Wednesday, 20 March 2013

japanese cotton cheesecake with blueberry filling

selamat petang.. hari ni, minum petang kami sekeluarga merupakan  
milo panas & japanese cotton cheesecake with blueberry filling..


resepi saya rujuk dari blog AKU. ZACK. dan ALMA@MYRESEPI merupakan pemilik asal.. izinkan saya panjangkan resepinya disini pula ya.. terima kasih ^_^..



 BAHAN A:
  • 250g cream cheese 
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon  
  • 1/4 sdk garam - saya xletak
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

BAHAN B:
  •  140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

CARA2NYA:
  1. Untuk A - cairkan cream cheese, butter & susu segar dgn teknik double boiler - Bila dah cair, sejukkan seketika..
     
  2. Kemudian, campurkan tepung kek (saya ayak ), tepung jagung (saya ayak ), kuning telur, garam & jus lemon serta gaul hingga sebati - gaul guna spatula @ senduk kayu saja - ketepikan..
     
  3.  Dalam bekas lain ( bahan B ) - pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak)..

  4. Dengan menggunakan kaedah kaup balik, Campurkan Bahan A ke dalam Bahan B - kaup balikkan sehingga sebati..

  5. Sediakan loyang bulat berukuran 8 inci yang digriskan bawahnya & tepinya letakkan baking paper - Tuang adunan ke dlm loyang.

  6. Bakar adunan dalam kira-kira sejam, dengan cara au bain-marie (waterbath), pada 160c.

  7. bila dah cukup sejam, jgn keluarkan kek terus dari oven.. biarkan ia masih terus di dalam oven selama lebih kurang 10 minit dalam keadaan pintu oven di renggangkan sedikit..

sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.. 
boleh dimakan begitu sahaja @ dideco mengikut kreativiti masing2.. saya guna fresh cream dan blueberry filling.. kemudian sejukkan lebih kurang 4 jam di dlm peti sejuk..

 
 sedia untuk dinikmati.. saya makan bersama sedikit aiskrim vanila.. 
hmmm.. nyaman.. memang gandingan yg mantap dan menepati selera saya  ^_^..


5 comments:

Cikgu Ani Bawok said...

Bestnya nampak May... susah tak nak menyediakan adunannya? Tempoh memasak selama 1 jam tu mmg confirm masak ke?

Unknown said...

mmg best kak ani.. gebu.. ringan je keknya.. mkn mcm tu je pun dah sedap.

xsusah kak.. nak sukat bahan je yg susah.. yg lain semua senang sb main kaup balik je.. hehe..

utk oven may mmg confirm masak kak.. hehe.. tp xtaulah oven org lain kan.. tp rasanya mmg cukup utk masak sb lps oven dah bunyi OFF tu.. kek msh kat dlm.. cuma buka pintu sikit.. so,mmg sempat hangat lagi kek dlm tu.. lgpun ramai dah yg cuba & htr laporan kat myresepi.. so,rasanya 1jam tu mmg cukup kak.. :)

Unknown said...

mammamia.. sedapnya... soooo tempting oh.. yummyyy..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

aduhh.. nyamannya tekak kalau dpt sepotong ni.. bertuah anak2 may & suami dpt mama yg rajin..

dedetea66 said...

kalau membuat makanan seperti ini harus hati-hati,kesalahan sedikit saja akibatnya berantakan hehehe,
Nice post my friend,I like it