm peti sejuk..


oklah.. xnak cerita panjang lebar.. jom kita tengok resepinya ye..

 
MILK WITH FRUIT COCKTAIL
  • 1liter susu uht full cream milk
  • 1 tin fruit cocktail - tapis & asingkan sirap dgn buahnya
  • 6 scoop aiskrim vanila - nak kurang @ lebihkan pun boleh
  • sedikit susu pekat manis - optional

CARA2NYA:
  1. satukan susu.. sirap fruit cocktail & aiskrim - kacau sebati hga aiskrim cair sepenuhnya
  2. sesuaikan rasa manisnya.. kalau dah okey boleh terus masukkan fruit cocktail ke dlm campuran susu td tetapi kalau korang rasa kurang manis boleh tambahkan dgn sedikit susu pekat..
  3. sejukkan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan..

 ENJOY  ^_^  !!!!

Sunday, 6 January 2013

strawberry tiramisu

selamat petang semua.. strawberry tiramisu merupakan pemanis mulut saya bersama anak di petang hari ini.. ^_^


hari ni simple je.. ikut tekak anak yang gemarkan cheese.. so,buat strawberry tiramisu je lah.. xyah masak segala.. senang keje saya kan.. hehe..


sebelum ni saya pernah kongsikannya di SINI tetapi kali ini, saya gantikan serbuk koko + milo dgn strawberry filling .. disebabkan kemalasan dtg melanda.. saya buat versi gelas yg simple & comot... hehe.. xpelah kan.. yg penting siap & boleh dimakan..


  BAHAN A:
  • 250g cream cheese
  • 125g whipped cream - (non dairy whipping cream @ fresh cream)
  • 125g whipping cream - (dairy whipping cream)
  • 50g gula ising - di ayak

BAHAN B:
  • 150g strawberry filling
  •  80ml air suam

BAHAN C:
  • biskut lady fingers secukupnya
  • air nescafe secukupnya


CARA2NYA:
  1. satukan bahan B - kacau sebati - ketepikan
  2. pukul cream cheese bersama gula (bahan A) hga gebu - ketepikan
  3. dlm bekas yang lain, pukul whipped & whipping cream hga kembang
  4. satukan ke dlm adunan cream cheese tadi & gaul sebati menggunakan spatula
  5. sudukan sedikit campuran strawberry filling ke dlm gelas
  6. patah2 @ potong biskut lady finger mengikut saiz gelas yg digunakan.. kemudian celup sekejap dlm bancuhan air nescafe
  7. susun biskut di atas strawberry filling td
  8. sudukan pula campuran cream cheese ke atas biskut
  9. ulang langkah 5-8 sehingga memenuhi ruang gelas
  10. sejukkan di dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dihidangkan
 sedia untuk dinikmati.. ^_^

Wednesday, 24 October 2012

cake pops

selamat petang semua...  kali ni update blog dgn ceritera pop.. tp bukan k-pop ya tapi cake pops.. hehe.. sebenarnya kalau baca step resepi ni mcm senang je tp bila buat.. mak aii.. berganda2 pulak susahnya.. yg pro senanglah tp utk yg amatur mcm saya ni mmg surrender jg.. bukan apa,time nak deco tu yg payah.. di tambah pulak dgn ketiadaan polisterine.. hehe.. mmg xterpegang jg lah batang cake pops tu.. tp tu salah saya le sb xcheck btl2 semua bahan yg diperlukan. huhu..

sebenarnya resepi cake pops ni lebih kurang je dgn resepi oreo cheese ball .. bezanya OCB menggunakan biskut oreo & cream cheese manakala CP menggunakan kek & butter.. walaupun resepinya lebih kurang sama tapi rasanya tetap berbeza.. utk peminat keju tegar (mcm anak saya) pasti memilih OCB.. hehe.. terpulanglah kan.. citarasa masing2 kan berbeza..

okeylah sebelum cerita ni berlanjutan utk babak yg ke2  (hehe..) elok lah kiranya saya perkenalkan dr mana saya dapatkan resepi ni ya.. resepi cake pops ni di postkan oleh Qies yusof dlm group
resepi turun temurun, resepi istimewa keluarga kita ..mohon share di sini pulak ye QIES.. thank you..



 


BAHAN2NYA:(menghasilkan 20biji tp saya dpt 11 biji dgn purata 25g setiap 1 CP)
  • lebihan kek  (perisa apa pun boleh) - tp lg sedap guna kek coklat
  • 50 g unsalted butter 
  • dark,milk & white chocolate - saya guna milk chocolate compound
  • 1/2 tbsp shortening / butter - saya xletak
  • manik urai warna warni
  • badam hancur
  • chocolate rice
  • smarties @ m&m
  • batang lolipop / lidi sate ukuran dlm 15cm
  • kotak polisterine

*saya letak gula manik.. sanding sugar.. badam.. dll.. kira apa yg ada kat dapur tu je lah yg saya guna sbg hiasan.
* kuantiti lebihan kek dan butter tu bergantung byk @ kurangnya kek yg kita nak guna ye.. sb resepi asal pun xbg anggaran berapa gram nak guna so kita pandai2lah utk adjust tekstur kek.. letak butter sikit2.. jgn terlalu lembik dan jgn terlalu kering.. yg sedang2 aje..

CARA2NYA:
    1. hancur2kan kek menggunakan jari.
    2. masukkan butter dan gaul sehingga kek dan butter sebati.
    3. ambil segenggam dan bulat2kan - saya bulatkan dlm 25g setiap satu.
    4. buat sehingga habis dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam.
    5. cairkan chocolate dgn kaedah double boiler - tambahkan shortening/butter - kacau hga semua bahan cair & sebati.
    6. keluarkan cake pops yg di sejukkan tadi,ambil batang lolipop dan cucuk pada cake pops.
    7. pegang batang cake pops - salut keseluruhan permukaan dgn coklat yg telah dicairkan tadi.
    8. sebelum coklat mengeras.. taburkan dgn bahan hiasan.
    9. cucuk atas polisterine dan biarkan sehingga coklat mengeras sepenuhnya.- xde polisterine kat rmh.. saya cucuk dgn span.. mmg payah nak berdiri tegak.. (jgn ikut cara saya ye..)
    10. siap dan sedia untuk dinikmati.



    p/s : rasanya utk buat cake pops ni kita kena "main" dgn suhu.. sb bila saya salut coklat ada bebola yg mula mencair.. jadi seeloknya ambil 2 sahaja cake pops dan salut coklat serta hias.. yg selebihnya biar msh tetap di dlm peti sejuk.. cucuk kat polisterine kemudian ambil lg 2 cake pops & salut coklat - hias.. ulang step ni sampai kesemua cake pops dah siap hias.

    pastikan juga suhu coklat yg dicairkan tidak terlalu panas.. utk yg pro xperlu lah buat semua ni sb cepat diorang buat keje kan tp utk yg amatur mcm saya ni elok lah buat begitu sb saya buat lambat.. xde bakat nak mendeco.. huhu..

    oklah.. selamat mencuba utk yg berminat ye..





Tuesday, 2 October 2012

oreo cheese ball



 malam all.. kali ni entri pun mesti kena ringkas.kena update blog cepat2 sb mata dah mula mengantuk.. hehe.. oklah,entri kali ni ttg "oreo cheese ball".. sebenarnya adik yg perkenalkan resepi ni.. lps try hmm not bad.. malah anak suka sgt2.. so,bila anak suka.. mummy nya pun suka jg lah kan.. hehe..



 utk resepi ni ilhamnya dari SINI.. mohon syer kat sini pulak ye.. thank you..
 sebenarnya byk resepi ni kalau korang google.. mcm2 versi ada.. tp sukatan/bungkusan oreo "mat salleh" ni xsama dgn kita.. so,saya buat sukatan ikut versi pek oreo malaysia lah ye..


 
 BAHAN2:
    * 1 peket oreo (137g)
    * 50g white chocolate - hiasan (optional)
    * 100 g cream cheese
    * 200g dark@milk chocolate compound (pilih 1 ikut citarasa masing2)


okey.. kuantiti ni bergantung byk mana yg korang buat ye.. kalau buat byk boleh lebihkan bahan2 di atas .. kalau cream cheese @ white @dark chocolate xcukup dr kuantiti resepi di atas.. xpe.. projek msh boleh diteruskan .. hehe.. tetapi tu cukup utk oreo pek 137g sahaja ye..

CARA2NYA:
masukkan semua bahan dalam blender & kisar sehingga biskut hancur & semua bahan sebati.. tu utk cara auto.. tp kalau blender tu dh pnh guna kisar cili segala elok abaikan step auto ni ye.. step auto ni utk mereka yg mempunyai blender yg bebas bau. hehe..so,klau korang guna cara auto sila abaikan step 1-6.



CARA MANUAL :
    1.) keluarkan filling oreo.. masuk biskut dlm plastik ziploc.
    2.) hancur2kan biskut oreo dgn rolling pin.
   3.) setelah hancur keluarkan dr plastik.

 tahap "kehancuran" biskut oreo ni bergantung dgn taste masing2 lah ye.. kalau jenis yg suka rangup,xyah hancurkan lebih2.. kalau jenis yg suka tekstur lembut.. bolehlah hancurkan smpai jd serbuk.. 


  
  4.) campur filling oreo yg telah di asingkan pada proses awal td dgn biskut oreo yg telah dihancurkan.
  5.) campurkan juga cream cheese.
  6.) gaul hingga sebati sehingga menjadi doh yg lembut.
  7.) bulat2kan mengikut saiz yg kita suka dan keraskan seketika dlm peti sejuk. 



  8) sementara tu,potong kecil coklat..
  9) masak guna kaedah double boiler hga coklat cair-matikan api dan sejukkan sebentar.
10) kemudian bolehlah celup bebola oreo dlm coklat cair.. letakkan di atas pinggan yg di lapik dgn baking paper terlebih dahulu.buat smpai hbs dan sejukkan lagi dlm peti sejuk.

okey.. buat step yg sama 8-9 utk white chocolate.. tetapi white chocolate ni di hias@di lorekkan atas bebola oreo setelah dark@milk chocolate dah mula mengeras ye.. kemudian bolehlah dihias mgikut kreativiti masing2.. kalau xhias bebola dgn white choc.. makan begitu saja pun boleh.. ikut citarasa masing2..



 lepas coklat dah mula mengeras boleh lah dimakan sudah..hehe..



oklah entri stop di sini dulu.. selamat malam all.. .