Friday 2 August 2013

Easy "Baked" Cheesecake

Salam sejahtera semua.. 
Easy "Baked" Cheesecake merupakan kek yang paling anak saya suka.. 
dan sudah semestinya saya pun suka sb teramat mudah utk membuatnya dan bahan2 yang diperlukan pun agak mudah didapati..



Sebelum2 ni saya selalu buat dengan base biskut dan topping plain je.. tetapi kali ni saya xbuat "base" sb kurang rajin sikit.. hehe.. lagipun anak saya xkan mkn biskut tu.. membazir juga lah kan.. Utk topping pula saya buat dengan cara yang paling mudah... ye taburkan saja dengan parutan cheddar cheese.. siap.. jimat masa dan tenaga kan.. hehe.. tapi not bad lah.. ala2 snow cheesecake gitu.. memang bertambah2lah rasa cheesenya..



RESEPI = EASY BAKED CHEESECAKE 

  • 250g cream cheese
  • 200 ml fresh cream/plain yogurt - saya guna dairy whipping cream
  • 2 sudu besar jus lemon - saya xletak
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula 


Cara-cara:

  1. Panaskan oven 170 c - Sapukan loyang dgn butter @ alas dgn kertas minyak.
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer @ blender - Mix sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak @ selepas 30 minit letak aluminium foil di atas permukaan loyang untuk mengelakkan permukaan kek hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.


    TOPPING :
    Susu pekat manis - secukupnya
    Cheddar cheese (block) - secukupnya


    1.) Sapu permukaan kek dengan susu pekat manis - sapu nipis je (fungsi untuk lekatkan Cheddar cheese dgn kek)
    2.) Parutkan cheddar cheese di atas permukaan kek



    Mudah bukan.. opss.. sila abaikan sekeliling @ bahagian tepi kek ya.. kurang rajin utk ke dapur inilah akibatnya.. main buat je dengan jalan yang mudah.. hehe.. xpelah kan sb nak mkn sendiri kat rumah.. bolehlah asalkan kek siap ^_^ 

     


     Oklah.. untuk yang berminat bolehlah cuba repepi ni k.. sesuai juga di buat manisan utk berbuka puasa.. yang penting mudah.. cepat & sudah semestinya sedap.. kredit sekali lagi utk BIDURI atas perkongsian resepi ini.. TQ sis..


    Selamat menjalani ibadah puasa untuk rakan2 blogger.. dan pengunjung yang sudi singgah sini walaupun agak lama juga saya tidak update blog dgn entri terbaru.. Semoga di bulan yang mulia ini.. kita semua dilimpahi dengan keberkatan.. Amin!!



    ** ^_^ **


No comments: