Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts

Tuesday, 27 August 2013

sambal udang petai

salam sejahtera semua..
sambal udang petai.. resepi yang ringkas namun cukup membangkitkan selera..



ianya merupakan resepi asal sambal ayam penyet.. namun diolah dengan menggunakan udang..
untuk penggemar ayam penyet.. sudah semestinya saya menyukai sajian ini..
terima kasih kepada kak amie kerana mengetengahkan resepi ini..



RESEPI - SAMBAL UDANG PETAI
SUMBER - Kak AmieMamak Haji 

BAHAN-BAHAN:
  • 25 ekor udang kertas sederhana besar
  • 1 cawan isi petai
  • 15 biji cili masak dibuang bijinya (300gm).
  • 10 bji cili padi - kalau nak pedas tambah saja
  • 10 biji bawang merah atau 3 biji bawang besar - dihiris.
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji tomoto bersais besar dibelah enam
  • 1 inci belacan.
  • 1 gengam udang kering
  • 3 sudu besar gula merah atau gula melaka.
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak 
 
Cara:
1. Panaskan minyak - goreng udang kering sehingga garing dan asingkan. Dalam minyak yang sama goreng belacan dan asingkan - Pada masa ini, goreng juga udang kertas hingga berubah warna dan toskan minyaknya. 
2. Masukkan cili merah & cili padi sehingga layu. Bila cili mula layu, masukkan hirisan bawang merah, hirisan bawang putih. Goreng sehingga layu.
3. Masukkan tomato dan goreng sehingga layu.
4. Angkat semua bahan-bahan goreng tadi, biarkan  sejuk dan kisar semua bahan-bahan tadi kecuali udang kertas separuh halus.
5. Keluarkan kisaran tadi dan masukan dalam kuali dan panaskan. Masukkan udang serta petai, gula dan garam secukup rasa. Jangan terlalu masak. Sekali mendidih sudah memadai. Sambal anda sudah siap.
 
sedia untuk dihidangkan dan dinikmati..
makan dengan nasi panas2 memang cukup membangkitkan selera..
 
 

Monday, 25 February 2013

udang masak cili kering

selamat sejahtera...
udang masak cili kering merupakan entri utk kali ini..


semenjak dua menjak ni.. dapur penuh dgn stok sayur.. so,apa saja lauk yg dimasak mesti dicampur dgn sayur2an.. dah rasa diri semakin berusia barulah sibuk nak makan sayur & buah2an.. hehe..


BAHAN A:
  • 15 ekor udang - bersihkan, buang kulit
  • 10 biji cili kering - potong panjang, basuh, toskan
  • 2 ulas bawang merah kecil - hiris nipis
  • 1inci halia - hiris nipis @ tumbuk lumat
  •  1 labu bawang besar - potong 4
  • 1/2 biji lada benggala kuning ( saiz kecil ) - potong dadu @ ikut suka
  • 1/2 biji lada benggala merah ( saiz kecil ) - potong dadu @ ikut suka
  • sweet @ snow pea - terpulang nak byk mana
  • 1 pokok daun bawang - potong panjang
  • sedikit minyak utk menumis

BAHAN B: 
  • kicap cair - secukup kegunaan
  • 1 1/2 sudu makan sos cili @ sos tomato
  • serbuk pati ayam tumix ( boleh ganti dgn pati ikan bilis ) - secukup rasa
  • sedikit air - terpulang nak kuah byk mana tp kalau kuah lebih, tambahkan sukatan sos cili & bahan perasa lain
  • sedikit bancuhan air + tepung jagung - utk pekatkan kuah


CARA2NYA:
1. panaskan minyak - goreng cili kering hga garing - angkat & ketepikan.

2. dlm kuali yg sama, tumis bawang merah kecil & halia sehingga naik bau.

3. kemudian masukkan udang - masak seketika.

4. tambahkan lada benggala kuning & merah, snow pea & bawang besar - gaul rata.

5. perasakan secukupnya dgn kicap cair, sos cili @ tomato & pati ikan bilis @ ayam - gaul rata & tambahkan air secukup kegunaan (saya letak air sikit je)

6. masukkan semula cili kering yg telah digoreng tadi & daun bawang.

7. pekatkan kuah dgn bancuhan tepung jagung - gaul sebati - matikan api.

sedia untuk dihidangkan.. makan panas2 mmg best..


makan macam ni je dgn nasi panas2.. xperlu masak sayur lagi.. hehe.. sangat senang kerja saya kan.. ^_^..


Thursday, 25 October 2012

sambal prawns

hallu semua.. sdh lunch ke?mkn apa?hehe..malas je hari ni nak buat kerja.. mentang2lah esok cuti.. mula lah mood lemau datang.. tapi,malas2 pun kena masak jg kan.. terpaksalah.. huhu..




sambal prawns @ sambal tumis lemak udang ni merupakan resepi dari chef joha hassan yang dikongsikan di laman facebook.. kebetulan ada udang dalam peti sejuk.. jadi saya pun masaklah.. maka terhasil lah entri utk kali ni.. mohon share resepinya di sini ye chef.. terima kasih..


RESEPI = SAMBAL PRAWNS
SUMBER = CHEF JOHA HASSAN

BAHAN2NYA:
  •  600g udang segar
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 2 labu bawang besar - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 3/4 inci halia - dikisar
  • 1 ketul kiub ikan bilis KNORR
  • 2 sudu besar santan krim
  • 1 batang serai - dititik
  • garam secukup rasa
  • gula secukup kegunaan - lebihkan gula supaya sambalnya manis sikit
  • 1/2 cawan minyak sayur/kacang utk menumis


CARA2NYA:
  1. panaskan minyak 1/2 cawan di kuali - masukkan bawang besar kisar,bawang putih dan halia - tumis hingga naik bau.
  2. setelah bawang nya wangi.. masukkan cili kisar - gaul sebati.
  3. masukkan serai .. kiub ikan bilis.. garam & gula secukup rasa.
  4. kemudian,masukkan udang - gaul hingga sebati  dgn bahan2 sambal
  5. masukkan 2 sudu besar santan krim & gaul rata hingga udang masak.
  6. teruskan menumis sehingga sambalnya kelihatan pekat sedikit.
  7. tutup api dan sajikan panas2 - makan bersama nasi @ roti putih.  




okeylah.. entri berhenti disini  dulu ye.. selamat menyambut hari raya aidil adha..