Wednesday, 28 August 2013

sate ayam - homemade

Selamat petang semua..
time2 begini layan sate ayam pun best juga kan.
jadi apalagi.. jom kita selongkar dapur.. mulakan pencarian bahan2.. hehe..


Sebenarnya masa buat sate ayam ni.. saya tak rancang pun.. tapi sb dapat permintaan dari suami dan anak yang sememangnya suka makan sate.. saya pun cubalah buat.. sb mmg sebelum ni,saya  tidak pernah langsung buat/masak sate.. jadi inilah masanya yg sesuai utk mencuba.. 



disebabkan tiada perancangan awal utk membuat sate & bahan2 pun terhad.. akhirnya saya memilih resepi ini.. itupun setelah puas meng"google".. hehe.. mohon share disini pula ye admin.. 
terima kasih..


 RESEPI = SATE AYAM
SUMBER = BUKU RESEPI N MASAKAN PELBAGAI


Bahan-bahan:
250 gm ayam (dipotong kecil) - saya guna chicken fillet
sedikit kulit ayam - saya tambah


Bahan Kisar :
5 ulas bwg merah (dikisar)
3 ulas bwg putih (dikisar)
2 cm halia (dikisar)
1 btg serai (dikisar) 


Bahan Perapan :
2 sudu mkn serbuk jintan manis
2 sudu mkn serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa - saya guna brown sugar
lidi secukupnya
minyak utk merenjis


Cara-cara :
1. Gaul rata isi dan kulit ayam bersama bahan kisar dan bahan perapan.
2. Kemudian perap ayam - Kaup dan balikkan utk memastikan bahan perapan menyerap dgn baik.
3. Akhir sekali cucuk ayam pada lidi dgn kemas dan bakar.
4. Renjis2kan mnyk utk memastikan sate msk sempurna.
5. Utk hasil yg lbh sedap, perap ayam selama 30 minit @ lebih. 

*rendam lidi dalam air untuk beberapa ketika bagi mengelakkan lidi hangus ketika di bakar..
**ketika proses memerap,lebihkan gula utk mendapatkan sate yg lbh ber"karamel"..


 Jika anda ada pemanggang ajaib ni.. 
elok sangatlah gunakan time2 buat resepi sebegini..


 Disebabkan bantuan pemanggang ajaib ni.. senanglah kerja saya utk bakar membakar ni kan.. xperlu guna arang segala tapi hasilnya tetap umphh.. 


 hidangkan bersama kuah kacang dan bawang potong.. walaupun timun.. nasi impit.. ketupat.. xde.. 
tapi makan tetap makan ..^_^..


 

Sate tu saya bakar agak lama sikit sb telah diarahkan utk berbuat sedemikian.. hehe.. yelah.. lain org lain selera kan.. tapi yg pasti kami dlm rmh ni mmg suka sate yang hangit... barulah puas makan bila buat sendiri.. kalau xcukup boleh buat lagi.. persoalannya.. antara rajin @ tak rajin je..


Apapun.. Selamat Mencuba..



Tuesday, 27 August 2013

sambal udang petai

salam sejahtera semua..
sambal udang petai.. resepi yang ringkas namun cukup membangkitkan selera..



ianya merupakan resepi asal sambal ayam penyet.. namun diolah dengan menggunakan udang..
untuk penggemar ayam penyet.. sudah semestinya saya menyukai sajian ini..
terima kasih kepada kak amie kerana mengetengahkan resepi ini..



RESEPI - SAMBAL UDANG PETAI
SUMBER - Kak AmieMamak Haji 

BAHAN-BAHAN:
  • 25 ekor udang kertas sederhana besar
  • 1 cawan isi petai
  • 15 biji cili masak dibuang bijinya (300gm).
  • 10 bji cili padi - kalau nak pedas tambah saja
  • 10 biji bawang merah atau 3 biji bawang besar - dihiris.
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji tomoto bersais besar dibelah enam
  • 1 inci belacan.
  • 1 gengam udang kering
  • 3 sudu besar gula merah atau gula melaka.
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak 
 
Cara:
1. Panaskan minyak - goreng udang kering sehingga garing dan asingkan. Dalam minyak yang sama goreng belacan dan asingkan - Pada masa ini, goreng juga udang kertas hingga berubah warna dan toskan minyaknya. 
2. Masukkan cili merah & cili padi sehingga layu. Bila cili mula layu, masukkan hirisan bawang merah, hirisan bawang putih. Goreng sehingga layu.
3. Masukkan tomato dan goreng sehingga layu.
4. Angkat semua bahan-bahan goreng tadi, biarkan  sejuk dan kisar semua bahan-bahan tadi kecuali udang kertas separuh halus.
5. Keluarkan kisaran tadi dan masukan dalam kuali dan panaskan. Masukkan udang serta petai, gula dan garam secukup rasa. Jangan terlalu masak. Sekali mendidih sudah memadai. Sambal anda sudah siap.
 
sedia untuk dihidangkan dan dinikmati..
makan dengan nasi panas2 memang cukup membangkitkan selera..
 
 

Friday, 2 August 2013

Easy "Baked" Cheesecake

Salam sejahtera semua.. 
Easy "Baked" Cheesecake merupakan kek yang paling anak saya suka.. 
dan sudah semestinya saya pun suka sb teramat mudah utk membuatnya dan bahan2 yang diperlukan pun agak mudah didapati..



Sebelum2 ni saya selalu buat dengan base biskut dan topping plain je.. tetapi kali ni saya xbuat "base" sb kurang rajin sikit.. hehe.. lagipun anak saya xkan mkn biskut tu.. membazir juga lah kan.. Utk topping pula saya buat dengan cara yang paling mudah... ye taburkan saja dengan parutan cheddar cheese.. siap.. jimat masa dan tenaga kan.. hehe.. tapi not bad lah.. ala2 snow cheesecake gitu.. memang bertambah2lah rasa cheesenya..



RESEPI = EASY BAKED CHEESECAKE 

  • 250g cream cheese
  • 200 ml fresh cream/plain yogurt - saya guna dairy whipping cream
  • 2 sudu besar jus lemon - saya xletak
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula 


Cara-cara:

  1. Panaskan oven 170 c - Sapukan loyang dgn butter @ alas dgn kertas minyak.
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer @ blender - Mix sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak @ selepas 30 minit letak aluminium foil di atas permukaan loyang untuk mengelakkan permukaan kek hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.


    TOPPING :
    Susu pekat manis - secukupnya
    Cheddar cheese (block) - secukupnya


    1.) Sapu permukaan kek dengan susu pekat manis - sapu nipis je (fungsi untuk lekatkan Cheddar cheese dgn kek)
    2.) Parutkan cheddar cheese di atas permukaan kek



    Mudah bukan.. opss.. sila abaikan sekeliling @ bahagian tepi kek ya.. kurang rajin utk ke dapur inilah akibatnya.. main buat je dengan jalan yang mudah.. hehe.. xpelah kan sb nak mkn sendiri kat rumah.. bolehlah asalkan kek siap ^_^ 

     


     Oklah.. untuk yang berminat bolehlah cuba repepi ni k.. sesuai juga di buat manisan utk berbuka puasa.. yang penting mudah.. cepat & sudah semestinya sedap.. kredit sekali lagi utk BIDURI atas perkongsian resepi ini.. TQ sis..


    Selamat menjalani ibadah puasa untuk rakan2 blogger.. dan pengunjung yang sudi singgah sini walaupun agak lama juga saya tidak update blog dgn entri terbaru.. Semoga di bulan yang mulia ini.. kita semua dilimpahi dengan keberkatan.. Amin!!



    ** ^_^ **


Sunday, 2 June 2013

butter cheddar cheesecake

salam hujung minggu..
agak lama juga sebenarnya saya dah tak update blog..  
maaflah ye pada sesiapa yang singgah tapi merasa hampa tanpa sebarang entri terkini..


untuk entri kali ini setelah lama bercuti panjang saya sajikan dengan "butter cheddar cheesecake" dari EVELYN GEMINA  .. 
 

 Resepi ni agak mudah untuk disediakan dan tidak memerlukan masa yang panjang.. kebetulan semua bahan pun ada.. so projek utk minum petang pun dimulakan.. thanks LYN utk resepi ni.. mmg yummy sgt2.. tak rugi mencuba!!!



BUTTER CHEDDAR CHEESECAKE:

RESEPI DARI = ALEX GOH
SUMBER = EVELYN GEMINA


BAHAN2 :
A
250g butter
 200g gula - resepi asal 230g

B
 4 biji telur

C
80g cheddar cheese - diparut

D
100ml susu segar
280g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder


CARA2 MEMBUATNYA:
  1. Pukul bahan A hingga lembut dan berkrim
     
  2. Masukkan bahan B satu persatu - pukul hingga sebati & lembut

  3. Kemudian, masukkan bahan C - gaul sebati

  4. Masukkan pula bahan2 D - pukul hingga sebati

  5. Tuang adunan dalam loyang segiempat / loaf pan yeng telah digris & dialaskan dengan kertas minyak

  6. Bakar selama 45 minit @ hingga kek masak.

  7. Sejukkan kek sepenuhnya atas wire rack sebelum dipotong

sejurus je keluar dari oven.. dalam 10minit kami dah rasmikan kek ni.. sebab kek jenis ni makan panas2 memang sedap.. minum pula dengan teh tarik.. memang favourite lah..  cuma cheddar cheese tu saya parut halus sb tak nak anak dok pilih cheese je bila makan nanti.. hehe..


oklah entri stop disini.. 
selamat mencuba untuk yang berminat..
**^_^**


  
 

Tuesday, 16 April 2013

yam sponge cake

selamat malam.. 
agak lama juga saya tidak mengupdate blog dgn entri terbaru.. maaflah ye..


yam sponge cake merupakan entri utk kali ini.. resepi sponge cake dari SWEET4EVER@MYRESEPI.. saya memang suka dgn resepi kek span ni.. lagipun nak pelbagaikan pun senang sb dah hafal sgt resepi ni. hehe..


sebelum ni, saya pernah kongsikannya di SINI dengan membuat vanilla sponge cake tetapi kali ini saya ubah flavour nya menjadi yam sponge cake.. jom kita tgk resepinya..



BAHAN2 SPONGE CAKE:
  • 150g tepung halus superfine
  • 150g gula kastor
  • 5 biji telur gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80ml air masak
  • 80ml minyak@mentega cair - saya guna buttercup
  • 1 sudu kecil yam paste - saya letak 2sudu kecil
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • sedikit pewarna ungu ( optional - saya xletak )
 
CARA2NYA:
  1. satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan - pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak pada kelajuan mixer masing2)
     
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan air, yam paste dan sedikit pewarna ungu ( kalau letak ) - pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama beberapa minit atau sehingga adunan kek benar2 ringan.

  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati - kaup balik.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik dgn baking paper - bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius ( ikut oven masing2 )

  5. bila kek dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kek kat atas redai...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek mendap..
     
  6. terbalikkan kek semula dan biar kek sejuk sepenuhnya atas redai sebelum diletakkan filling @ di deco.  
     
  7.  potong kek kepada 2 bahagian & letakkan fresh cream - hias mengikut kreativiti masing2.

     
    P/S = utk filling & deco saya menggunakan fresh cream dan sedikit yam paste  - pukul fresh cream @ non dairy whipping cream yg telah dicampurkan dgn yam paste hga bertanduk & sedia utk digunakan.
     
     sejukkan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan..
    ..^_^.. 


Saturday, 6 April 2013

kek lapis cheese persona

salam hujung minggu.. 
santai2 dihujung minggu sambil menikmati kek lapis cheese persona ni mmg best.. ramai dah yang telah mencubanya dan rata2 memberikan feedback yang positif.. saya pun sebenarnya dah beberapa kali membuatnya namun baru kali ni berkesempatan utk berkongsi resepinya dlm blog.. resepi asal dari RYO..  izinkan saya panjangkan resepinya disini pula ye.. terima kasih..



BAHAN A:
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat - lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE) - saya pun guna biskut jenama LEE..
  • 500 ml susu segar - dipanaskan

BAHAN B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura) - saya guna anchor
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

CARA2NYA: 
  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu di atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..) 
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.


    saya buat 2 layer je.. biskut pun saya kurangkan.. layer pertama saya buat dengan 1 keping biskut.. layer ke2 saya lapik dgn 2keping biskut (saya doublekan)..



    sedia untuk dinikmati.. mmg best resepi ni.. paling best sebab xperlu guna oven.. malam buat.. masukkan dalam peti sejuk..  esok dah boleh makan.. cukup mudah..


Wednesday, 3 April 2013

air laici violet

selamat bersiaran..
air laici violet ni resepi suka2.. main letak ini itu je.. 
but not bad.. mmg boleh telan juga.. hehe..


AIR LAICI VIOLET:
  • air aiskrim soda secukupnya ( letak 1/3 gelas penuh )
  • air grape F & N - secukupnya tp lg sikit dr air aiskrim soda
  • laici dlm tin secukupnya
  • ais kiub secukupnya


CARA2NYA:

1. tuang air aiskrim soda di dalam gelas - lbh kurang 1/3 penuh..

2. tuang pula air grape F & N sehingga hampir memenuhi gelas.. tp jgn penuh sgt ye.. tglkan ruang utk ais batu dan laici - cukup sekadar bg warna unggu - kacau biar sebati..

3.masukkan laici di bahagian bawah gelas..

4. kemudian, letakkan ais batu secukupnya..


siap dan sedia untuk dinikmati.. hmmm.. very refreshing.. ^_^..


Sunday, 31 March 2013

mee bandung

salam hujung minggu..
layan mee bandung time cuti2 ni best juga kan.. resepi dari MAI. I. SHARE.. 
mohon sahare disini pula resepinya ye kak mai.. terima kasih..


BAHAN A:
- 1 bungkus mi kuning/basah
- limau kasturi
- bawang goreng

BAHAN B (secukupnya):
- daging ayam -dihiris nipis
- udang basah


BAHAN C:
-10 biji cili kering -diblend
-1 ulas bawang putih – diketuk
-3 ulas bwang merah kecil -di ketuk
-2 ketul kiub pati ayam
-2 sdb sos tomato
-2 sdb sos cili
-1 sdb sos tiram
-1 sdm kicap cair
- air secukupnya  
- garam & gula


 BAHAN D:
- sawi
- cili merah
- daun bawang
- buah tomato belah 4
- cendawan tin


BAHAN E:
- tepung jagung ( bancuh dgn sikit air)
-
kacang tanah - ditumbuk ( saya xletak )


CARA2NYA:
1.
tumiskan bawang putih dan bawang merah, kemudian.. masukkan cili kisar - 
tumis hingga pecah minyak..

2.  masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap cair, garam, gula & air - biarkan merenih..

3. masukkan kiub ayam, kacang tanah, udang & ayam - biarkan mendidih.

4. pecahkan telur & biarkan hingga telur keras sikit ( saya xletak telur )
 
5. masukkan mi dan semua sayuran ( BAHAN D )... saya letak apa je sayuran yg ada.. kak mai letak lg byk ye..

6. akhir sekali masukkan sikit larutan tpg jagung - gaul sebati & tutupkan api

7.  hidangkan dgn hirisan cili merah, daun bawang, bawang goreng, limau kasturi..


 siap dan sedia utk dinikmati.. 


Tuesday, 26 March 2013

homemade strawberry yogurt

selamat bersiaran..
update blog kali ni dgn HOMEMADE STRAWBERRY YOGURT..


sebelum ni saya pernah kongsikan resepinya.. tp dahulu saya gunakan plain yogurt & kali ni saya gunakan strawberry yogurt.. saja2 mencuba guna strawberry yogurt.. nak tgk menjadi ke x kalau xgunakan plain yogurt.. tp syukurlah sb menjadi.. okeylah.. untuk tutorial boleh rujuk sini SINI ye.. 



  BAHAN2NYA :
  • 500 ml whole milk - saya guna fresh milk
  • 25g dried milk powder - saya letak 2 sudu besar susu tepung instant dutch lady
  • 3 tbsp live,plain,whole milk yogurt - saya guna strawberry yogurt
  • 2 tbsp sugar - saya tambah sendiri   

CARA2NYA:
1.  tuang susu segar dalam saucepan.. kemudian, tambahkan susu tepung dan gula.. 
 kacau guna whisk sehingga susu tepung dan gula larut..

2.  didihkan atas api sederhana sehingga keluar buih2 kecil.. kemudian matikan api dan biarkan sejuk seketika sehingga bacaan termometer menunjukkan angka 46 c..

*untuk yang xde termometer.. boleh celup jari dalam campuran susu tadi.. kalau jari anda dapat menahan kepanasan suhu susu tu selama 20 saat .. maksudnya suhu tu dah okey.. tapi lagi bgs jika guna termometer sb suhu lebih tepat.. saya xguna termometer - saya celup jari lbh kurang 15saat je..

3. setelah campuran susu mencapai suhu yang sepatutnya..  masukkan susu ke dalam thermos flask (saya guna botol kaca) - lepas tu baru masukkan yogurt..

4.  kacau yogurt hingga sebati dengan campuran susu suam tadi.. 

5. tutup permukaan botol dengan kain kecil.. kemudian tutup dengan penutup asalnya.. 

6. untuk mengekalkan suhunya.. balut/tutup keseluruhan botol dengan tuala kecil.. 
kemudian,letak botol di satu tempat yang sesuai (kalau boleh jgn letak di kawasan sejuk).. 
saya letak botol di beranda rumah (bukan direct matahari ye.. tp ada atap yg melindungi).. biarkan selama 6-8 jam @ semalaman tanpa disentuh.. digoncang.. atau dibuka.. 

saya biar 8 jam sahaja.. saya buat tengahari.. mlm tu dah boleh buka utk tgk & saya simpan dlm peti sejuk.. esok pagi baru makan..

7.  selepas 8 jam bolehlah buka tuala & penutup untuk melihat keadaan yogurt tu.. ketika ini yogurt sepatutnya bukan lagi cecair tetapi dah mula pejal.. kemudian, simpan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dinikmati utk rasa yg lebih sedap..



  jangan pelik pulak kenapa warnanya xpinkish.. sebabnya saya xletakkan pewarna.. biar original gitu... hehe.. masa nak makan tu.. saya tambahkan dengan fresh strawberry yg di potong dadu kecil.. hmm... very refreshing.. mmg setanding dgn yogurt readymade kat pasaran.. oklah, untuk yg berminat selamat mencuba ya.. ^_^..

Monday, 25 March 2013

homemade playdough

selamat pagi.. cuti sekolah dah bermula.. 
jom kita buat play-doh utk anak.. jimat dan menyeronokkan..


sebelum ni saya pernah kongsikan cara membuatnya secara step by step di SINI.. 
tetapi untuk kali ni sumbernya dari MARTHA STEWAR - CRAFT..  bahan2 yg digunakan sama je dgn sebelum ni cuma dahulu menggunakan sukatan gram dan kali ni sukatan dlm cawan.. so,pilihlah mana yg korang rasa senang ye..




HOMEMADE PLAYDOUGH:
  • 1 cup flour
  • 1/2 cup salt
  • 2 teaspoons cream of tartar
  • 1 teaspoon cooking oil
  • 1 cup water
  • Food coloring as needed

 1.)  In a heavy saucepan, mix the ingredients.

2.)  Cook on a medium heat, stirring constantly for 3 minutes or until mixture pulls away from sides of pan. It will have the consistency of mashed potatoes.

3.) Remove from heat - let cool for 1 minute and then knead. It should have a soft, smooth texture.

4.)  Play dough can be stored in airtight containers and will keep for several weeks.


mudah je kan membuatnya.. 
simpan dlm bekas mcm ni senang anak nak pilih dgn tgk warnanya..
pastikan selepas bermain, anak masukkan play-doh dlm bekas kedap udara supaya tahan lebih lama.. oklah,selamat mencuba..