Friday, 31 August 2012

merdeka chocolate cake

salam merdeka55 buat semua rakya malaysia.. sebenarnya,sambil saya mengarang entry sambil tgk tv.. asi ke?hehe.. mentang2lah hari ni merdeka.. semangat  patriotik tetiba "meresapi" segenap jiwa dan ragaku.. hihi.. bangga melihat rakyat malaysia yang sanggup turun ke stadium bukit jalil.. melayu.. cina .. india.. sabah.. sarawak.. kaum2 lain.. fuh.. ni baru lah 1malaysia.. syabas semuanya..






syabas jg buat anakku yg begitu bersemangat mengibarkan jalur gemilang.. sebenarnya kat tadika semalam.. adalah aktiviti buat jalur gemilang.. blk je dr sekolah, JG nya tu dia jaga elok2.. bila tgk org kat tv kibar JG dia pun lari ambil JG nya.. khusyuk btl dia melihat dan mendengar ucapan hari kemerdekaan dari PM td.. hehe.. bgs2.. harap2 semua generasi muda pada hari ini, kelak akan menjadi bakal pemimpin negara yg berjaya di dunia dan akhirat..



oklah,lain cite pulak.. sb anak buat JG kat tadika semalam.. so,blk rmh dia tnya lah kenapa mummy xbuat JG kat rmh.. huhu. xboleh nak jwb soalan tu..  so,disebabkan mummy nya xbuat JG real.. dia ada tugas khas utk saya.. hihi.. iya .. mcm gmbr kat atas tu.. fuh.. berpeluh,pening,blur.. mcm2 perasaan ada sebaik sahaja "big boss" sampaikan amanat agungnya.. 





dlm hati terfikir.. mcmana lah nak buat JG tu sedangkan sebelum ni deco kek xpnh.. setakat tuang ganache byk kali lah buat.. hehe.. give up mak hokey.. mmg xkan terlayan permintaan bos kecik tu.. tp tetiba rasa mcm hmmm.. why not.. ok.. akhirnya, seawal 8 pagi td,saya memulakan perancangan untuk merealisasikan amanat bos kecik..


saya akui mmg susah nak deco kek.. lagi2 mcm saya ni yg org kata tgn keras.. fuh.. entah brapa kali piping beg tu di tkr posisi.. di tkr tgn.. di tkr tempat.. hehe.. semuanya serba xmenjadi.. fed up btl time tu.. huh.. tp anak dtg bw JG nya.. dia suh tgk btl2 dan buat.. yelah,kononnya kenapa dia boleh buat tapi mummynya  xboleh.. yelah tu nak.. mcmlah kertas dan kek tu sama..huhu..



sebenarnya, byk insiden yg berlaku semasa proses nak siapkan kek merdeka ni.. plg teruk sb pewarna biru xde.. tu pun saya xsedar.. anak lah yg bgtau.. cekap btl anak aku bab2 ni.. berbeza dgn maknya walaupun rupa sama.. hihi.. nasib baiklah adik tlg belikan.. so,dpt jg lah meneruskan projek merdeka ni..


akhirnya.. siap jg lah kek merdeka ni.. bermula seawal 8 pagi dan diakhiri pada pukul 8 malam.. cantik time tu... lama benar buatnya ye.. muahaha.. oklah,saya stop sini dulu ye.. next entry saya akan bg resepi utk kek ni ye.. skrg korang tgk je lah ye.. hihi.. P/S.. jgn tenung lama2 sb saya akui kecomotan kek tu.. saya ni mmg xreti nak deco kek.. minat ada tp bakat tu xde.. huhu.. xpelah kan,yg penting mencuba dr xcuba langsung.. oklah.. selamat malam dan salam merdeka semua..



Thursday, 30 August 2012

nostalgia

salam petang khamis semua.. sebelum tiba detik merdeka 12 malam ni, tetiba rasa nak buat entri psl zaman persekolahan pulak.. pejam celik pejam celik dah 55 tahun negara kita yg tercinta ni merdeka.. sebut pasal angka 55 ni.. terasa juga yg angka "KU" semakin meningkat.. huhu.. dulu aku masih di bangku sekolah.. skrg anak pulak yg di bangku sekolah.. cepat sgt waktu berlalu kan..






rasanya dlm byk2 fasa dlm kehidupan kita.. alam persekolahan lah yang paling best.. lg2 sekolah menengah.. mmg seronok time tu.. sb masa tu kita baru nak jadi remaja.. baru nak kenal dunia luar.. baru nak keluar dr "kepompong".. mcm2 baru lah.. hehe.. masa tu semua kita nak cuba buat.. nak cuba jadi..






tu kisah lama.. skrg semuanya dah berubah.. dah jadi mcm org "baru".. banyak yang "lain" dari yang "sama"..  status dah "lain".. kerjaya xsama.. "lain2"..  perjalanan hidup selepas meninggalkan bangku sekolah pun ber"lain"an.. malah sekarang ni.. bentuk badan pun dah jadi "LAIN".. hehe.. tapi.. bab2 bentuk badan ni saya xnak ulas lebih lanjut ye.. mohon maaf dan jgn pksa saya bercerita ttg "NYA".. ( mcm ada yg paksa) muahaha.. bukan apa,ini soal hati dan perasaan.. xnak lah menyinggung perasaan org lain.. LAGI2 perasaan diri sendiri.. boleh gitu? hihi.. 


oklah,tutup cite psl zaman dahulu kala.. skrg kita blk kat zaman sebenar.. jadi dgn ini.. (mcm nak raya pulak dah.. suka hati lah kan.. hehe..) saya dgn  bangganya ingin mengucapkan selamat hari merdeka yg ke 55 utk mu.. "MALAYSIA" ku.. semoga sentiasa menjadi "tanah" yg "subur" dalam segala "liku" yang bakal "kau" lalui ..  MERDEKA.. MERDEKA.. MERDEKA..



 






Wednesday, 29 August 2012

it's all about freebies

nite all.. ada lebih kurang 5 minit lg sebelum tarikh 29hb ogos melabuhkan tirainya.. so,sebelum "miss TWENTY NINE" mengucapkan bye-bye dan "MR THIRTY" kata hai-hai.. tetiba  rajin pulak tgn ni nak menaip.. mengupdate entri baru lah kononnya.. tetapi.. ada tapinya ye.. "memalam" buta ni otak agak"tepu" pulak nk berfikir kan.. lg2 bila time nak mengarang ayat.. fuh.. betul2 mencabar tahap ke"cerdik"kan otak ku.. hehehe..


dulu ingat senang je nak buat entri.. tulis ini itu.. bla bla bla.. siap .. rupanya2 bila dah men"jebakkan" diri  dlm dunia blogging ni.. barulah saya tau "perwatakan" sebenar seorang blogger.. sebelum ni hanya kenal pada "watak" je skrg br tau ttg "perwatakannya" .. cakap mcm senang je kan tp perlaksanaannya tu yg payah.. so,memandangkan otak agak tepu tahap 0 darjah celcius skrg ni,saya teruskan je lah ye dgn tujuan entri kali ni.. ok?






untuk korang yg xde keje nak buat.. lg2 time boring2 tu.. boleh lah meng"google"kan diri anda mencari barang2 free.. hehehe.. semenjak dapat 1st sample free,rasa semakin bersemangat pulak diri ini meneruskan hobi baruku yg suci lagi murni ini.. muahaha..  gambar kat atas tu adalah sebahagian daripada sample2 free yg saya dapat.yg lain samada dh di guna atau telah di "silap mata"kan oleh anak saya.. 





bertuah punya budak kan..hihi.. maknya penat2 cr sample free.. dia senang2 je meng"silap mata" kan sample2 tu.. jenuh cr 1 rmh,mmg xkan jmpa.. yg akan dijumpai adalah "jejak kasih" yg ditinggalkan.. ada je kesan melekat kat lantai @ dinding.. paling kuat pun kat almari baju.. huh.. tu yg buat maknya berubah jadi hulk hogan kejap.. time tu tau pulak budak kecik tu takut ye..hihi..





sebenarnya bgs jg dapat sample ni.. bukan je sb ianya percuma tetapi kita dapat mencuba sesuatu produk sebelum kita beli.oklah tu.. sebelum kita keluar duit beli barang tu,kita dapat test sample dulu.. kalau rasa2 berkenan dan sesuai dgn kita boleh lah bli. klau terus beli dan produk tu xsesuai dgn kita bukan kah itu merupakan suatu bentuk pembaziran??? 





... nak dijadikan cerita (xda intro tetiba pulak masuk cerita kan.. sabar je lah korang yg membaca ye.. hihihi.. ) masa tu pencuci muka dh hbs.. nak  p kedai malas.. harap en suami fhm2 je lah kan.. lain di suruh lain di beli.. hehe.. tetiba .. pintu rmh berbunyi..  "tok tok tok".. rupanya  abg pos laju datang (abg ke?wkwkwk.. ) buka punya buka bungkusan tu rupa2nya  pencuci muka  yg saya request entah bila .. brand biore pulak tu... mmg brand yg kita guna..  APA???? biore??? hihihi.. iye.. saya pakai brand yg murah2 je.. bkn brand2 mahal mcm SK 2 3 4 5 tu...  JUJUR.. xmampu mak hokey.. hihi.. xpelah murah kan,yg penting ada... muahaha.. lepas lah utk 5-7 hari guna.. berbaloi kan..


so,kalau korang masih mencari2 hobi baru.. bolehlah memper"timbang balikkan" hobi saya ni.. thihi..
oklah,otak tgh bg isyarat utk tido ni.. jumpa lagi di lain entri ya.. tq..











Tuesday, 28 August 2012

chocolate chip cookies

salam dan selamat sejahtera semuanya ye.. memandangkan jari jemari ni "mogok" utk buat "OT" terpaksalah saya siapkan entri ni dgn kadar segera mengikut shif yg telah TERMAKTUB.. ingat tuannya je ke tau nak rest.. "10 beradik" ni pun tau nak rehat jg hokey.. hehe..






sebenarnya saya dh pernah buat chocolate chip ni beberapa kali tp anak dan suami xsuka pula.. so,disebabkan biskut ni tidak mendapat sambutan hangat dlm rmh,saya pun blacklist kan dia terus dr senarai cookies family.. boleh gitu? hihi..


tp bila jenjalan kat dapur kak melley mey.. fuyooooo.. mcm ada sesuatu yg memukau ku.. hehe.. disebabkan gmbar cookies kak melley yg mengancam tu,saya pun bagilah surat pelepasan blacklist kat en choc chip ni.nak bg dia peluang utk membuktikan ke"sedapannya" utk yg kesekian dan terakhir kalinya.. mungkin?








ok lah..  shif dh nak tamat ni.. kang xpasal2 "10 beradik" ni buat onar kat saya pulak.. naya jadinya nti.. hihi.. so,saya bg resepi dulu ye.. cerita en choc chip ni akan jadi siaran ter"gendala" buat sementara waktu.. ko ada?hehehe.. ok ok.. STOP.. RECIPE PLEASE!!! 


BAHAN A

  • 280 gm tepung gandum
  • 3 sudu kecil serbuk koko
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 sudu besar susu tepung
  • secubit garam


BAHAN B 
  • 250 gm mentega 
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm coklat chip
  • 100 gm kekacang ( ikut suka nak guna kacang apa)


cara2nya:

  1. ayak bahan A terlebih dahulu.
  2. pukul mentega,gula dan esen vanila sehingga kembang.
  3. masukkan kuning telur.kacau rata.
  4. kemudian masukkan bahan A sedikit demi sedikit.gaul guna tangan/spatula.
  5. setelah adunan sebati,tambahkan coklat chip dan kekacang.gaul rata.
  6. sudukan/bentukkan jadi bebola/leperkan sedikit dan letak atas dulang pembakar yg telah di alas dgn baking paper terlebih dahulu.
  7. bakar selama 15-25 minit dgn suhu 160 c-guna api atas bawah. 

nasi ayam chinese style..

salam sejahtera all... dh lunch ke?mkn apa?masak ke tapau?hehe..  memandangkan hari ni saya ada "extra energy".. so,saya pun terlebih rajin mengupdate blog... yelah,drpd tido lepas mkn,baik buat new entry kan.. kan.. hehe.. oklah,entri kali ni ditujukan khas kepada penggemar nasi ayam.. anak saya mmg suka nasi ayam.. xkira siang @ malam,pagi @ petang.. nak mkn nasi ayam je.. huhu.. disebabkan xsanggup mendengar "guruh","kilat","petir" sabung menyabung akhirnya,terpaksalah saya yg mengalah dan ikut kehendak big boss..




kalau nak ikutkan masak nasi ayam ni xdalah sesusah mana,cuma prosesnya je yg pnjang sb byk peringkat nak masak.. kena masak nasi,ayam,sup,sambal.. tp bila fikir blk sama je kalau masak lauk lain.. kena ada ayam/ikan,sayur lg.. so,pusing mana pun sama je susahnya tp xtaulah kenapa saya ni liat sgt nak buat nasi ayam selalu.. kalau masak pun mmg msk sekali utk stok mkn malam.. senang keje... hehe.. oklah,pada yg ingin mencuba nasi ayam versi ni boleh lah tgk resepi ye.






bahan2 untuk NASI:
  • 2 ketul kepak ayam - potong 3 (optional)
  • 2 pot beras (basuh,toskan airnya)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji kulit kayu manis
  • 2 biji cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 sudu makan butter
  • halia sebesar ibu jari (tumbuk lumat)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
  • 1 helai daun pandan (simpul) /serai (titik) - (optional)
  • serbuk pati ayam secukup rasa 
  • air/stok ayam (kuantiti ikut sukatan mcm msk nasi biasa) 
  • setitik dua pewarna makanan kuning


bahan2 untuk SUP:
  • daging/rangka ayam secukup kegunaan (terpulanglah nak guna banyak mana) -
  • 2 biji carrot (potong bulat) @ guna baby carrot
  • 2 biji ubi kentang (belah 4)
  • kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih & buah pelaga (secukup kegunaan-agak2 je)
  • halia sebesar ibu jari (di ketuk)
  • 2 ulas bawang putih (di ketuk)
  • 1 labu bawang merah (di hiris)
  • air 1.5 liter (kalau nak byk sup,lebihkan air)
  • garam/pati ayam secukup rasa
  • segenggam bawang goreng
  • daun bawang - hiris (suka hati nk guna byk mana)


bahan2 utk AYAM:
  • 1 ekor ayam bulat (jgn potong) 
  • five spice powder + garam (secukup kegunaan@rasa)
  • 1 biji lemon - perah airnya (kalau xde,boleh ganti dgn limau@cuka)
  • madu (secukup manis) - (kalau xde boleh gantikan dgn gula)
  • air 1 liter @ secukup kegunaan (xpyh byk sgt..) 


cara2 untuk memasak SUP:
  1. masuk bawang merah,bawang putih dan halia.tumis hga naik bau..
  2. masukkan 4 sekawan (bunga lawang,buah pelaga,kayu manis dan cengkih)- teruskan menumis.
  3. masukkan daging ayam.. kacau rata.tumis sehingga minyak dah mula keluar dr daging ayam..
  4. tambahkan kentang,kacau sekejap.
  5. masukkan air.. biarkan mendidih..
  6. setelah mendidih,tambahkan carrot & bawang goreng.kecilkan api & masak lagi sehingga kentang empuk.
  7. setelah kentang empuk,bolehlah perasakan dengan garam/serbuk pati ayam.
  8. tabur hirisan daun bawang sebelum makan.


cara2 untuk memasak NASI:
  1. panaskan periuk nasi atas dapur gas & masukkan butter.
  2. kemudian,masukkan kepak ayam.. masak seketika
  3. tambahkan bawang putih,halia,kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih & buah pelaga.tumis sehingga naik bau.
  4. masukkan beras dan goreng seketika.gaul sebati.
  5. pindahkan periuk  ke dalam rice cooker. 
  6. tambahkan stok ayam@air, daun pandan@serai, pewarna kuning dan perasakan secukupnya dgn garam@pati ayam.
  7. tutup periuk dan masak nasi seperti biasa.






cara2 untuk masak AYAM:
  1. lumur bahagian dalam ayam dengan five spice powder & garam.pastikan tos ayam terlebih dahulu sebelum memulakan proses ini.ayam xboleh terlalu basah/berair.
  2. satukan air, perahan air lemon & madu.sesuaikan rasanya & didihkan atas api sederhana.
  3. ikat tengkuk @ leher ayam dengan tali.(pastikan xda lubang kat tengkuk ayam tu sb xnak ada air yg masuk ke bahagian dlm ayam) kemudian pegang tali tersebut.. ((untuk proses ni, eloklah kalau buat kerja berdua.seorang pegang ayam,seorang siram ayam..))
  4. setelah air campuran madu & lemon mendidih,siram bahagian luar ayam dengan posisi memegang/menggantung ayam secara menegak(kepala atas kaki bawah)
  5. langkah ini penting sb xnak ada air yg masuk ke bahagian dalam ayam.hati2 tgn ketika melakukan proses ini.jgn smpai tersiram air campuran madu yg panas.
  6. pastikan bahagian dalam ayam xboleh kena air.bahagian dalam harus di lumur dengan five spice powder & garam SAHAJA> 
  7. bahagian luar pula harus di siram dgn air campuran madu.teruskan siram kulit ayam sehingga berubah warna@minyak sdh mulai keluar. 
  8. matikan api,gantung seketika ayam untuk beberapa jam @ semalaman.(malam buat esok tghari goreng) 
  9. biarkan minyak dr ayam menitik jatuh/keluar -(gantung di tempat yg bersih ye dan kalau oven ada fungsi grill yg boleh cucuk ayam tu lg bgs..)
  10. setelah itu,bolehlah menggoreng ayam dengan minyak yg banyak@goreng terendam-nak panggang dlm oven pun boleh. ikut selera masing2 lah ye.. 
  11. potong ayam ketika hendak makan. so,ikut suka lah nak hias macamana atas pinggan tu ye.kalau suka tomato@timun,bolehlah letak.br nmpak lengkap gitu hidangan nasi ayam nya.



fuh,panjang betul pulak resepi kali ni kan.. penangan "extra energy" ni..hehe.. k lah,saya stop di sini dulu ye,kalau ada bahasa yg berbelit2 sehingga menyukarkan korang fhm,maaflah ye.. biasalah,klau dah pnjang bgni,msti ada kesilapan.. oklah,penat dan mengantuk dah ni.. zzzz dulu ye.. bye..







homemade chocolate

morning all.. entri hari ni bersiaran di awal pg... almaklumlah mood rajin dtg tanpa di duga... hehe..  kali ni nak story psl homemade chocolate pula.. rasanya skrg ni,semua org dah tau buat homemade chocolate kan.. kalau tgk resepi,hampir sama je kesemuanya.. so,kalau ada yg berminat nak cuba buat tu,boleh lah guna khidmat en.google.. banyak resepi yg ada,tinggal pilih je yg mana berkenan.. 


masa cuti raya baru2 ni,saya manfaatkanlah utk buat coklat dgn anak.. bila sebut je bab2 comot,coklat,manis.. fhm2 je lah kan mcmana gelagat budak2.. meja.. dapur.. baju.. tangan semua kotor.. pendek kata,hampir 1 rumah kotor.. lg2 berlari sana sini,tgn calit sana calit sini.. fuh,mmg kekotoran yg amat luar biasa.. elok2 kerja boleh siap 15minit,akhirnya jd 60 minit.. tu br sorang,klau 3-4org xdapat nak bayangkan.. fuh,terlebih "vitamin" pula saya kali ni.. panjang berjela ayat.hehe.. oklah,utk yg gemarkan resepi simple mcm saya ni,bolehlah teruskan membaca ye..




bahan asas utk buat coklat mestilah coklat kan.hehe.. so,sediakan lah coklat kompaun secukupnya.. gunalah mana2 jenama coklat yg korang suka.. biasa saya guna Beryl's tp kali ni saya guna jenama LE BOURNE pulak.. 250gm dark chocolate + 250gm milk chocolate compound.. potong kecil2 dulu lah ye coklat tu supaya mudah cair.. tapi kalau xnak mix pun boleh.. kalau xsuka dark choc bolehlah guna milk choc sahaja.. 

didhkan air dahulu.. lepas air dah mendidih,terus matikan api & letak bekas yg berisi coklat di atas bekas air yg mendidih tadi.. kacau hingga coklat cair sepenuhnya.. tapi pastikan bekas & peralatan yg digunakan dlm keadaan kering.. kalau boleh bekas yg kita guna utk didihkan air tu kena sama besar dgn bekas coklat.. jadi xdelah wap@air terpercik masuk ke dlm campuran coklat td..

adei,berbelit2 pulak bahasa ni kan..hehe..xpe,kalau xfhm komen je kat bawah,nti saya explain mana yg xfhm ye.. okey,ada resepi yang letak cocoa butter.. ada yg letak shortening.. ada jg yg letak butter biasa.. terpulanglah ye.. saya xletak pun.. biar kurang sikit kalori tu.. hehe..





ok.. dalam ayat "pastikan2" di atas tu.. hehe.. kena pastikan juga yang korang ada chocolate mould ya.. yelah,kalau xda cmna nak buat coklat kan.. so,lepas coklat tu cair sepenuhnya,bolehlah masukkan dalam acuan coklat mcm dlm gambar di bawah.. pastikan choc mould dlm keadaan kering ye..





korang gunalah bentuk apa yg korang suka.. xda yg marah pun..hihi.. hentak2 sikit acuan tu bagi rata permukaannya.. lepas tu bolehlah masukkan ke dalam peti sejuk sampai coklat mengeras..

                                                              
                                                                         DAN INILAH HASILNYA.... 

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  





senang je kan.. buat dgn anak lagi lah best.. walaupun menguji kesabaran dengan ke'comotan' yg di buat tp seronok sb dapat buat aktiviti berfaedah dgn anak.. so,apalagi.. ibu.. mummy.. umi.. mama sekalian.. kalau free sabtu ni bolehlah buat.. ajak anak2 sekali ye.. oklah,stop di sini dulu ya.. jari pun dah lenguh.. otak pun dah buntu xtau nak tulis apa lg... ok.. tata titi tutu.. hihi..







cream cheese swiss roll

holla.. hari ni baru ada kesempatan utk buat entri.. sibuk sb anak dh start sekolah kan.. hmm.. ok lah,malas nk tekan keyboard lama2,so terus je lah tulis psl resepi swiss roll ni ye.. resepi ni saya ambil dr evelyn gemina  cuma saya ubah sikit "part" filling tu.. resepi asal evelyn menggunakan cream cheese DI SINI sebagai filling,tetapi saya menggantikannya dgn fresh cream.. maaf ye evelyn.. dan izinkan pula saya berkongsi resepi ni kat sini ya.. tq..





 BAHAN A 
- 60g susu segar
- 50g cream cheese

BAHAN B
- 25g minyak jagung

BAHAN C
- 65g tepung superfine (ayak)

BAHAN D
- 6 biji "kuning" telur
- 8g gula kastor
- secubit garam

BAHAN E
- 3 biji "putih telur
- 55g gula kastor
* pukul telur hga berbuih,masukkan gula dan pukul lg hga bertanduk.

BAHAN F
- 150ml fresh cream
 (pukul guna mixer sehingga bertanduk)


caranya:

  •  Masak bahan A secara double boiler sehingga cheese cair. Matikan api, masukkan bahan B, gaul sebati
  • masukkan bahan C dan gaul lagi.
  • masukkan pula bahan D sedikit demi sedikit,gaul hingga sebati.
  • kemudian,ambil separuh dari bahan E dan masukkan ke dalam adunan cheese.
  • kaup balik perlahan-lahan.ulang sehingga bahan E habis.
  • tuang adunan ke dalam loyang segiempat (12x12cm) yang telah digris dan di alas dengan baking paper.
  • ratakan permukaan adunan kek dan bakar pada suhu 160 c selama 10-15minit.
  • setelah kek masak,terbalikkan atas wire rack  yg telah di alaskan dgn baking paper.
  • setelah kek sejuk,sapukan F di atas permukaan kek.
  • gulung perlahan2 dan sejukkan di dalam peti sejuk sebelum di potong.















Saturday, 25 August 2012

ayam sambal KFC..

sempena bulan yg mulia ni,kita di seru supaya berjimat cermat.. elakkan pembaziran.. so,entri kali ni saya akan patuhi arahan.. hehe.. "guna-pakai" bahan sedia ada utk dijadikan satu hidangan.. biasanya bila bli kfc mesti mkn xhbs.. ada je yg berbaki.. nak buang sayang,nak goreng/grill semula rasanya dah "kureng" sikit (itu ikut tekak saya,org lain xtau lah).. so,kalau ada ayam kfc semalam yg xhbs mkn,biasanya,saya akan buat "ayam sambal kfc"..


bila masak semula baki ayam kfc yg ada,bukan saja dapat elakkan pembaziran,malah selera pun turut menjadi2(pantang di cabar).. hehe.. lg2 lps masak ayam,terus mkn dgn nasi panas2.. fuh.. mau 2 pinggan juga lah jawabnya.. muahaha.. xpalah kan,asal kenyang.oklah,tgk resepi nya pulak ye..




bahan2nya:
=1 @ 2 ketul ayam kfc (potong ikut suka nak besar mana)
=1 labu bawang merah (hiris bulat)
=1 ulas bawang putih (hiris halus)
=2 sudu makan cili kisar/sambal buatan sendiri
=1 sudu makan sos cili/tomato (ikut suka)
=1 tangkai cili merah (hiris halus)
=1 tangkai daun bawang (hiris halus)
=garam/serbuk pati ayam secukup rasa
=sedikit minyak utk menumis
=sedikit air

cara2nya:
1) panaskan minyak,tumis bawang putih,masukkan separuh bawang merah.tumis hga naik bau.
2) masukkan cili kisar.masak sehingga pecah minyak.tambahkan sos cili & sedikit air.gaul sebati.
3) masukkan pula ayam & perasakan dgn garam/pati ayam secukup rasa.masak sehingga kuah pekat.
4) akhir sekali,masukkan baki bawang merah,hirisan daun bawang dan cili merah.gaul rata.
5) tutup api.siap.



Friday, 24 August 2012

Today Is The Day..

fuh..lega sb akhirnya dah ada blog sendiri.sebenarnya dah lama plan nak buat blog, tp ada je penghalangnya.. betullah kata pepatah,"hendak seribu daya,xhendak seribu dalih".. hehe.. so,hari ni,aku pun mulalah merajinkan diri,mengerahkan segala kudrat yg ada (ceh,overlah pulak bhs kan.. hihi).. dgn semangat waja,aku nekad utk menyiapkan blog yg dah lama ter"bengkalai" ni.. xda alasan dah..kena buat hari ni jg.. akhirnya.. THIS IS THE DAY.. yahoo.. syabas "bette"..  syabas.. hehe..





sebelum tuan tanah melencong lbh jauh,baiklah kiranya bermuhasabah diri sebentar(huahuahua.. mood sopan gitu).. sebenarnya niat utk buat blog ni sekadar suka2.yelah,utk suri rmh sepenuh masa ni,rasanya perlu lah ada "sesuatu" untuk mengisi masa lapang selain kerja2 rmh yg mmg xkan hbs2nya.. drpd ber"skandal mendel" bgs buat blog.hehe..


so,blog ni utk borak2 kosong.. santai2 je.. bila tension tgk pinggan mangkuk kat dapur,bolehlah hadap blog sekejap.hihi.. kat blog ni saya lbh ber"cerita" pada rutin harian seorg ibu.. kerenah anak.. dan plg utama utk berkongsi resepi.. kongsi resepi yg dimaksudkan disini bknlah resepi mewah,cun,marvellous mcm dlm TOP CHEF tu..(sedar diri jg saya ye..hihi).. tp resepi yg saya maksudkan ialah resepi simple yg mmg dimasak oleh seorg ibu.senang cite.. apa yg kuar dr dpur rmh saya,apa yg family saya mkn.. tu lah yg akan saya kongsikan.. so,xpyhlah kita perah otak cmna nak hias pinggan tu.. tu pun klau yg mmg xda bakat bglah masa 1 hari suntuk pun,mmg xkan cantik jg kejadian pinggan tu..hehe.. so,kita enjoy2 je kongsi resepi ye..


rasanya cukuplah sesi pengenalan ni berhenti di sini.memandangkan saya pun baru berjinak2 dlm dunia blogging,pastinya terdapat byk kekurangan.jadi,harapan saya agar segala salah dan silap harap dimaafkan ye..




Japanese Egg Tofu with Minced chicken Recipe

sebelum bercerita lbh lanjut ttg entri kali ni,terlebih dahulu saya ucapkan selamat sejahtera utk semua.. ok,resepi "sulung" yg akan saya kongsikan kali ini adalah "Japanese Egg Tofu with Minced chicken".. 

resepi ni mmg senang nak buat.. masa penyediaannya pun xlama.. time2 hujan begini,dgn mood berat tulang,anak pulak asyik ckp nak mkn.. nk mkn.. elok sesangatlah buat resepi ni.. xpelah,at least dgn mood "berat tulang" pun dapur tetap berasap.. hehe..oklah,mls nak cite byk.. jom kita tgk resepinya ye..




bahan2nya:
=140g / 1pack japanese egg tofu
=50g daging ayam kisar
=6 kuntum cendawan shitake (potong dadu)
=1 tangkai cili merah (hiris halus)
=2 tangkai daun bawang (hiris halus)
=2 ulas bawang putih (tumbuk/cincang lumat)
=1 sudu makan sos tiram
=1/2 sudu teh kicap pekat
=1 sudu teh tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
=50ml air @ secukup kegunaan
=serbuk pati ayam (secukup rasa)
=minyak untuk menumis


cara2nya:
1) potong tofu kepada beberapa bahagian-basuh-toskan-stim@kukus 3-5minit.ketepikan.
  *kalau xnak kukus,boleh lah goreng tofu terlebih dahulu.
2) panaskn minyak,masukkn bawang putih,daging ayam kisar & cendawan.tumis sehingga naik bau.
3) tambahkan sos tiram & kicap pekat.gaul sebati & tambahkan air.biarkan seketika.
4) pekatkan kuah dgn bancuhan tepung jagung & perasakan dgn serbuk pati ayam secukupnya.
5) setelah kuah agak pekat,masukkan hirisan daun bawang & cili merah.gaul rata dan tutup api.
6) susun tofu atas pinggan dan tuang kuah keatasnya.. sedia untuk dihidangkan.