Tuesday, 27 August 2013

sambal udang petai

salam sejahtera semua..
sambal udang petai.. resepi yang ringkas namun cukup membangkitkan selera..



ianya merupakan resepi asal sambal ayam penyet.. namun diolah dengan menggunakan udang..
untuk penggemar ayam penyet.. sudah semestinya saya menyukai sajian ini..
terima kasih kepada kak amie kerana mengetengahkan resepi ini..



RESEPI - SAMBAL UDANG PETAI
SUMBER - Kak AmieMamak Haji 

BAHAN-BAHAN:
  • 25 ekor udang kertas sederhana besar
  • 1 cawan isi petai
  • 15 biji cili masak dibuang bijinya (300gm).
  • 10 bji cili padi - kalau nak pedas tambah saja
  • 10 biji bawang merah atau 3 biji bawang besar - dihiris.
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji tomoto bersais besar dibelah enam
  • 1 inci belacan.
  • 1 gengam udang kering
  • 3 sudu besar gula merah atau gula melaka.
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak 
 
Cara:
1. Panaskan minyak - goreng udang kering sehingga garing dan asingkan. Dalam minyak yang sama goreng belacan dan asingkan - Pada masa ini, goreng juga udang kertas hingga berubah warna dan toskan minyaknya. 
2. Masukkan cili merah & cili padi sehingga layu. Bila cili mula layu, masukkan hirisan bawang merah, hirisan bawang putih. Goreng sehingga layu.
3. Masukkan tomato dan goreng sehingga layu.
4. Angkat semua bahan-bahan goreng tadi, biarkan  sejuk dan kisar semua bahan-bahan tadi kecuali udang kertas separuh halus.
5. Keluarkan kisaran tadi dan masukan dalam kuali dan panaskan. Masukkan udang serta petai, gula dan garam secukup rasa. Jangan terlalu masak. Sekali mendidih sudah memadai. Sambal anda sudah siap.
 
sedia untuk dihidangkan dan dinikmati..
makan dengan nasi panas2 memang cukup membangkitkan selera..
 
 

4 comments:

Sweet red cherry said...

hai may..

lamanya menyepi..em, makan sambal udang memang siok kan..sedap ba tu..

Unknown said...

makan sambal udang petai ni dgn nasi putih.. panas2.. fuhhh.. memang superb.. .. yummyyy..

Unknown said...

hai Bbwana.. iya lama sdh menyepi.. mood rajin malu2 mau datang bah.. hehe..

Unknown said...

Lin.. tu lah kan.. haish.. mkn mmg nasi bertambah lah jawabnya :)