Thursday 4 October 2012

kue teow goreng

selamat ptg semua.. ptg2 ni sedap jg layan kue teow goreng kan.. lama dah saya xmkn.. so,bila dah mkn mmg x'hengat'  dunia ler.. hehe.. kalau bli kat kedai mmg xcukup 1 pinggan.. hihi.. okey lah sebelum saya tuliskan resepi nya,lbh molek rasanya kalau perkenalkan tuan empunya resepi kan..resepi ni dtgnya dr dapur tanpa sempadan .. bila tgk gmbr kue teow goreng che mat gebu hmm.. mmg xtau nak ckp apa lg lah.. selain terus ke dapur.. hehe.. mohon syer di sini pulak ye CMG.. tq..





RESEPI = KUE TEOW GORENG
SUMBER = DAPUR TANPA SEMPADAN

bahan2nya;
  • 500g kue teow
  • 200g hirisan daging patang pinang - saya gantikan dengan udang
  • 1 cekak kucai - potong pendek
  • 1 genggam taugeh - buang ekor-cuci-tos
  • 3 biji bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 keping tauhu-potong dadu-goreng - saya gantikan dgn fish cake
  • 3 camca besar kicap manis
  • 1 1/2 camca besar kicap pekat
  • 1 camca besar sos tiram
  • sos ikan secukup rasa (jika perlu) - saya xletak
  • 2 biji telur - pukul sikit
  • 2 camca besar cili kisar - saya letak 1 camca je
  • 1/2 cawan air 
  • hirisan cili hijau & limau kasturi sbg hiasan - saya xletak sb xde.. hihi..    

cara2nya;
  1. panaskan kuali-letak sedikit minyak-tumis bawang merah & putih hga wangi.
  2. masukkan cili kisar dan sos tiram - tumis lg hga cili garing
  3. tambahkan daging (udang)- kacau rata- masak hga daging kecut.
  4. tolak kuali ke tepi,masukkan telur - biar telur mengeras sedikit,kemudian hancurkan & gaul rata.
  5. masukkan tauhu(fish cake),kicap pekat,kicap manis dan air-kacau rata & masak hga pekat.
  6. tambahkan kue teow-gaul rata,kemudian masukkan taugeh & kucai-rasa,jika kurang garam renjiskan dgn sedikit sos ikan.
  7. gaul rata & matikan api-hias dgn hirisan cili hijau & limau kasturi sebelum dihidang.





oklah,kue teow pun dah bhs.. perut pun dah kenyang.. mata pun dah mengantuk.. hehe.. jumpa lg next entry ye..

No comments: