Salam sejahtera semua.. Entri kali ni menyimpang jauh dari bidang makanan ye.. Hehe.. Sesekali apa salahnya kan.. Lgpun anak saya baru sahaja menjalani pembedahan tonsilectomy pada 1hb march 2013.. Jdnya elok segala maklumat yang saya tahu dan msh segar dlm ingatan ni.. saya kongsikan di sini utk kenangan peribadi dan utk rujukan pada mereka yg bakal menjalani pembedahan yg sama..
Sebelum anak kena operate, saya juga byk meng'google' utk mencari info yg saya perlukan utk persediaan sebelum tarikh pembedahan tiba.. Bila dpt maklumat yg kita perlukan terasa lega sgt dan berterima kasih sgt2 utk blogger yg sudi berkongsi pengalaman mereka.. Jadi utk menambahkan maklumat ttg tonsil yg sedia ada kat alam maya ini.. Saya akan kongsikan disini tentang pengalaman saya sendiri yg menjaga anak yg kerap demam sehingga diwajibkan oleh doktor utk menjalani pembedahan tonsilectomy..
Oktober 2012
bawa anak ke hospital serdang sb sdh 1 mgu demam.. Sebelum tu telah bw anak ke klinik dan bg ubat yg diberikan tp demam msh berterusan.. Kali ini,nekad utk menggunakan perkhidmatan yg disediakan oleh hospital kerajaan.. Walaupun terpaksa tgu lama,tp saya nekad utk mendapatkan pendapat @ penjelasan brhubung anak saya yg kerap demam dari doktor yg berbeza..
Sb sebelum ni,doktor tetap yg merawat anak saya ada menyatakan yg anak saya perlu menjalani pembedahan tonsilectomy selepas berumur 7thn.. sb dlm rekod & pemerhatiannya selama beberapa thn ni.. anak saya bila demam mesti berkaitan dgn tonsil yg membengkak.. Tidak mahu terburu2, saya ambil pendapat dari doktor swasta itu sbg suatu nasihat dan utk mendapatkan pendapat dari doktor kerajaan saya bw anak ke hospital serdang utk merujuk perkara yg sama.. Nyata,saya terus di bgtau ttg pembedahan utk buang tonsil dan segera diberikan surat temujanji utk berjumpa doktor pakar dlm masa 2bln..
28hb disember 2012
temujanji dgn doktor pakar utk pemeriksaan lanjut.. Selepas perbincangan, soalan demi soalan dan jawapan demi jawapan akhirnya doktor bertanya adakah kami sbg ibu dan bapa kepada pesakit bersetuju untuk anak menjalani pembedahan tonsilectomy.. Walaupun berat utk berkata ya,tp akhirnya kami akur.. Tarikh utk pembedahan di jadualkan utk tarikh kosong yg paling awal.. Akhirnya anak saya mendapat tarikh 01.03.2013 utk pembedahan dilakukan tetapi 28hb februari kena admit ward.. Awal sehari utk prosedur ambil darah dll.. Tetapi sebelum itu, tarikh temujanji dgn doktor bius dibuat pada 22hb februari..
22 februari 2013
Temujanji dgn doktor bius.. Pada masa ini,segala soalan akan dikemukan seperti anak ada alahan ubat ke.. Kekerapan demam.. Pnh masuk hospital sblum ini dan sbgnya.. Berat dan tgi anak akan trut diambil pada hari tersebut.. Selepas itu,doktor bercerita ttg prosedur yg bakal dilakukan pada 1hb march nti.. Seram sejuk jg mendengarnya tp xbleh nak buat apa.. Masa ini anak dinasihatkan utk dijaga elok2.. Sb pembedahan tidak akan dilakukan sekiranya anak demam..
28hb februari 2013
9:00am berjumpa doktor utk kesekian kalinya.. Kali ini butirannya diringkaskan dan akhirnya satu surat perlu kami tandatangani sbg maksud mempersetujui pembedahan tersebut..
1:00pm - darah telah diambil utk langkah seterusnya.. Masa ni mmg menguji kesabaran sb anak takut dgn jarum.. Tentu korang dpt bygkan bunyi bising tangisan anak saya dlm bilik tu kan.. Hehe.. Setelah selesai, kami pun menuju ke kaunter untuk prosedur mendaftarkan anak masuk wad.. Sebelum naik wad, di bg kelonggaran utk makan atau buat apa sahaja yg perlu sb bila dah masuk wad dah xbleh keluar masuk lg..
2:30pm - naik lif menuju tingkat 5B ward paedeatric.. Masa ni xda katil kosong, jd kami lepak kat ruang menuggu @ ruang family yg turut disediakan sebuah televisyen utk tontonan..
4:00pm - kami diberikan katil sementara utk berehat kerana pada masa itu belum ada bilik kosong.. nasib bw buku.. dapatlah leka kan anak seketika.. tp masa tu mmg nak blk je.. Hrp2 semua bilik full, so bleh blk rumah.. Esok awal pg br dtg hospital semula.. tp hasratku tidak kesampaian.. Hehe.
7:00pm - katil dah ready.. Akhirnya saya dan anak menjadi penghuni katil bernombor 16.. Dlm bilik tu,ada 4 katil.. 1 toilet dan 1 bilik mandi.. Oklah sb xpyh keluar jauh cr toilet lg2 tgh mlm.. Seram juga tu kan.. Hehe.. Akhirnya, kami tido awal utk dapatkan rehat yg cukup utk persediaan hari esok pula.. Dlm pada itu, anak kena berpuasa start pukul 2pagi.. Air putih setitik pun tidak dibenarkan..
1hb march 2013 - THIS IS THE DAY
7:00am - jururawat datang memberikan pakaian dan topi utk digunakan semasa pmbedahan.. Semua baju dalam dan seluar harus ditanggalkan.. Masa ni mmg cemas sb xdpt bygkan kesakitan yg anak bakal hadapi.. Yelah,umur pun belum genap 6thn.. Msh xtau apa yg berlaku dan kenapa dia harus menjalani pembedahan tersebut..
7.30am - jururawat dtg dan membawa kami ke dewan bedah.. Masa ini,saya dan suami dibenarkan utk masuk bersama..
7.45am - smpai dewan bedah, salah seorang ibu atau bpa akan dibg masuk ke dlm bilik sebelum anak ditidurkan dgn menghidu gas.. Masa ni,suami yg masuk.. Saya tunggu diruangan menunggu yg disediakan..
8.30am - suami keluar dari bilik bedah.. Membawa maksud anak telah tidur dan pembedahan akan segera dilakukan.. Sementara menunggu pembedahan selesai, kami diberi kelonggaran sekali lg utk pergi bersarapan dahulu.. Sb menanti dgn debaran agak leceh juga kan.. Tp kat kantin nak mkn xlalu pula bila fkirkan psl anak..
9.30am - kami naik semula ke dewan bedah.. Anak msh belum keluar..
9.50am - jururawat dtg pgl suami utk masuk tenangkan anak yg br terjaga.. Masa tu pembedahan telah berakhir..
10:00am - suami dtg dan mta saya pula yg masuk sb anak dok menangis cari mummy.. sayu rasa hati bila tgk anak nangis dgn suara yg perlahan.. hampir xkedengaran.. seolah2 berbisik.. nak minum katanya tp doc xbg.. doc ckp anak belum sedar sepenuhnya.. lgpun kalau bg anak minum, anak akan muntah..
12:00pm - keluar dari dewan bedah dan kembali semula ke wad 5B.. masa ni anak mmg bad mood.. sehingga lewat petang anak muntah sebanyak 3kali.. maka jadilah saya cleaner yg xbertauliah.. hehe.. tp mujur sb muntah tu xde darah.. thank GOD.. masa tu anak asyik tidur je.. msh ada lg kesan dari ubat bius tu..
2hb march 2013
10:00am - doktor dtg utk periksa anak.. anak xnak bg kerjasama pulak.. dia xnak buka mulut.. yelah,sakit tu kena letak besi masa operate.. jadinya,doc xdpt nak tgk kesan luka kat dlm tekak.. seperti biasa,masih belum dibenarkan balik sb anak masih demam..
12:00 - 7:00pm - masa yg ditunggu2.. hehe.. utk hari sabtu dan ahad.. masa melawat sgtlah panjang.. direct dr pukul 12 tghari hingga 7malam.. bestlah.. anak yg paling happy sb dpt main dgn abg sepupunya.. masa tu sakit tolak ketepi.. yg penting dpt main puas2.. hehe..
jumpa ramai kawan baru.. hehe.. seronok sgt budak2 ni bermain..
8:00pm - selepas ahli keluarga semua dah balik.. anak demam semula sehinggalah awal pg esok.. suhu mencapai 38c.. badan dah lap.. cool fever pun dah letak... ubat pun dah bg.. mmg xdpt nak buat apa.. masa tu mmg redha je lah kena tgl hospital lg utk sehari... huhu..
3hb march 2013
9:30am - doktor dtg periksa anak.. lps explain itu ini.. mmg sah apa yg aku jangkakan.. jawapan dr doktor... (dlm nada org cina sb doc chinese)..
doc: "wah... semalam anak ada demam ah..
saya: xjwb soalan & buat2 muka xfhm.. konon2 nak blk jg lah hari tu..
doc: ya lor.. tgk sini graf tunjuk.. naik maa...
saya: msh buat2 muka xfhm... hehe..
doc: ini mcm saya tak da berani mau bg keluar wad.. risiko sgt tinggi.. ini mcm kena tunggu lg 24 hours.. kalau anak sdh takda demam baru boleh balik... okey?
saya: hmmm... senyum xperlu kata apa2..
4hb march 2013
9:00am - doktor and the team dtg.. masa ni semua doc saya kenal.. dr doc yg rawat anak saya sebelum operate sehinggalah doc yg buat operation ke atas anak saya.. tiba2 jd nervous pulak bila dikelilingi oleh doktor2.. hehe.. ramai.. dkt 10 org masa tu sekali dtg melawat.. akhirnya dapat perkhabaran gumbira.. boleh balik.. yahoo.. tapi kena tgu surat siap ye.. doc ckp tghari surat dah siaplah tu dgn bekalan ubat2an..
10:00am - dtg 2 org staff lelaki nak bawa anak ikut program sekolah dlm hospital.. wah, selalu tgk kat tv je.. xsangka saya berpeluang tgk real suasana kelasnya mcmna.. disebabkan anak saya ni kureng sikit bab2 sosial.. kenalah mummy nya interprem sekali.. hehe.. akibatnya saya pun p sekolah jg..
seronok jg.. internet.. tv.. sofa.. buku.. siap ada cikgu lg mengajar.. kat dlm tu kanak2 xdipaksa utk belajar.. kira nak belajar dgn cikgu okey.. nak surf internet okey.. nak main game pun okey... tp mcm anak saya yg tadika ni mmg main game je lah jawabnya.. hehe.. oklah.. hadap komputer main game drpd terbaring atas katil dlm wad kan.. sekolah ni start 10:00pg -12:00 tghari.. pastu rehat.. sambung balik pukul 2 ptg nanti..
1:30pm - surat dah siap.. skrg kena turun bayar bil pulak.. memandangkan ini 1st pengalaman masuk hospital (bersalin xkira ) terfikir jg lah berapalah agaknya bil hospital yg kena byr ni.. hehe.. bila tgk sepintas lalu.. *JUMLAH KOS SEBENAR.. mau juling jg bijik mata saya tgk amount yg panjang tu.. dlm hati.. mak aii.. lebih rm2k tu..
tapi, selepas mendapat subsidi dari kerajaan jumlahnya dikurangkan sebanyak rm2,228.17.. dari rm2,295.67 menjadi rm67.50... fuh.. what a great saving.. kalau kat swasta fhm2 je lah kan.. hehe.. walaupun byk ckp2 belakang psl hospital kerajaan ni.. tp worth it lah utk harga yg perlu dibayar kan.. tp terpulanglah dgn pilihan masing2.. samada nak memilih hospital kerajaan @ swasta..
2:30pm - setelah semuanya selesai, kami pun keluar dari wad.. fuh,mmg lega masa tu... 5 hari 4 malam dlm wad.. mmg xsabar nak balik rmh.. tp tarikh temujanji utk balik ke klinik ENT adalah 2 mgu dr tarikh keluar wad.. lps tu korang pun fhm kan.. mmg ulang alik hospital le jawabnya utk follow up beberapa bulan ni.. xpelah,yg penting kesihatan anak dimasa hadapan akan bertambah baik.. amin..
oklah.. diharap entri ini dpt memberi sedikit gambaran utk anda yg bakal menjalani
pembedahan yg sama.. ^_^..