Thursday 27 December 2012

spaghetti carbonara

merry christmas to all my friends & family yg menyambutnya.. maaflah terlambat wish.. sibuk ber'xmas'.. hehe..


spaghetti carbonara ni saya buat khas utk my dad sempena xmas hari tu.. bapa saya ni mmg peminat western food.. lg2 yg berkaitan dgn pasta.. semua dia suka.. 
 

klau mcm kami adik beradik dgn mak.. boleh je mkn apa saja.. cuma utk bapa sian pulak kan.. yelah,xmas kenalah mkn yg kita suka.. barulah ada mood nak ber'xmas' kan.. hehe..


utk resepi ni saya buat versi simple.. sb bapa kurang mkn ayam.. so senanglah kerja...hehe..  lgpun bg saya spaghetti ni kalau byk sgt bahan2 sampingannya mcm xsyok pula.. ala2 sos carbonara tu tenggelam dgn pelbagai perisa yg meresap.. 


tp lain org lain citarasa kan.. tu yg bestnya bila kita masak sendiri.. boleh ubah ini itu utk disesuaikan dgn selera kita.. klau kat kedai confirm kena marah.. siap di 'cop' customer cerewet lg.. hehe..

oklah jom kita tgk resepinya..



SPAGHETTI CARBONARA
  • 1/2 pek spaghetti - saya guna san remo
  • 1 tin sos carbonara - saya guna prego
  • 1-2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1/2 tin cendawan butang - terpulang lah nak guna byk mana ya
  • 1/2 cawan fresh milk
  • sedikit garam
  • sedikit minyak
  • sedikit pati ayam tumix - optional
  •  sedikit herba oregano

CARA2NYA:
  1. rebus spaghetti dgn sedikit garam & minyak - kemudian,angkat-tos-bilas-ketepikan.
  2. panaskan sedikit minyak & tumis bawang putih hga naik bau.
  3. masukkan sos carbonara diikuti cendawan butang - gaul rata
  4. bila sos dah mula pekat,tambahkan susu segar & perasakan dgn sedikit serbuk pati ayam tumix
  5. gaul sebati & matikan api.
  6. tuang sos atas pinggan/mangkuk - letakkan spaghetti yg telah direbus td diatasnya.
  7. taburkan dgn sedikit herba oregano.
p/s- kalau nak sos lg byk boleh lebihkan susu segar & kalau xsuka sgt rasa yg berkrim,boleh tambahkan dgn sedikit air masak.. sesuaikan ikut citarasa masing2 ye..

sedia utk dinikmati.. selamat mencuba..

2 comments:

Amie said...

Wah! Sayang ayah dia kat dia ye...

Unknown said...

kak amie.. kita harus syg semua org kan.. hehe..:)