Sunday, 2 June 2013

butter cheddar cheesecake

salam hujung minggu..
agak lama juga sebenarnya saya dah tak update blog..  
maaflah ye pada sesiapa yang singgah tapi merasa hampa tanpa sebarang entri terkini..


untuk entri kali ini setelah lama bercuti panjang saya sajikan dengan "butter cheddar cheesecake" dari EVELYN GEMINA  .. 
 

 Resepi ni agak mudah untuk disediakan dan tidak memerlukan masa yang panjang.. kebetulan semua bahan pun ada.. so projek utk minum petang pun dimulakan.. thanks LYN utk resepi ni.. mmg yummy sgt2.. tak rugi mencuba!!!



BUTTER CHEDDAR CHEESECAKE:

RESEPI DARI = ALEX GOH
SUMBER = EVELYN GEMINA


BAHAN2 :
A
250g butter
 200g gula - resepi asal 230g

B
 4 biji telur

C
80g cheddar cheese - diparut

D
100ml susu segar
280g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder


CARA2 MEMBUATNYA:
  1. Pukul bahan A hingga lembut dan berkrim
     
  2. Masukkan bahan B satu persatu - pukul hingga sebati & lembut

  3. Kemudian, masukkan bahan C - gaul sebati

  4. Masukkan pula bahan2 D - pukul hingga sebati

  5. Tuang adunan dalam loyang segiempat / loaf pan yeng telah digris & dialaskan dengan kertas minyak

  6. Bakar selama 45 minit @ hingga kek masak.

  7. Sejukkan kek sepenuhnya atas wire rack sebelum dipotong

sejurus je keluar dari oven.. dalam 10minit kami dah rasmikan kek ni.. sebab kek jenis ni makan panas2 memang sedap.. minum pula dengan teh tarik.. memang favourite lah..  cuma cheddar cheese tu saya parut halus sb tak nak anak dok pilih cheese je bila makan nanti.. hehe..


oklah entri stop disini.. 
selamat mencuba untuk yang berminat..
**^_^**


  
 

4 comments:

Chik Mimi said...

nampak sedap nnti boleh try
tq evelyn

Evelyn Gemina said...

Hi may..where have u gone???lama x update entri owh, hehe...Sedap kan ini kek,mmg best dicelup dlm teh, hehe, thnks 4 trying may :)

Bbwana adienia said...

hai..

salam kenal dr SRC..

first time datang sini dan follow.nice blog..aku suka entri 'homemade yogurt' tu..mau try bkin nanti.singgah sini.www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq

Bbwana adienia said...

hai..

salam kenal dr SRC..

first time datang sini dan follow.nice blog..aku suka entri 'homemade yogurt' tu..mau try bkin nanti.singgah sini.www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq