Tuesday, 11 December 2012

ice cream drumstick

selamat petang semua.. musim cuti sekolah ni ramai yang balik kampung kan.. termasuklah saya.. hehe.. so,perancangannya esok pagi2 dah mulakan perjalanan dari puchong ke alor star,kedah (kg suami).. doakan perjalanan kami sekeluarga selamat pergi dan balik ya.. ^_^


memandangkan esok nak balik bercuti.. anak saya pun mulalah moody sikit sb xdapat bermain dgn abg sepupunya.. kalau nak tau,diorang 2 je lah "new generation" dlm adik beradik saya, sb adik & abg belum berkahwin manakala saya & kakak sulung masing2 mempunyai seorang anak.. jadinya.. kecil je family saya ni kan.. lagi2 duk kat semenanjung ni.. family lain semua kat sabah.. so,anak saya & anak kakak sulung mmg rapat..


hari ni saya hantar anak p rumah kakak sulung.. bg diorang bermain puas2.. sebelum tu,saya ambil anak kakak kat rumah dulu,bawa jalan2.. makan2.. pastu baru htr balik p rumah kakak.. mummy nya terus balik ye.. hehe.. bukan apa,mau packing brg.. baju.. apa2 yg patut.. senang sikit buat kerja kalau xde gangguan budak kecil kan.. hehe..


jadinya,awal saya bangun pagi tadi utk menyiapkan ice cream drumstick ni.. yelah,kalau dah budak2 main,mesti berpeluh.. dahaga... so,bila dah penat main.. inilah yg diorang suka kan..resepi ni saya dapat dari kak ani bawok.. cuma saya ada olah sedikit & tidak menggunakan resepi aiskrim kak ani.. 

maaf ye kak ani.. bukan bermaksud nak derhaka dgn resepi.. hehe.. tetapi anak saya tidak boleh makan telur yg tidak dimasak.. sb dulu saya pernah bg anak mkn telur setengah masak.. last2 habis cirit birit.. bila jumpa doktor,doc ckp anak alah dgn telur.. anak kakak pun sama.. cuma dia tidak cirit birit.. tetapi gatal satu badan kalau mkn telur.. 

tapi utk kita orang dewasa & xalah dgn telur ni boleh saja mencuba resepi kak ani sb ramai yang telah mencubanya dah memberikan komen yang sangat2 memuaskan.. so,kalau korang nak try boleh klik sini ye.. apapun,terima kasih untuk kak ani atas perkongsian idea membuat ice cream drumstick yang sememangnya sangat2 saya hargai ini..


 untuk resepi homemade ice cream ni saya gunakan resepi INI.. cuma utk kali ini,saya hanya gunakan perisa plain@vanila.. dan untuk membuat ice cream drumstick ni saya gunakan aiskrim yang separa keras (mau cepat punya hal.. lgpun stok aiskrim msh ada dlm peti sejuk.. jadi saya gunakan apa yg ada depan mata.. hehe).. cuma saya keluarkan 15minit lbh awal sebelum menggunakannya utk dapatkan tekstur yg xkeras & xcair..

 manakala chocolate ganachenya saya gunakan baki 'CG' ketika membuat almond dark chocolate cake tempoh hari.. gunakan apa yg ada.. jgn membazir.. hehe.. lgpun resepi 'CG' kak ani menggunakan bahan2 yg sama dgn baki 'CG' ADCC  ni.. saya cuma perlu panaskannya sekejap sahaja(saya masuk dlm oven je..) so,bila semua bahan utama sdh ready.. senang lah kerja saya kan.. ok.. jom kita tgk resepinya..

sediakan kon aiskrim..


sediakan juga kertas pembalut nasi lemak secukupnya..


bahagikan & potong kertas kepada 4 bahagian..


untuk membalut kon aiskrim.. pastikan bahagian kertas yang licin berada dibahagian dalam..


balutkan kon aiskrim..





 lekatkan hujungnya dengan pita pelekat..


untuk memudahkan kerja.. letak kon aiskrim yang sudah siap di balut di dalam gelas..


sebab nak dapatkan feel ala2 aiskrim drumstick @ cornetto mcm dijual kat kedai.. hehe.. saya pun letaklah sedikit chocolate ganache di bahagian bawah kon... kemudian saya sejukkan lbh kurang 5 minit dlm peti sejuk..


lepas tu.. masukkan aiskrim sehingga hampir penuh kon tersebut.. sebenarnya step ni saya tersilap.. sb lps tgk betul2 gambar aiskrim kak ani baru saya perasan yg sepatutnya aiskrim diletakkan penuh & melebihi garisan kon.. patutlah rupa aiskrim saya lps siap lain macam.. (again... saya xbaca resepi betul2.. haish.. bila lah nak belajar dr kesilapan ni.. hehe..)


 lepas tu masukkan balik aiskrim ni dalam peti sejuk.. bagi beku.. kalau korang xde stok aiskrim & baru je buat.. korang kenalah tgu sehingga aiskrim betul2 beku ye.. dan kalau korang xde stok chocolate ganache.. time tgu aiskrim ni beku.. time ni lah korang kena buat 'CG' nya ye..


CHOCOLATE GANACHE:

100g whipping cream
200g dark chocolate (compound) - dipotong kecil2 - kalau nak guna cooking chocolate & nak tukar dark kepada milk choc pun boleh..
 10g butter


CARA2NYA:
1. didihkan whipping cream
2. tuang atas dark chocolate - gaul sebati
3. tambahkan butter - gaul rata
4. sejukkan seketika sebelum digunakan 


lepas tu bolehlah tuangkan chocolate ganache..


letaklah apa2 bahan yang korang suka.. kacang.. choc chip.. choc rice.. ikutlah selera masing2 ye.. dan masukkan lagi sekejap dlm peti sejuk sampai aiskrim beku sepenuhnya..


hasilnya.. saya buat dengan taburan kacang (untuk kakak sulung yg sememangnya gemarkan aiskrim chocolate bersalut kacang).. aiskrim dgn fresh cream (anak kakak yg sememangnya suka dgn cream2 ni.. xkiralah apa jenis cream semua dia suka).. dan aiskrim plain dgn hanya chocolate ganache (utk anak saya yg xsuka kacang & cream).. cukup syarat bukan utk menggembirakan hati semua orang.. hehe..



 apa yang tidak menggembirakan ialah saya hanya buat 3biji aiskrim sahaja.. betul2 sorang hanya dapat satu.. titik.. noktah.. muahaha.... bukannya nak bersikap kejam.. sebenarnya bahan2 lain semua msk byk cuma yg kurang hanya chocolate ganache.. nak buat tiada kerajinan.. jadi terima jelah apa yg ada ye.. lgpun saya ada bekalkan dgn sedikit kek coklat.. bolehlah tu kan.. asal ada.. hehe.. mesti kakak sulung aku hangin satu badan kan.. mcm nak xnak je bagi.. dahlah terpaksa jaga 2 org budak yg terlebih hyper aktifnya.. hihi..


oklah.. dah lewat petang ni.. brg.. baju apa pun,xpacking lagi.. jap lagi kena ambil anak.. ni lah padahnya kalau duk depan laptop.. xsedar diri jadinya.. muahaha.. oklah kawan2 semua.. selamat mencuba untuk yang berminat ya..

4 comments:

Cikgu Ani Bawok said...

wah! cantiknya deko2 dia... tahniah!

Unknown said...

terima kasih kak ani sudi singgah sini.. idea akak mmg best.. xyah beli aiskrim dah.. hehe..

Amie said...

Pengsan!!!!

Unknown said...

waduh2.. jgn pengsan dong kak amie.. bisa gawat ni.. hehe..