Friday 19 October 2012

baked macaroni cheese

selamat sejahtera.. semoga semuanya sihat2 belaka.. baked macaroni cheese.. entri kali ni ye.. time2 nak mkn something yg "ringan" tetapi "berat" (boleh gitu?hehe..) inilah menu yg saya plg suka.. senang dan cepat.. sambil buat kerja lain.. tup tup macaroni dah siap.. hehe..




resepi di ambil dari myresipi  dan  dilaOHdila  si pemilik resepi ini.. mohon share disini pula ye dila.. tq.. okeylah..  jom kita tengok resepi nya ye..




BAHAN2NYA:
  • 300gm macaroni
  • 250 gm daging ayam cincang
  • 4 biji telor (pukul kembang)
  • 3 sudu rempah kari
  • 2 labu bawang besar
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • sedikit keju parut - ikut citarasa sendiri lah nak guna keju jenis apa ye..
  • minyak utk menumis
  • gula & garam secukup rasa

CARA2NYA:
  1. rebus makaroni hingga empuk - toskan
  2. panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
  3. masukan daging - kacau rata hingga daging masak
  4. Selepas itu masukkan susu.. garam & gula - Kacau rata
  5. Masukan makaroni.. kacau seketika.. kemudian masukkan air.. kacau hingga mendidih.
  6. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
  7. Tuangkan telur & taburkan keju.
  8. Bakar selama 45minit dengan suhu 180 C 






No comments: