Friday 5 October 2012

ayam kashmir

selamat tengahari semua.. mkn apa lunch tadi? okeylah.. ni merupakan entri tertangguh ye.. hehe.. dah byk kali buat resepi ni.. mmg menepati citarasa tekak family saya.. bukan sahaja org dewasa tetapi anak saya yg tadika pun suka.. hehe.. resepi ni dari sky blue's kitchen .. jgn heranlah kenapa saya suka masuk dapur kak diana "selongkar" resepi.. sb nya resepi yg kak diana ketengahkan semuanya sedap2 belaka.. gmbar masakan pula xyah ckplah.. korang tgk sendiri je lah ye.. mmg xdapat dinafikan bakat kak diana ni.. SUPERB... hehe.. mohon share di sini pula ye kak diana.. tq..




RESEPI = AYAM KASHMIR
SUMBER = SKY BLUE'S KITCHEN

 Bhn² A
- 6 biji bawang merah (dihiris)
- 1/2 labu bawang besar (dihiris)
- 3 bawang putih (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- 1 batang serai (diketuk)
- rempah 4 sekawan 
- sedikit daun kari

Bhn² B
- 3 sb tomato puri - saya letak 1 sb je sb "kurang" suka bau tomato puri
- 1 sb serbuk cili
- 2 sb rempah beriyani
- 2 sb rempah kari daging
- 4 biji tomato ( dipotong kecil )
-Garam & gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya - Diana campurkan dengan minyak sapi - saya xcampur
- air secukup kegunaan
- 2 biji ubi kentang (dipotong)
 
Bhn C
1/2 kg ayam (dipotong & digoreng 1/2 masak jika suka) - saya goreng separuh masak

Cara²
  1. Panaskan minyak - tumis bahan A hingga terbit bau.
  2. Satukan serbuk rempah (beriyani & daging),tomato puri & serbuk cili di dlm mangkuk - bancuh dengan sedikit air. 
  3. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi & tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, ubi kentang & air secukupnya - gaul - masak hga kentang empuk.
  5. Masukkan tomato - perasakan dgn garam & gula secukupnya. 
  6. matikan api dan ayam kashmir sedia untuk dinikmati.

No comments: