Sunday 14 October 2012

resepi donut..

selamat berhujung minggu semua.. apa aktiviti hari ni? saya dok umah je dgn anak.. suami keje.. so,tgl berdua dgn anak ni mula lah main masak2.. main deco2.. main makan2.. hehe.. tp budak lelaki biasalah.. xpandang semua tu.. yg dia tau nak "ngap" je lps masak.. tlg xnak.. huhu.. 




sebenarnya plan nak rest cukup2 hari ni tp anak bangun awal lah pulak.. lps tu dah pukul 4.30ptg xnak tido siang.. cmna maknya nak tido?terpaksalah masuk dapur.. selongkar ini itu tgk bleh buat apa utk minum petang.. 




so,inilah hasilnya.. donut gebuss .. sumber myresipi dan kak chah no.one merupakan pemilik resepi ini.. mohon share di sini pulak ye kak chah.. terima kasih..


RESEPI = DONUT GEBUSS
RESEPI OLEH = KAK CHAH NO.ONE
SUMBER = MYRESEPI

BAHAN2NYA (menghasilkan +- 25biji donut saiz sederhana)
  • 500gm tepung gandum
  • 1 1/2 biji telur
  • 5 sudu makan susu cair
  • 3 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 2 1/2 sudu makan lemak sayur @ shortening
  • 2 1/2 sudu kecil yis mauripan
  • 2 1/2 sudu kecil double action baking powder
  • 1 cawan air suam (masuk sedikit-sedikit, tambah dan kurangkan ikut keadaan) 

CARA2NYA:
 Campur semua bahan kecuali air & telur - Gaul hga semua bahan sebati dgn tepung. 


 Pukul telur sedikit (guna garfu je). Tuangkan dalam adunan. 


 Masukkan air sedikit demi sedikit..


 uli menjadi doh yang lembut..
(Adunan yang terbaik adalah adunan yg masih melekit2 kat tangan..)


 Tutup adunan dengan plastik - biarkan selama 40 minit..



Tumbuk2 adunan untuk keluarkan angin (ketika ini adunan dah tak melekit kat tangan dah). 


 Bahagikan kepada 25 bahagian @ ikut suka nak besar @ kecil. Bulat2kan. 


 Tabur sedit tepung gandum pada permukaan talam/loyang - Susun adunan@doh. jarak2 sedikit. Tutup dgn plastik - biarkan sehingga naik 2 kali ganda. (lebih kurang 1 jam ikut suhu kt tempat masing2 ye) 


 Apabila adunan dah naik. Panaskan minyak yang banyak..
 Buat lubang ditengah-tengah adunan sebelum di angkat & digoreng (kena ade skill nih) 
 Minyak mestilah sederhana kepanasannya.. Donut akan bewarna cerah tetapi masak didalamnya.

 saya buat guna tgn & penerap donut tp tetap xkemas sb xde skill.. hehe



Tabur donut dengan gula pasir yang dimesin halus. (Tak perlu halus sangat ya..)
saya cairkan chocolate compound.. celup permukaan donut.. tabur dgn kacang tanah, hirisan badam,chocolate chip dan gula manik..


 dah siap pun.. selamat mencuba..


 

No comments: