Monday, 31 December 2012

bihun kungfu

selamat petang semua.. memandangkan ini merupakan hari terakhir kita ditahun 2012.. mcm sebak lah pulak.. hehe.. yelah,cepat je masa berlalu kan..


so,ini jugalah entri terkahir dari saya ditahun 2012 ini.. saya sajikan dgn bihun kungfu yg sememangnya sentiasa menjadi menu favourite bagi family saya.. resepi ni saya dapat dari majalah SAJI keluaran APRIL 2010.. dah lama berada dlm simpanan saya..


sebelum ni,kalau nak makan, asyik beli kat kedai je sb suami suka sgt.. kadang tu sedaplah.. kadang tu 'kureng' jg.. so,bila dah dpt resepi ni,punyalah saya semangat mencuba.. bolehlah sesuaikan dgn citarasa kami sekeluarga.. oklah,jom tgk resepinya..


BIHUN KUNGFU
SUMBER = MAJALAH SAJI


BAHAN2NYA:
  • 50gm bihun
  • 30gm isi ayam
  • 3 ekor udang
  • 2 ekor sotong - saya xletak
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 biji telur - saya guna 2biji (sebiji gaul dgn bihun,sebiji lg guna diakhir proses memasak)
  • 4 tangkai kailan - saya guna sawi
  • 50gm putik jagung - saya xletak
  • 1 batang lobak merah - saya guna 1/2 batang saiz kecil
  • 2 sudu besar tepung jagung -  bancuh dgn sedikit air (saya xguna habis,pakai ala kadar je ikut kepekatan kuah yg saya nak)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • garam secukup rasa - saya guna pati ayam tumix
  • air secukupnya - utk dijadikan kuah
  • 2 keping fish cake - saya tambah
  • 1 sudu kecil kicap pekat utk bg warna gelap - saya tambah


CARA2NYA:
rendam bihun hga lembut - toskan


 gaul dgn telur


goreng hingga agak garing dgn sedikit minyak & api sederhana (jgn sampai hangit ye.. kena perhatikan ketika buat step ni) - kalau boleh guna non stick pan


agak2 dah mula garing - ikut suka koranglah nak garing tahap mana ye.. saya goreng sederhana garing je.. letak atas mangkuk - ketepikan


panaskan kuali dgn sedikit minyak.. tumis bawang putih hga naik bau & masukkan bahan2 lain kecuali air,telur,kicap & bahan perasa.. tumis mcm biasa korang buatlah ye.. masuk yg mana patut didulukan & mana yg patut dilewatkan..


lepas tu baru tambahkan air, sos tiram, kicap cair & pekat serta serbuk pati ayam - gaul rata & biarkan mendidih..


masukkan bancuhan tepung jagung & telur - sesuaikan rasanya.. tambahlah apa2 bahan yg perlu utk menepati kehendak selera anda.. kemudian,bolehlah matikan api..


tuang kuah di atas bihun yg telah digoreng tadi..



sebelum makan,gaul2 sikit supaya kuah meresap sepenuhnya kedlm bihun utk melembutkan bihun.. 


sedia utk dinikmati.. jemput makan semua.. hehe.. selamat mencuba utk yg berminat ya..

Saturday, 29 December 2012

oreo milk shake

selamat petang semua.. hari ni cuaca panas.. jadinya oreo milk shake ni sesuai sgtlah utk melegakan sang tekak.. okeylah, jom kita tgk resepinya..


BAHAN2NYA:
  • 4-5 keping biskut oreo - xyah pisahkan dr filling.. kiranya semua 8-10 keping biskut
  • 250ml full cream milk - boleh ganti dgn fresh milk
  • 3-4 scoop aiskrim vanila - suka hatilah nak letak byk mana ye..
  • 5 ketul ais kiub - optional

CARA2NYA:
  1. satukan kesemua bahan dan blend 
  2. tuang dlm gelas
  3. hidangkan dgn fresh cream, aiskrim @ biarkan begitu sahaja
  4. sedia untuk dinikmati..
 
selamat mencuba.. ^_^

Friday, 28 December 2012

red velvet cake

selamat malam semua.. masih dlm mood bercuti ke?hehe.. oklah.. terus je dgn entri kali ni ye.. red velvet cake ni saya buat masa xmas hari tu.. sebenarnya lama dah nak buat tp xpernahnya terbuat2.. 

 entah knapa hari tu beriya2 nak buat.. padahal 1st time pulak tu.. walaupun keknya jd dgn sempurna tp deconya amat menyakitkan mata ku yg memandang.. haish.. keras tgn btl lah.. cream warna pink pulak tu bukannya merah.. hmmm.. 



byk insiden yg berlaku time buat kek ni.. dgn ibu jari kanan terhiris pisau.. bukan sikit tp cukup boleh tahan jg lah lukanya.. payah nak buat kerja.. tp walaupun pedih.. sakit.. saya teruskan jg buat.. sb kek dah siap.. tgl deco je.. 

pewarna merah  pulak xde time tu.. tgl sikit je.. nasib warna kek okey.. tp utk cream tu yg btl2 xokey.. huhu.. tp xpelah.. utk 1st trial bolehlah kan.. lgpun buat mkn2 utk family je.. so,kita ketepikan deco.. yg penting keknya mmg moist.. resepi ni saya ambil dr blog intan berlian.. mohon share disini ye intan.. TQ..


BAHAN2 KEK:

BAHAN A ( ayak bersama):
250g tepung tepung kek
1/2 tsp garam - saya xletak
2 sudu besar serbuk koko

BAHAN B:
113g unsalted butter - saya guna salted butter
300g gula - saya guna gula kastor
2 biji telur - saya guna gred A
1 sudu kecil esen vanila


BAHAN C (dicampur bersama):
240ml buttermilk
2tbsp pewarna merah

*kalau xde buttermilk buat seperti berikut.. campurkan 240ml susu segar bersama 1tbsp cuka - biarkan lbh kurang 10minit sebelum digunakan.


BAHAN D:
1tsp cuka masakan
1tsp baking soda


CREAM CHEESE:
250g cream cheese
100g gula ising
30g butter
1 sudu besar perahan air lemon
1 sudu besar esen vanila 
1 sudu besar susu segar



CARA2NYA (KEK):
pukul butter - kemudian tambah gula & pukul lagi hga kembang & sebati.

Masukkan esen vanila & teruskan pukul adunan sekejap

Masukkan pula telur satu persatu 

perlahankan speed & masukkan bahan A berselang seli dgn bahan C - dimulakan dgn bahan A & diakhiri dgn bahan A juga.

dlm bekas lain,tuang cuka keatas baking soda (bahan D) - lepas buih habis @ berhenti mengeluarkan bunyi berdesir - tuang kedlm adunan & gaul sebati

tuang dlm loyang & bakar selama 20-30minit dgn suhu 175c @ mengikut oven masing2 - saya guna 3 loyang berukuran 9inci

lps kek masak xperlu terus terlengkupkan kek atas wire rack.. biar lbh kurang 10-15minit dlm keadaan msh di dlm loyang

sejukkan kek sebelum meletak filling


CARA2NYA (CREAM CHEESE FROSTING):
pukul cream cheese hga creamy - kemudian tambahkan bahan2 lain - pukul lg hga kembang & sebati - sedia utk digunakan





Thursday, 27 December 2012

spaghetti carbonara

merry christmas to all my friends & family yg menyambutnya.. maaflah terlambat wish.. sibuk ber'xmas'.. hehe..


spaghetti carbonara ni saya buat khas utk my dad sempena xmas hari tu.. bapa saya ni mmg peminat western food.. lg2 yg berkaitan dgn pasta.. semua dia suka.. 
 

klau mcm kami adik beradik dgn mak.. boleh je mkn apa saja.. cuma utk bapa sian pulak kan.. yelah,xmas kenalah mkn yg kita suka.. barulah ada mood nak ber'xmas' kan.. hehe..


utk resepi ni saya buat versi simple.. sb bapa kurang mkn ayam.. so senanglah kerja...hehe..  lgpun bg saya spaghetti ni kalau byk sgt bahan2 sampingannya mcm xsyok pula.. ala2 sos carbonara tu tenggelam dgn pelbagai perisa yg meresap.. 


tp lain org lain citarasa kan.. tu yg bestnya bila kita masak sendiri.. boleh ubah ini itu utk disesuaikan dgn selera kita.. klau kat kedai confirm kena marah.. siap di 'cop' customer cerewet lg.. hehe..

oklah jom kita tgk resepinya..



SPAGHETTI CARBONARA
  • 1/2 pek spaghetti - saya guna san remo
  • 1 tin sos carbonara - saya guna prego
  • 1-2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1/2 tin cendawan butang - terpulang lah nak guna byk mana ya
  • 1/2 cawan fresh milk
  • sedikit garam
  • sedikit minyak
  • sedikit pati ayam tumix - optional
  •  sedikit herba oregano

CARA2NYA:
  1. rebus spaghetti dgn sedikit garam & minyak - kemudian,angkat-tos-bilas-ketepikan.
  2. panaskan sedikit minyak & tumis bawang putih hga naik bau.
  3. masukkan sos carbonara diikuti cendawan butang - gaul rata
  4. bila sos dah mula pekat,tambahkan susu segar & perasakan dgn sedikit serbuk pati ayam tumix
  5. gaul sebati & matikan api.
  6. tuang sos atas pinggan/mangkuk - letakkan spaghetti yg telah direbus td diatasnya.
  7. taburkan dgn sedikit herba oregano.
p/s- kalau nak sos lg byk boleh lebihkan susu segar & kalau xsuka sgt rasa yg berkrim,boleh tambahkan dgn sedikit air masak.. sesuaikan ikut citarasa masing2 ye..

sedia utk dinikmati.. selamat mencuba..

Monday, 24 December 2012

homemade twisties

selamat petang semua.. jom kita belajar buat homemade twisties.. rasanya mmg xmenghampakan.. utk mereka yg ada anak kecil tu elok sgtlah utk mencuba.. bukan sahaja dpt menjimatkan duit malah proses menyediakannya pun amat mudah.. 


resepi ni saya rujuk dari 2 sumber iaitu dari rozieda dieda & tina exora yang dikongsikan dlm group mai share recipe melalui laman facebook.. mohon share disini ye kak rozieda & tina.. terima kasih..


untuk resepi dari rozieda bahan2nya adalah seperti berikut:
  • 1 bungkus laksa kering
  • 1 bungkus serbuk kari
  • kiub ikan bilis
  • nestum
  • gula halus
  • garam
  • serbuk cheese

manakala resepi dari tina pula hanya menggunakan bahan2 seperti berikut:
  • laksa kering
  • rempah kari daging
  • kiub ayam
tetapi saya mengubahnya sikit mengikut bahan2 yg ada & selera anak.. saya buat sikit je & hanya menggunakan 1/2 keping laksa drpd 3keping yg terdapat dlm 1 bungkus laksa kering EKA..

 p/s = sebenarnya bahan2 dan sukatan ni boleh kita ubah mengikut citarasa masing2.. so,buatlah yg menepati selera anak2 anda ya..


 utk resepi ni,saya menggunakan cheese powder seperti gambar di atas.. hmm.. twisties yg di campurkan dgn cheese powder rasanya lagi sedap.. tambah umphh gitu.. hehe.. cheese powder ni saya beli online dgn puan normala binti taib.. kalau korang susah nak dapatkan cheese powder ni.. bolehlah beli dari puan normala ya..


 gambar ni menunjukkan sekeping laksa kering.. saya hanya menggunakan separuh sahaja ya..
bahan2 & sukatan yg saya gunakan adalah seperti berikut:

 

  •  1/2 keping laksa kering eka
  • 1 sudu makan serbuk kari daging babas
  •  1 1/2 sudu makan serbuk pati ayam tumix
  • 8 sudu makan nestum
  • 3 sudu makan serbuk cheese


CARA2NYA:
 patah2kan laksa..


goreng hingga garing - angkat - tos - ketepikan


sementara itu, satukan kesemua bahan kecuali laksa kering yg telah digoreng tadi


blend hingga halus.. hmmm.. patutnya blend guna bekas yg kecil tu lah kan.. yg utk kisar bahan2 kering.. tp entahlah apa yg saya fikirkan smpai guna yg besar ni..  nasib saya mmg jenis xblend cili.. jadi terselamatlah dari bau2an yg xsepatutnya.. hehe..


masukkan dlm plastik ziploc @ bekas bertutup..


masukkan juga laksa yg telah digoreng td..


tutup plastik & goncang hga sebati


keluarkan dari plastik.. sedia utk dinikmati..


 selamat mencuba..

kari ayam kashmir

selamat malam.. kari ayam kashmir merupakan menu kami sekeluarga utk lunch td.. gandingan bersama nasi minyak.. sesaja nak tukar selera.. sb biasa mkn nasi minyak dgn ayam masak merah.. kali ni tukar pulak.. hehe.. apapun,tetap sesuai mengikut selera kami sekeluarga..



sebelum ni saya pernah kongsikannya di SINI tetapi dahulu saya buat versi berkuah & kali ni saya buat kuahnya agak kering .. yang lain semua bahan2 yg sama.. okeylah jom kita tgk resepinya..


 Bhn² A

- 6 biji bawang merah (dihiris)
- 1/2 labu bawang besar (dihiris)
- 3 bawang putih (dihiris) - saya tumbuk
- 1 inci halia (dihiris) - saya tumbuk
- 1 batang serai (diketuk)
- rempah 4 sekawan 
- sedikit daun kari

Bhn² B
- 3 sb tomato puri - saya letak 1 sb je sb "kurang" suka bau tomato puri
- 1 sb serbuk cili
- 2 sb rempah beriyani
- 2 sb rempah kari daging
- 4 biji tomato ( dipotong kecil )
-Garam & gula secukup rasa
- air secukup kegunaan
- 2 biji ubi kentang (dipotong)

Bhn C

1/2 kg ayam (dipotong & digoreng 1/2 masak jika suka) - saya goreng separuh masak

Cara²
  1. Panaskan minyak - tumis bahan A hingga terbit bau.
  2. Satukan serbuk rempah (beriyani & daging),tomato puri & serbuk cili di dlm mangkuk - bancuh dengan sedikit air. 
  3. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi & tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, ubi kentang & air secukupnya - gaul - masak hga kentang empuk.
  5. Masukkan tomato - perasakan dgn garam & gula secukupnya. 
  6. matikan api dan kari ayam kashmir sedia untuk dinikmati.


 selamat mencuba !!!

Sunday, 23 December 2012

japanese tofu ala sizzling

selamat malam semua.. agak lama jg saya xupdate blog.. hari tu blk alor star.. mmg xsempat nak update.. ada je aktiviti.. maaflah ye..


japanese tofu ala sizzling.. sebenarnya menu ni saya masak utk bapa mertua masa kat kedah.. bapa mertua mmg penggemar masakan cina.. so,saya pun trylah buat resepi ni kot2 menepati citarasa bapa mertua kan.. 1st time ni nak masak utk bapa mertua,nervous lah pulak.. hehe.. 

sb sebelum ni MIL yg selalu msk.. tetapi selepas ke'tiadaan' MIL.. saya lah yg kena main peranan sikit bila blk kg belah suami.. lgpun kakak ipar kerja.. so,saya pun rajin2kan lah diri di dapur.. mengasah bakat memasak (kot2lah ada kan).. hehehe..


ikutkan resepi ni sebenarnya menggunakan sizzling @ hot plate.. dah beli dah.. tp lps blk rmh & cuci.. adakah patut hot plate tu berkarat.. bkn sikit.. tapi semua.. haish.. mcmnana lah boleh terbeli .. bukan xcheck.. dah check pun.. hot plate tu nampak okey tp lepas basuh (kena air) dan selepas kering barulah  karat2 tu nampak.. 

walaupun cuma rm22.90.. tp tetap bazir duit jg kan. .yelah benda yg xboleh guna..ikut hati nak je blk kat pasaraya tu mta tkr.. tp xpelah,bising2 pun, nti tambah skt hati lg kan.. so,baik lupakan.. dah bukan rezeki..


sebenarnya,boleh jg buat tanpa hot plate.. boleh klik SINI tetapi sb bapa mertua sukakan style sebegini (telur dipecahkan) saya pun cubalah jg masak dgn menggunakan non stick pan... syukur percubaan menjadi.. dan FIL mkn dgn penuh berselera.. hehe.. oklah jom kita tgk resepinya ye..


JAPANESE TOFU ALA SIZZLING


BAHAN2NYA:
  • 2 peket japanese tofu
  • 5 biji cendawan butang dlm tin
  • segenggam daging ayam kisar
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk@cincang lumat
  • 1 labu bawang merah - hiris halus
  • 1 tangkai daun bawang - hiris
  • sos tiram secukup kegunaan
  • serbuk pati ayam tumix secukupnya
  •  sedikit kicap pekat - utk bg warna gelap
  • sedikit minyak bijan
  • air secukup kegunaan 
  • 1 sudu teh tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
  • 4 biji telur - tgk pan saiz besar mna ye.. klau kecil guna 2 biji je
  • sedikit minyak masak utk menumis

CARA2NYA:
1. potong tofu kpd beberapa bahagian - cuci - tos & goreng seketika dlm minyak panas - angkat & ketepikan. 

2. panaskan sedikit minyak masak,tumiskan bawang merah & bawang putih hga naik bau kemudian masukkan daging ayam kisar & cendawan - masak seketika. 

3. perasakan dengan sos tiram,serbuk pati ayam & sedikit kicap pekat - tumis lg seketika kemudian masukkan air - gaul rata & biarkan mendidih. 

4. titiskan dgn sedikit minyak bijan & tambahkan dgn bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah. 

5. taburkan hirisan daun bawang - gaul rata - matikan api - ketepikan. 

6. ambil sizzling @ hot plate - klau xde boleh guna non stick pan mcm saya ,panaskan seketika atas api & pecahkan telur.

7. bila telur dah setengah masak,perlahan2 tuang campuran tofu yg telah dimasak td. 
8. matikan api bila telur dah masak & sedia utk dihidangkan panas2.

*p/s = kalau suka pedas boleh tambahkan dgn cili merah
*kalau guna shitake mushroom lg sedap.. tp masa beli bahan kat giant,xde.. so saya gunakan mushroom dlm tin.. okeylah sb rasanya pun msh boleh tahan sedap juga - terpulanglah dgn citarasa masing2 nak guna cendawan jenis apa ye.. 

makan panas2 mmg best.. kalau dah sejuk,kureng sikit.. hehe.. oklah,mata pun dah mengantuk.. selamat malam semua.. ^_^

Tuesday, 11 December 2012

ice cream drumstick

selamat petang semua.. musim cuti sekolah ni ramai yang balik kampung kan.. termasuklah saya.. hehe.. so,perancangannya esok pagi2 dah mulakan perjalanan dari puchong ke alor star,kedah (kg suami).. doakan perjalanan kami sekeluarga selamat pergi dan balik ya.. ^_^


memandangkan esok nak balik bercuti.. anak saya pun mulalah moody sikit sb xdapat bermain dgn abg sepupunya.. kalau nak tau,diorang 2 je lah "new generation" dlm adik beradik saya, sb adik & abg belum berkahwin manakala saya & kakak sulung masing2 mempunyai seorang anak.. jadinya.. kecil je family saya ni kan.. lagi2 duk kat semenanjung ni.. family lain semua kat sabah.. so,anak saya & anak kakak sulung mmg rapat..


hari ni saya hantar anak p rumah kakak sulung.. bg diorang bermain puas2.. sebelum tu,saya ambil anak kakak kat rumah dulu,bawa jalan2.. makan2.. pastu baru htr balik p rumah kakak.. mummy nya terus balik ye.. hehe.. bukan apa,mau packing brg.. baju.. apa2 yg patut.. senang sikit buat kerja kalau xde gangguan budak kecil kan.. hehe..


jadinya,awal saya bangun pagi tadi utk menyiapkan ice cream drumstick ni.. yelah,kalau dah budak2 main,mesti berpeluh.. dahaga... so,bila dah penat main.. inilah yg diorang suka kan..resepi ni saya dapat dari kak ani bawok.. cuma saya ada olah sedikit & tidak menggunakan resepi aiskrim kak ani.. 

maaf ye kak ani.. bukan bermaksud nak derhaka dgn resepi.. hehe.. tetapi anak saya tidak boleh makan telur yg tidak dimasak.. sb dulu saya pernah bg anak mkn telur setengah masak.. last2 habis cirit birit.. bila jumpa doktor,doc ckp anak alah dgn telur.. anak kakak pun sama.. cuma dia tidak cirit birit.. tetapi gatal satu badan kalau mkn telur.. 

tapi utk kita orang dewasa & xalah dgn telur ni boleh saja mencuba resepi kak ani sb ramai yang telah mencubanya dah memberikan komen yang sangat2 memuaskan.. so,kalau korang nak try boleh klik sini ye.. apapun,terima kasih untuk kak ani atas perkongsian idea membuat ice cream drumstick yang sememangnya sangat2 saya hargai ini..


 untuk resepi homemade ice cream ni saya gunakan resepi INI.. cuma utk kali ini,saya hanya gunakan perisa plain@vanila.. dan untuk membuat ice cream drumstick ni saya gunakan aiskrim yang separa keras (mau cepat punya hal.. lgpun stok aiskrim msh ada dlm peti sejuk.. jadi saya gunakan apa yg ada depan mata.. hehe).. cuma saya keluarkan 15minit lbh awal sebelum menggunakannya utk dapatkan tekstur yg xkeras & xcair..

 manakala chocolate ganachenya saya gunakan baki 'CG' ketika membuat almond dark chocolate cake tempoh hari.. gunakan apa yg ada.. jgn membazir.. hehe.. lgpun resepi 'CG' kak ani menggunakan bahan2 yg sama dgn baki 'CG' ADCC  ni.. saya cuma perlu panaskannya sekejap sahaja(saya masuk dlm oven je..) so,bila semua bahan utama sdh ready.. senang lah kerja saya kan.. ok.. jom kita tgk resepinya..

sediakan kon aiskrim..


sediakan juga kertas pembalut nasi lemak secukupnya..


bahagikan & potong kertas kepada 4 bahagian..


untuk membalut kon aiskrim.. pastikan bahagian kertas yang licin berada dibahagian dalam..


balutkan kon aiskrim..





 lekatkan hujungnya dengan pita pelekat..


untuk memudahkan kerja.. letak kon aiskrim yang sudah siap di balut di dalam gelas..


sebab nak dapatkan feel ala2 aiskrim drumstick @ cornetto mcm dijual kat kedai.. hehe.. saya pun letaklah sedikit chocolate ganache di bahagian bawah kon... kemudian saya sejukkan lbh kurang 5 minit dlm peti sejuk..


lepas tu.. masukkan aiskrim sehingga hampir penuh kon tersebut.. sebenarnya step ni saya tersilap.. sb lps tgk betul2 gambar aiskrim kak ani baru saya perasan yg sepatutnya aiskrim diletakkan penuh & melebihi garisan kon.. patutlah rupa aiskrim saya lps siap lain macam.. (again... saya xbaca resepi betul2.. haish.. bila lah nak belajar dr kesilapan ni.. hehe..)


 lepas tu masukkan balik aiskrim ni dalam peti sejuk.. bagi beku.. kalau korang xde stok aiskrim & baru je buat.. korang kenalah tgu sehingga aiskrim betul2 beku ye.. dan kalau korang xde stok chocolate ganache.. time tgu aiskrim ni beku.. time ni lah korang kena buat 'CG' nya ye..


CHOCOLATE GANACHE:

100g whipping cream
200g dark chocolate (compound) - dipotong kecil2 - kalau nak guna cooking chocolate & nak tukar dark kepada milk choc pun boleh..
 10g butter


CARA2NYA:
1. didihkan whipping cream
2. tuang atas dark chocolate - gaul sebati
3. tambahkan butter - gaul rata
4. sejukkan seketika sebelum digunakan 


lepas tu bolehlah tuangkan chocolate ganache..


letaklah apa2 bahan yang korang suka.. kacang.. choc chip.. choc rice.. ikutlah selera masing2 ye.. dan masukkan lagi sekejap dlm peti sejuk sampai aiskrim beku sepenuhnya..


hasilnya.. saya buat dengan taburan kacang (untuk kakak sulung yg sememangnya gemarkan aiskrim chocolate bersalut kacang).. aiskrim dgn fresh cream (anak kakak yg sememangnya suka dgn cream2 ni.. xkiralah apa jenis cream semua dia suka).. dan aiskrim plain dgn hanya chocolate ganache (utk anak saya yg xsuka kacang & cream).. cukup syarat bukan utk menggembirakan hati semua orang.. hehe..



 apa yang tidak menggembirakan ialah saya hanya buat 3biji aiskrim sahaja.. betul2 sorang hanya dapat satu.. titik.. noktah.. muahaha.... bukannya nak bersikap kejam.. sebenarnya bahan2 lain semua msk byk cuma yg kurang hanya chocolate ganache.. nak buat tiada kerajinan.. jadi terima jelah apa yg ada ye.. lgpun saya ada bekalkan dgn sedikit kek coklat.. bolehlah tu kan.. asal ada.. hehe.. mesti kakak sulung aku hangin satu badan kan.. mcm nak xnak je bagi.. dahlah terpaksa jaga 2 org budak yg terlebih hyper aktifnya.. hihi..


oklah.. dah lewat petang ni.. brg.. baju apa pun,xpacking lagi.. jap lagi kena ambil anak.. ni lah padahnya kalau duk depan laptop.. xsedar diri jadinya.. muahaha.. oklah kawan2 semua.. selamat mencuba untuk yang berminat ya..