Tuesday, 8 January 2013

sponge cheesecake

selamat petang semua.. sponge cheesecake ni saya buat khas utk anak saya yg sememangnya gemarkan keju.. bagilah apa sahaja makanan yg berasakan keju.. semua dia suka..


sebelum ni saya pernah kongsikannya di SINI.. tetapi kali ini, saya gandingkannya bersama sponge cake..


BAHAN2NYA: (18cm)
  • 250g cream cheese
  • 200cc @ ml fresh cream @ plain yogurt- saya guna plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon - saya xletak
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula 
  • sebiji kek span

CARA2NYA:
  1. Masukkan semua bahan KECUALI KEK SPAN ke dalam mixer @ blender - pukul sehingga teksturnya menjadi seakan2 krim..
  2. sediakan loyang & sapu butter @ alas dgn kertas minyak - saya guna loose base tin & alas kertas minyak di sekeliling loyang sahaja..
  3. Masukkan kek span di dasar loyang.. kemudian tuang aduan cream cheese diatasnya dan bakar selama 40-45 minit dgn suhu 170c @ ikut oven masing2 - saya guna 160c
  4. Setelah hampir masak @ selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil diatas permukaan loyang untuk mengelakkan permukaan kek hangus. 

 
simpan kek beberapa jam @ semalaman di dalam peti sejuk sebelum dihidang untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap..

sedia untuk dinikmati..


selamat mencuba ^_^..



Monday, 7 January 2013

homemade twisties chicken flavour

selamat tengah hari semua.. homemade twisties kali ni merupakan versi 'perisa ayam'.. sebelum ni saya pernah kongsikannya di SINI..


perbezaan kali ini ialah.. saya tidak menggunakan rempah kari & cheese powder.. resepi kali ni sgt mudah & hanya menggunakan 4 jenis bahan sahaja..


kalau dulu.. resepinya agak pedas sedikit sb menggunakan rempah kari daging.. so,anak saya xmkn byk.. dan memandangkan stok cheese powder saya sdh hbs.. terpaksalah saya mengolah resepi sedia ada mengikut selera anak & bahan2 yg ada di dapur..



.. dan terhasillah resepi ini.. homemade twisties perisa ayam.. okeylah. jom kita tgk resepinya ..




BAHAN2NYA:
  • 1/3 keping laksa kering - dr 1 keping
  • 20-22 sudu besar nestum original
  • 2 sudu besar serbuk pati ayam tumix
  • minyak masak secukupnya utk menggoreng


CARA2NYA:
1.  patah2kan laksa kering & goreng dlm minyak yang panas - kena pastikan minyak betul2 panas,kalau x.. laksa xmengembang..

2. goreng sehingga kuning keemasan - angkat & toskan minyak..

3. satukan nestum & serbuk pati ayam - kisar bersama sehingga halus..

4.  letakkan laksa yang telah digoreng td bersama campuran nestum kisar di dlm plastik ziploc @ bekas bertutup - goncong2kan sehingga serbuk & laksa sebati..

 sedia untuk di makan.. hehe..


dapatlah lebih kurang sebalang keropok.. oklah.. selamat mencuba..

Sunday, 6 January 2013

strawberry tiramisu

selamat petang semua.. strawberry tiramisu merupakan pemanis mulut saya bersama anak di petang hari ini.. ^_^


hari ni simple je.. ikut tekak anak yang gemarkan cheese.. so,buat strawberry tiramisu je lah.. xyah masak segala.. senang keje saya kan.. hehe..


sebelum ni saya pernah kongsikannya di SINI tetapi kali ini, saya gantikan serbuk koko + milo dgn strawberry filling .. disebabkan kemalasan dtg melanda.. saya buat versi gelas yg simple & comot... hehe.. xpelah kan.. yg penting siap & boleh dimakan..


  BAHAN A:
  • 250g cream cheese
  • 125g whipped cream - (non dairy whipping cream @ fresh cream)
  • 125g whipping cream - (dairy whipping cream)
  • 50g gula ising - di ayak

BAHAN B:
  • 150g strawberry filling
  •  80ml air suam

BAHAN C:
  • biskut lady fingers secukupnya
  • air nescafe secukupnya


CARA2NYA:
  1. satukan bahan B - kacau sebati - ketepikan
  2. pukul cream cheese bersama gula (bahan A) hga gebu - ketepikan
  3. dlm bekas yang lain, pukul whipped & whipping cream hga kembang
  4. satukan ke dlm adunan cream cheese tadi & gaul sebati menggunakan spatula
  5. sudukan sedikit campuran strawberry filling ke dlm gelas
  6. patah2 @ potong biskut lady finger mengikut saiz gelas yg digunakan.. kemudian celup sekejap dlm bancuhan air nescafe
  7. susun biskut di atas strawberry filling td
  8. sudukan pula campuran cream cheese ke atas biskut
  9. ulang langkah 5-8 sehingga memenuhi ruang gelas
  10. sejukkan di dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dihidangkan
 sedia untuk dinikmati.. ^_^

onde-onde

salam hujung minggu semua.. pagi ni saya bersarapan dgn onde-onde.. lama pula xmakan makanan tradisional.. teringat pula zaman kanak2.. masa kecil dulu suka sgt mkn kuih ni..


saya suka sgt dgn makanan yg berasaskan tepung pulut.. mkn nasi pulut lagi lah suka.. hehe..


resepi ni datangnya dari blog milik kak ina .. saya panjangkan kat sini pulak ye kak.. saya copy paste je resepi di bawah ni dari blog akak ye.. terima kasih ..


  • 250gm tepung pulut
  • Sedikit jus daun pandan(3 helai campur air 1/2 cwan kisar..pastu tapis)-kalau malas beli ajer pes pandan chap koepe ..kalau dah guna pes tu tak yah guna lagi pewarna hijau.
  • Sedikit pewarna hijau
  • Kelapa parut yang putih di gaul dengan garam
  • Air secukupnya
  • Gula melaka di potong kecil-kecil

 

Cara-cara

  1. Gaul tepung dengan air pandan (air pes pandan)  yang telah di tambah garam sedikit.
  2. Jangan lembik sangat yer cukup sampai boleh di bulat-bulatkan.  Kalau tiada air daun pandan boleh gunakan pewarna hijau yang di campur dengan air.
  3. Bentukkan bulat lebih kurang boleh muat masuk dalam mulut.  Masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil di tengahnya dan bulatkan balik. 
  4. Panaskan air  sehingga mendidih. Selepas mendidih masukkan buah melaka dan biarkan sehingga timbul.
  5.  Angkat dan terus di gaulkan dalam kepala parut yang telah di gaul dengan sedikit garam.  Biarkan sejuk baru boleh di makan.

saya guna gula melaka ni.. hari tu balik alor star.. beli kat pekan rabu.. sedap gula melaka ni ye.. 1st time saya cuba..menyesal xbeli banyak.. hehe..

 
 oklah.. selamat bersantai dihujung minggu..

Thursday, 3 January 2013

blueberry cheese tart

selamat petang semua.. menu apa untuk minum petang ni? saya buat blueberry cheese tart ni tghari td.. sb anak yg request.. so,buat tghari.. petang dah boleh mkn..


sebelum ni saya dah pernah kongsikannya di SINI dan di SINI.. tetapi kali ni saya gunakan blueberry sebagai  filling..


okeylah.. untuk yang berminat.. bolehlah rujuk resepi kat bawah ni ye..


TART SHELL:
 BAHAN A:
  • 200gm mentega
  • 100gm gula aising - saya kurangkan sikit
  • 1/4 teaspoon esen vanila 

BAHAN B:
  • 1 biji telur

BAHAN C:
  • 420gm tepung - saya guna tepung superfine
  • 1 tablespoon susu tepung 


CARANYA:
  1.  pukul A hga lembut.. kemudian masukkan B
  2. teruskan pukul hga gebu & berkrim - saya guna whisk je
  3.  masukkan C dan gaul rata.. 
  4.    teruskan gaul hingga mendapat doh yg lembut & licin
  5.  ambil sedikit doh & tekankan ke dlm acuan tart
  6.   cucuk dasar tart shell dgn garfu
  7.  bakar dlm oven dgn suhu 170c selama 12-15minit @ sehingga keperang2an
  8.   keluarkan dr acuan & sejukkan dahulu sebelum diletakkan filling

    p/s = utk step by step langkah membuat pastry boleh rujuk SINI ye..




    FILLING:
    • 250g cream cheese
    • 20g butter
    • 60g gula aising
    • 100g fresh cream
    • 1 biji telur
    • blueberry filling secukupnya


    CARA2NYA:
    1. satukan cream cheese.. butter & gula - pukul hga cream cheese lembut
    2. masukkan telur - pukul sebati
    3.kemudian,masukkan fresh cream - pukul lg hga agak pekat
    4. sedia untuk digunakan
    5. kemudian, letakkan blueberry filling ke dlm tart shell
    6. tuangkan adunan cream cheese sehingga menutupi strawberry filling tadi
    7.lorekkan corak mengikut kreativiti anda
     8. bakar pada suhu 160c selama 10-15 minit menggunakan apa BAWAH sahaja..

    p/s = utk step by step cara melorek corak boleh rujuk SINI ye..

     sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan..


     sedia untuk dinikmati.. selamat mencuba..
     

Wednesday, 2 January 2013

butir nangka @ bubur candil

selamat petang semua.. bagaimana hari anda? hari ni saya sedikit letih.. yelah,sekolah dah bermula.. so,kena lah bangun awal siapkan anak.. anak saya awal pagi dah buat hal.. melalak xnak p sekolah.. haish..


bukannya 1st time nak p sekolah.. tahun lalu dah masuk tadika.. ni kira tahun kedua.. semalam punyalah semangat nak p sekolah.. last2 bangun pagi td.. hmmmm... sabar je lah.. hehe..

yg plg menguji kesabaran tu.. dah smpai gate sekolah pun msh sempat buat drama airmata.. lepas tamat sesi kaunseling dari mummy.. akhirnya berjaya juga pujuk.. fuh,selamat.. hehe..



tapi.. berkampung juga lah kat depan class.. lenguh betul kaki berdiri.. nasib xlama.. dlm 30minit,anak dah okey.. saya & suami pun sepantas kilat menghilangkan diri.. hehe.. tp orientasi xlama.. 8:30am - 10:30am je..


okeylah.. kita lupakan psl budak sekolah ye.. kita beralih dgn resepi pulak.. butir nangka @ bubur candil ni saya rujuk dari ikha ibrahim yg dikongsikan dlm group masakan mai share recipe... tapi saya buat dgn pelbagaikan warnanya supaya nampak menarik sikit.. mohon share disini pula ye ikha.. terima kasih..


BAHAN2NYA (BEBOLA PULUT) :
  • tepung beras pulut
  • secubit garam
  • sedikit air kapur - saya xletak
  • pewarna makanan - saya guna 4 jenis warna
  • air secukup kegunaan


BAHAN2NYA (KUAH SANTAN):
  • santan
  • gula - saya guna gula melaka
  • sedikit garam
  • daun pandan
  • biji halba - saya xletak

CARA2NYA:
  1. satukan tepung beras pulut, air kapur & garam di dalam satu bekas
  2. tuang air sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga tepung tidak melekat di tgn & mudah dibentuk
  3. bahagikan kepada beberapa bahagian ikut berapa warna yg kita nak
  4. masukkan bebola yg sudah siap dibulat2kan ke dlm air mendidih
  5. bila bebola sudah timbul ke permukaan air, angkat & masukkan ke dlm air biasa @ air sejuk
  6. didihkan pula semua bahan2 kuah santan dgn api perlahan sambil terus dikacau
  7. bila kuah dah mendidih, sejat @ toskan bebola kemudian baru masukkan ke dlm kuah santan

sedia untuk dinikmati.. korang pilih lah nak makan suam2 atau sejuk.. saya pilih kedua2nya sekali.. 
hehe..

selamat mencuba ..  ^_^

Tuesday, 1 January 2013

hawaiian pizza

selamat tahun baru 2013 buat semua.. dikesempatan ini,saya nak ucapkan terima kasih byk kepada kawan2 yg selalu berkunjung ke sini.. 


walaupun saya baru dlm dunia blogging dan ini bukannya blog milik blogger yg top.. malatop.. famous.. hehe.. saya menghargai sgt kesudian kawan2 semua meluangkan masa berkungjung kesini ya.. thank you all .. ^_^


sempena tahun baru ni ,saya buat hawaiian pizza je utk bawa ke rumah mak & makan bersama family.. kami adik beradik pakat2 utk masak menu yg berlainan.. so,senang lah keje kan.. hehe..


sebelum ni saya pernah kongsikannya di sini.. untuk kali ni saya buat resepi yang sama cuma saya tambahkan nenas dlm tin & rempah oregano.. bahan2 lain semua sama.. okeylah.. untuk yang berminat boleh ambil resepi kat link tu ya.. tq..


maaflah ye.. nak cepat sebenarnya.. xde masa nak taip panjang2.. hehe..  xpe,nanti ada masa saya akan update semula entri ni dgn resepi yg lengkap ye..


selamat tahun baru 2013..