salam sejahtera semua..
sambal udang petai.. resepi yang ringkas namun cukup membangkitkan selera..
ianya merupakan resepi asal sambal ayam penyet.. namun diolah dengan menggunakan udang..
untuk penggemar ayam penyet.. sudah semestinya saya menyukai sajian ini..
terima kasih kepada kak amie kerana mengetengahkan resepi ini..
RESEPI - SAMBAL UDANG PETAI
SUMBER - Kak Amie & Mamak Haji
BAHAN-BAHAN:
- 25 ekor udang kertas sederhana besar
- 1 cawan isi petai
- 15 biji cili masak dibuang bijinya (300gm).
- 10 bji cili padi - kalau nak pedas tambah saja
- 10 biji bawang merah atau 3 biji bawang besar - dihiris.
- 5 ulas bawang putih
- 3 biji tomoto bersais besar dibelah enam
- 1 inci belacan.
- 1 gengam udang kering
- 3 sudu besar gula merah atau gula melaka.
- Garam secukup rasa.
- Minyak
Cara:
1.
Panaskan minyak - goreng udang kering sehingga garing dan
asingkan. Dalam minyak yang sama goreng belacan dan asingkan - Pada masa ini, goreng juga udang kertas hingga berubah warna dan toskan
minyaknya.
2.
Masukkan cili merah & cili padi sehingga layu. Bila cili mula layu,
masukkan hirisan bawang merah, hirisan bawang putih. Goreng sehingga layu.
3. Masukkan tomato dan goreng sehingga layu.
4. Angkat semua bahan-bahan goreng tadi, biarkan sejuk dan kisar semua bahan-bahan tadi kecuali udang kertas separuh halus.
5.
Keluarkan kisaran tadi dan masukan dalam kuali dan panaskan. Masukkan
udang serta petai, gula dan garam secukup rasa. Jangan terlalu masak.
Sekali mendidih sudah memadai. Sambal anda sudah siap.
sedia untuk dihidangkan dan dinikmati..
makan dengan nasi panas2 memang cukup membangkitkan selera..
makan dengan nasi panas2 memang cukup membangkitkan selera..
4 comments:
hai may..
lamanya menyepi..em, makan sambal udang memang siok kan..sedap ba tu..
makan sambal udang petai ni dgn nasi putih.. panas2.. fuhhh.. memang superb.. .. yummyyy..
hai Bbwana.. iya lama sdh menyepi.. mood rajin malu2 mau datang bah.. hehe..
Lin.. tu lah kan.. haish.. mkn mmg nasi bertambah lah jawabnya :)
Post a Comment