Monday 10 December 2012

bolognese spaghetti

selamat petang semua.. 
memandangkan msh lg demam.. saya menyediakan makan tgh hari yang ala kadar sahaja.. simple tapi mengenyangkan.. demam2 pun kena masak juga ya.. kesian anak lapar kan..

resepi ni saya rujuk dari dua sumber yg berlainan.. 1st from my best blogger friend.. evelyn gemina and 2nd from kak amie salami simon yang sememangnya sgt berbakat dlm bidang masakan..


masa terbaca ayat kak amie.. "Terima kasih untuk Kak Is yang telah memberi tunjuk ajar memasak resepi ini lebih 20 tahun yang lalu.." terus kehangatan semangat berkobar2 saya utk mencubanya mengatasi suhu badan saya yg demam.. muahaha.. boleh gitu?hehe..

bukan apa.. resepi lama (warisan) ni selalunya mmg sedap.. apapun,saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih utk kak IS(walaupun tidak mengenalinya) untuk resepi ini.. berterima kasih pada empunya milik lg molek kan.. minta restu gitu.. tapi sememangnya spaghetti ni sangat lazat.. anak saya yg picky eater pun boleh makan tanpa banyak kerenah..


terima kasih juga utk evelyn gemina (sumber saya mendapatkan resepi ini) & kak salami simon (sumber yang mengetengahkan resepi ini).. mohon share disini ya.. tetapi terdapat sedikit perbezaan bahan dlm ke2 2 resepi ini..  

di mana evelyn menggunakan bahan tambahan seperti sos spaghetti cendawan kimball, bay leave & herba thyme .. 

manakala kak salami simon tidak menggunakan ke3 3 bahan tambahan tersebut sebaliknya menggunakan 4biji tomato, lada kisar, capsicum merah, serbuk lada hitam & saderi..

kesimpulannya,resepi evelyn versi tidak pedas manakala resepi kak salami simon merupakan versi spaghetti yang pedas..


macam terlalu detail pulak saya meng"analisa" bahan2" resepi ni kan..mula2 tu saya pula yg jd keliru nak ikut resepi yg mana satu.. hehe.. 

sb saya gemar juga masakan pedas.. tetapi sb nak makan dengan anak.. kenalah mengalah sikit.. kena sesuaikan dengan lidah budak kecil yg mmg xmakan pedas.. akhirnya.. saya buat versi evelyn yg xpedas tetapi sama seperti kak amie yg hanya menggunakan herba oregano & sesuaikan dgn stok bahan yg ada di dapur serta buat sos yang agak pekat.. 

oklah.. panjang pulak cite asal usul resepi ni.. jom kita tgk resepinya ye.. evelyn & kak amie mohon share disini ya.. tq..


Bahan2:

A
1 paket daging ayam kisar (ramly)
4 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang besar, cincang halus
Sedikit minyak zaitun, untuk menumis

 B
 1 tin tomato puri (kimball)
1 botol sos spaghetti cendawan (kimball)
2 cawan air
1 tin cendawan butang (ayam brand), hiris tipis - saya xletak
1 helai bay leave - saya xletak
Garam secukupnya
Gula secukupnya

 C
 1 bungkus spaghetti
1 sb minyak zaitun (saya guna minyak masak)
1/2 sk garam
Herba thyme - saya xletak
Herba oregano 

D
Parmesan cheese, di parut


Cara2 membuatnya:
1. Tumis bawang dari bahan A hingga naik bau. Masukkan daging ayam cincang & gaul rata, tumis hingga daging ayam masak.

2. Masukkan pula bahan2 B, gaul rata & biarkan mendidih guna api perlahan.

3. Sementara itu, panaskan air yang banyak dalam periuk, masukkan minyak zaitun & garam dari bahan C, biarkan mendidih guna api sederhana. Masukkan spaghetti & rebus hingga lembut (ala dante). Toskan air & segera bilas spaghetti dengan air biasa supaya tidak melekat. 

4. Hidangkan spaghetti atas pinggan, tabur sdikit herba thyme & oregano.

4. Apabila sos sudah masak, tuang atas spaghetti tadi. Tabur parutan parmesan cheese atasnya. Hidangkan panas2.


p/s- resepi saya copy paste je dr blog evelyn.. tq ya lyn..
oklah.. entri berhenti disini dulu ye.. saya nak berehat sekejap sebelum fikirkan menu utk makan malam pula.. (mood bertambah demam + tension).. hehe.. ^_^

6 comments:

Amie said...

Alahai May... masih belum sihat lagi ke, bawa-bawalah berehat ye....
Bila May sebut tentang Kak Is tu, Kak Amie teringat kalau dia masak kuah spaghetti... memang dia masak sungguh2, kuahnya lama direnih, lepas tu dia mesti guna daging segar tak mahu yang beku. Katanya lagi, kalau nak masak kuah spaghetti ikutlah selera kita sebab kita yang nak makan... jadi masa tu Kak Is tambah cili supaya pedas, memang Kak Amie habis licinkan pinggan kalau makan masakannya, sayangnya Kak Amie tak dapat menandingi kepakarannya! Terima kasih May kerana sudi cuba resepi yang penuh kenangan ini...

Evelyn Gemina said...

Hahaha, lucu pulak bila baca ko punya analisis tu may, hantam jaklah asalkan sedap, macam2 boleh di ubah & tambah ikut selera, jadi spaghetti rojak pun xpa,hehe...thnks for tryin' : )

Unknown said...

adui kak amie.. kalau dah kuahnya direnih lama.. guna daging fresh lg.. haish.. sedapnya tu.. kalau depan may pun kompom licin pinggan tu may kerjakan.. hehe..

Unknown said...

lyn.. aku mmg selalu rojak.. xpernahnya mo ikut resepi sebenar.. hihi.. bukan apa,ada jak yg terkurang bahan time mo buat tu.. jdnya,terpaksa dirojakkan jak lah.. hehe..

Nurul Athirah said...

Kalau nak masak utk dlm 20 org berapa botol nak gune??

Nurul Athirah said...

Kalau nak masak utk dlm 20 org berapa botol nak gune??