Sunday, 14 October 2012

resepi donut..

selamat berhujung minggu semua.. apa aktiviti hari ni? saya dok umah je dgn anak.. suami keje.. so,tgl berdua dgn anak ni mula lah main masak2.. main deco2.. main makan2.. hehe.. tp budak lelaki biasalah.. xpandang semua tu.. yg dia tau nak "ngap" je lps masak.. tlg xnak.. huhu.. 




sebenarnya plan nak rest cukup2 hari ni tp anak bangun awal lah pulak.. lps tu dah pukul 4.30ptg xnak tido siang.. cmna maknya nak tido?terpaksalah masuk dapur.. selongkar ini itu tgk bleh buat apa utk minum petang.. 




so,inilah hasilnya.. donut gebuss .. sumber myresipi dan kak chah no.one merupakan pemilik resepi ini.. mohon share di sini pulak ye kak chah.. terima kasih..


RESEPI = DONUT GEBUSS
RESEPI OLEH = KAK CHAH NO.ONE
SUMBER = MYRESEPI

BAHAN2NYA (menghasilkan +- 25biji donut saiz sederhana)
  • 500gm tepung gandum
  • 1 1/2 biji telur
  • 5 sudu makan susu cair
  • 3 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 2 1/2 sudu makan lemak sayur @ shortening
  • 2 1/2 sudu kecil yis mauripan
  • 2 1/2 sudu kecil double action baking powder
  • 1 cawan air suam (masuk sedikit-sedikit, tambah dan kurangkan ikut keadaan) 

CARA2NYA:
 Campur semua bahan kecuali air & telur - Gaul hga semua bahan sebati dgn tepung. 


 Pukul telur sedikit (guna garfu je). Tuangkan dalam adunan. 


 Masukkan air sedikit demi sedikit..


 uli menjadi doh yang lembut..
(Adunan yang terbaik adalah adunan yg masih melekit2 kat tangan..)


 Tutup adunan dengan plastik - biarkan selama 40 minit..



Tumbuk2 adunan untuk keluarkan angin (ketika ini adunan dah tak melekit kat tangan dah). 


 Bahagikan kepada 25 bahagian @ ikut suka nak besar @ kecil. Bulat2kan. 


 Tabur sedit tepung gandum pada permukaan talam/loyang - Susun adunan@doh. jarak2 sedikit. Tutup dgn plastik - biarkan sehingga naik 2 kali ganda. (lebih kurang 1 jam ikut suhu kt tempat masing2 ye) 


 Apabila adunan dah naik. Panaskan minyak yang banyak..
 Buat lubang ditengah-tengah adunan sebelum di angkat & digoreng (kena ade skill nih) 
 Minyak mestilah sederhana kepanasannya.. Donut akan bewarna cerah tetapi masak didalamnya.

 saya buat guna tgn & penerap donut tp tetap xkemas sb xde skill.. hehe



Tabur donut dengan gula pasir yang dimesin halus. (Tak perlu halus sangat ya..)
saya cairkan chocolate compound.. celup permukaan donut.. tabur dgn kacang tanah, hirisan badam,chocolate chip dan gula manik..


 dah siap pun.. selamat mencuba..


 

Saturday, 13 October 2012

homemade pizza

hallu.. selamat bersiaran kembali.. dah masuk hari sabtu.. biasalah kalau sabtu anak2 cuti sekolah kan.. so,bila anak cuti.. mcm2lah permintaan yg dorang nak kan.. utk puaskan hati anak.. dan kita pun nak keje yg senang.. jom kita buat pizza.. dijamin kenyang.. hehe..




resepi ni saya ambil dari myresepi dan tulip77 merupakan pemilik resepi pizza ini.. terima kasih dan saya mohon utk share di sini pula ye tulip77.. tq..




RESEPI = HOMEMADE PIZZA
SUMBER = MYRESEPI
RUJUKAN = TULIP77


BAHAN2NYA (DOH):
  • 200g @ 2 cawan tepung gandum
  • 20g @ 2 st yis segera
  • 3g @ 1/2 st garam
  • 5g @ 1 st gula
  • 10g @ 2sb minyak sayuran / minyak zaitun
  • 1/2 cwn air suam untuk menguli 

 BAHAN2NYA (SOS PIZZA)
  • 1 labu bawang besar - cincang halus
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus 
  • sedikit daging ayam kisar@cincang - saya tambah
  • 2 biji tomato - cincang halus
  • 2 sb minyak masak
  • 3 sb tomato puri - saya xletak
  • 2 sb sos tomato- saya letak 1 sb sos tomato & 1 sb sos cili
  • 3/4 st gula- saya xletak
  • 1 st oregano- saya xletak
  • garam secukup rasa - saya guna pati ayam tumix
* Tumis bawang hingga naik bau.. Masuk bahan2 yang lain.. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar. 


BAHAN2NYA (TOPPING)
  • Udang
  • sosej
  • daging ayam @ daging lembu 
  • Lada benggala hijau @ merah, 
  • tomato
  • Cendawan butang
  • bawang besar
  • nenas
  • Keju untuk pizza - saya guna gouda cheese
*xperlu bubuh semua.. letak apa yg ada kat dapur je.. TETAPI  keju penting ye..  
* saya letak - tomato.. bawang besar .. sosej & keju je.. 


CARA2NYA (DOH)
  1. Campur tepung gandum, yis, garam, gula & minyak dlm mangkuk besar.. Gaul rata. 
  2. Masuk air suam sikit2 & uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
  3. Sukatan air bergantung pada tepung gandum yg digunakan - agak2 supaya doh tidak melekat di tangan.
  4.  Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
  5. Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
  6. Minyakkan acuan pizza @ loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. 
  7. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar lbh kurang 10minit supaya kembang sedikit.
  8. Cucuk adunan dengan garpu supaya tidak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza - selepas cucuk dgn garpu saya bakar sekejap doh pizza di dalam oven utk beberapa minit.. lps tu baru sapu dgn sos pizza..
  9. Parutkan 1/3 keju.. Taburkan pula sayur,daging @ ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. 
  10. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
  11. Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree@ikut oven masing2 ye. saya 180c selama 15minit sb saya dah bakar doh sekejap pd proses awal td..



 hmmm.. rasanya semua kanak2 suka pizza kan.. mungkin bukan semua tapi kebanyakkannya.. so.. para ibu kena lah rajin buat ye.. hehe.. lagi2 time budak2 cuti sekolah.. tentu diorang happy kan..

 

oklah.. entri setakat ini sahaja ye.. selamat mencuba..



Friday, 12 October 2012

cheezy sausage bun



malam semua.. malam2 ni xboleh nak tido lah pulak.. haish.. so,drpd dok pusing sana pusing sini ada baiknya masuk dapur.. yup.. makin menjadi2 lah berat bdn ni nti kan.. hmm.. xpelah bkn selalu.. kerap jer.. hihihi.. 




ni semua gara2 "cheezy sausage bunevelyn gemina lah tu.. asyik terbayang2 jak.. hehe.. so,drpd dok terbayang baik realisasikannya kan.. kebetulan nak hbskan stok cheese yg dah agak lama terperam dlm peti sejuk tu.. jadi.. termulai lah babak cheezy sausage bun ni di dapur rumah ku.. mohon share di sini pulak ye evelyn.. tq..





 RESEPI = CHEEZY SAUSAGE BUN
SUMBER = EVELYN GEMINA


BAHAN2 UTK DOH:  
  • 250g hign protein flour
  •  50g gula aising
  •  1/2 sk garam  
  •  1/4 sk bread improver  
  • 1/4 sk bread softener  
  • 30g telur (pukul sedikit & timbang) 
  • 6g yis segera
  •  10g susu tepung 
  • 125ml air suam
  •  20g mentega

INTI:
  • 10 batang sosej (rebus sekejap & sejukkan) - saya keluarkan dr peti sejuk awal2 supaya xde ais dan celur dlm air panas je..

TOPPING:
  • Mayonnaise 
  • Parutan cheddar cheese
  • Dried thyme

CARA2NYA:
  1. Satukan yis & air suam, kacau hingga larut & ketepikan. Biarkan hingga berbuih. 
  2. Kemudian, satukan bahan2 yang lain. Tuang sedikit demi sedikit campuran yis tadi, gaul dan masukkan pula mentega. 
  3. Uli hingga doh menjadi anjal. Tutup dengan plastik wraper & biarkan kembang selama 45 minit.
  4. Bila doh sudah kembang, keluarkan & tumbuk doh untuk mengeluarkan udara.
  5. Bahagikan doh kepada 10 bahagian (50g setiap satu).

Canai memanjang & letakkan sosej di tengah2 
*update 19/02/2013 - sosej letak kat tepi @ hujung doh ye..


balut sosej tadi..


Kemudian kerat atasnya kepada 8 bahagian (jangan sampai putus)..


Tolak keluar setiap keratan berselang seli & tekan sedikit supaya kemas..


buat sampai habis kesemua keratan.. 
*update 19/02/2013 - rapat2kan kedudukan setiap keratan- yg dlm gambar tu xrapat.. so,haslinya pun kurang kemas (ni tips dr kwn yg pernah kerja kat kedai bakeri )..


Letak atas dulang pembakar (alaskan dengan wax paper atau griskan dengan mentega) - saya buat semua proses atas papan pencanai.. siap baru alihkan ke dulang pembakar.

 Sapukan rata atasnya dengan baki telur (30g) tadi..


 Paipkan mayonnaise, taburkan thyme.. (xde thyme.. saya gantikan dgn daun kari.. hihi.. masuk daun kari kejap dlm oven yg telah dipanaskan.. lps tu baru potong halus2  sebelum tabur atas bun)


akhiri dengan parutan cheddar cheese..

 Bakar pada suhu 160 C selama 15 - 20 minit (ikut kepanasan oven anda). Bila sudah masak, biarkan sejuk baru di alihkan.


sungguh xkemas hasilnya kan.. hihihi.. xpelah,masuk perut sendiri juga.. lagipun ni 1st time buat bun yg ada bentuk2 ni.. bolehlah asal kenyang kan.. 



oklah,terlebih kenyang sudah ni.. masa utk tidur.. selamat malam semua..
 

Thursday, 11 October 2012

nasi goreng paprik

salam petang khamis semua.. bila menjelangnya petang.. mula lah badan ni malas nak ber"aktiviti" kan. hehe.. tp, nak xnak kena jg buat kerja.. no choice lah katakan.. so,layan je lah kerja2 tu ye.. oklah, biasa kalau angin "M" dah "menyelinap" masuk dlm ruang2 anggota badan ku ini.. otak mula lah nak cr kerja yg plg simple dan cepat utk dibuat.. lg2 bab2 masak ni.. hehe..  

apa lagi calon menu yg plg simple dan mudah kalau bukan nasi goreng kan.. hihi.. so, kali ni saya share resepi NASI GORENG PAPRIK ye.. nasi goreng + lauk + kuah.. complete meal dgn hanya 1 hidangan.. jimat masa dan tenaga gitu.. hihi..





oklah.. resepi ni saya ambil dari dapur paksu corner.. sebenarnya resepi asal paksu adalah resepi "nasi goreng paprik ayam".. tetapi saya ubah sikit nama tajuk tu menjadi "nasi goreng paprik" sebab saya tidak menggunakan daging ayam.. bukan xnak guna tp xde stok.. hehe.. so,saya mohon share di sini pulak ye paksu.. terima kasih..

 
RESEPI = NASI GORENG PAPRIK
SUMBER = RESTORAN PAKSU CORNER

 
BAHAN2 UTK NASI GORENG:
  • nasi putih secukupnya - anggaran utk 2org mkn
  • 1/4 labu bwg besar - dimayang sedikit
  • 1/2 sudu serbuk pati ayam @ secukup rasa
  • 2 sudu minyak utk menumis @ secukup kegunaan
  • 50 gm cili kering (di kisar)

CARA2NYA:
  1. Panaskan minyak.. tumis bawang sehingga wangi..
  2. masukkan cili kering.. tumis seketika kemudian masukkan nasi
  3. perasakan dengan serbuk pati ayam (tanpa MSG)- saya guna pati ayam tumix je..
  4. kacau rata dan goreng nasi seperti biasa.. matikan api - ketepikan.



BAHAN2 UTK PAPRIK AYAM:

  • Daging ayam secukupnya (dipotong kecil)- saya xletak
  • Sotong /udang (Jika ada) - saya letak kedua2nya
  • 2 ulas bwg putih - dicincang
  • 1 ulas bwg merah - dicincang
  • 2-3 biji cili api - dipotong - saya xletak
  • 1/4 labu bwg besar - dipotong
  • 3 Batang Kacang panjang - dipotong
  • 1 lobak merah - dipotong
  • 50gram bunga kobis - saya xletak
  • 2 helai daun limau purut- saya xletak
  • 1 Sudu Bancuhan Tepung Jagung
  • 2-3 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili/tomato
  • Garam dan gula serta minyak utk menumis


    CARA2NYA:

    1. Panaskan minyak..  tumis bawang & cili api hingga wangi.
    2. Masukkan ayam/ sotong/udang - goreng sampai masak
    3. Masukkan sos.. cili giling & sayuran seperti kacang panjang, bunga kobis, carrot.
    4. Masukkan daun limau purut
    5. Tambah sedikit air jika ingin berkuah - saya letak air
    6. Masukkan bancuhan tepung jagung.. kacau rata.
    7. Masukkan garam & gula secukup rasa.. masak hga semua bahan masak-matikan api.
    8. Hidang bersama nasi goreng yang telah disediakan - saya tabur sedikit bawang goreng





       dah siap.. mudah je kan.. yg bestnya bila buat nasi goreng paprik ni.. kita bukan sahaja dpt menjimatkan masa tp bahan2 yg digunakan pun kita boleh "adjust" mengikut bahan2 yg ada di dapur tanpa menjejaskan rasa sebenarnya.. 

       
      okeylah.. dah nak masuk time mkn malam dah ni.. korang masak yang sedap2 utk family masing2 ye.. hehe.. utk para ibu.. selamat menjalankan rutin harian ye.. 
      

Wednesday, 10 October 2012

butter cake

hello semua.. sihat ke?harapnya semua sihat hendaknya ye.. oklah.. entri kali ni nak cite psl butter cake.. butter cake ni bila saya mkn teringat pula zaman kecik2 kat kg dulu.. yelah zaman dulu xde nya kek2 canggih manggi mcm skrg ni.. hehe.. yg pasti dlm senarai "top" cake xlain xbukan.. butter cake kan.. 


 ingat lg masa kecik,bila mak msk atas dapur gas (guna oven gas tu).. harum je bau butter tu kan.. xsabar nak tgu masak.. makan panas2 sejurus kuar dr oven "antik" tu.. walla.. mmg best.. hehe.. masa tu,konon2 feeling mkn butter kek tu mcm mkn cheese cake lah skrg ni.. hihi..


okeylah.. sebenarnya resepi ni sumbernya dr mana pun saya dah xtau sb dulu ambik resepi main tulis je kat buku. xdenya nak copy paste.. buku ni pulak dah lama.. dah lunyai anak kejekan.. buat main koyak2.. xsilap 2-3thn lepas.. bila cari buku ni xjumpa2 pulak.. entah mcmna mgu lepas anak dok "bongkar2" brg terjumpa pulak buku ni.. punyalah happy.. mcm jumpa harta karun.. buku antik lah katakan.. hehe.. mcm2 resepi yang saya dah tulis kat dlm tu..




sebenar2nya lagi.. resepi asal (menurut apa yg saya tulis dlm buku tu lah ye) resepi ni di bakar menggunakan paper cup & berinti cheese.. tapi saya dah olah menjadi butter cake biasa dgn guna loyang bulat.. dan tidak meletakkan cheese sbg filling.. maaf sb menderhaka ye pemilik resepi asal sb saya dah tukar sikit mengikut citarasa family saya.. mohon share di sini pulak ye..

okey.. resepi yang saya tulis di bawah ni merupakan resepi yang saya sudah "olah" ye.. maksudnya setelah menge"tepi"kan bahan@filling dari resepi asal.. maka resepi dan sukatan ni lah yg saya guna pakai untuk buat butter kek seperti gambar di atas.. jom kita tengok bahan2nya..

bahan2nya:
  • 200gm tepung superfine @ gandum
  • 150gm gula kastor
  • 150gm butter lembut 
  • 2 teaspoon baking powder
  • 2 biji telur gred A (dipukul)

cara2nya:
 satukan tepung dan baking powder - ayak - ketepikan..


satukan juga butter dan gula..


pukul hingga kembang..


 kemudian,masukkan telur sedikit demi sedikit..


teruskan pukul adunan hingga sebati & gula larut.. kemudian bolehlah offkan mixer..


 tambahkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau dgn spatula hingga rata..
 

 sediakan loyang 8" - lapik dgn baking paper dan tuang adunan ke dlm loyang.. bakar dgn suhu 170c selama 40minit @ sehingga masak (ikut oven masing2 ye)..


 fresh from oven.. dah siap pun.. 


terpulanglah nak mkn ketika kek msh suam atau sejuk.. oklah,selamat mencuba utk yang berminat ye.. 



Tuesday, 9 October 2012

air jimmy asmara aka fanta hijau

hola.. apa khabar semua? sihat ke? cuaca bagaimana?hmm.. kalau di puchong ni cuaca agak panas lah.. rimas rasanya.. hehe.. so,kalau dah cuaca panas begini sesuai sgtlah kalau "manja"kan tekak dgn minuman sejuk kan.. maka entri kali ni berkisar ttg perihal "air jimmy asmara " aka fanta hijau..  kurang pasti juga kenapa nama air ni begini.. hehe.. tp saya ikut je lah kan .. sbg tanda menghormati kak ann  sbg empunya resepi.. mohon syer kat sini pulak ye kak ann.. tq..





resepi = air jimmy asmara aka fanta hijau
sumber = myresepi
resepi oleh = kak ann

bahan2nya (1 jug @ 4-6 org) :
  • 4 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu besar oren sunquick
  • 1 sudu kecil esen pisang 
  • pewarna hijau beberapa titik
  • air masak putih secukupnya
  • ais batu secukupnya
  • sedikit air ice cream soda (saya tambah sendir) = OPTIONAL
* tambah@ kurangkan mana2 bahan ikut selera masing2 tapi oren jangan terlebih takut tak menjadi. 


cara2nya:
 masukkan gula dalam jug. Larutkan gula dengan sedikit air panas- saya buat dlm beberapa gelas sekaligus.. saya xlarutkan dgn air pns pun.. malas.. hehe.


masukkan esen pisang..


tambahkan oren sunquick..


tambahkan air masak.. dan sedikit air aiskrim soda..


last sekali baru masukkan ais batu..


kacau hingga gula larut..



siap untuk diminum..





Monday, 8 October 2012

ayam goreng rangup ala kfc

selamat tengahari semua.. sudah lunch ke? mkn apa? hehe.. oklah utk entri kali ni saya nak share resepi ayam goreng kegemaran family saya.. setelah berkali2 mencuba dan kecundang.. akhirnya ter"jumpa" lah sdh satu resepi ayam goreng yg betul2 menepati selera family saya.. resepi ni saya dapat dr kongsimasakan.blogspot.com  dan  en. HAIRUL merupakan pemilik blog tersebut manakala KAK RAJA merupakan puan empunya resepi.. kalau nak tgk resepi asal klik sini .. mohon syer di sini pulak ye en. hairul dan kak raja.. tq..




resepi = ayam goreng rangup ala kfc
sumber = kongsimasakan.blogspot.com 
resepi oleh = kak raja

 bahan2nya:
  • 1/2 ekor ayam - potong & bersihkan
  • 2 cup tepung kentucky (yg dijual kat pasaraya tu)
  • 1 cup breadcrumbs (kalau xde,toast 3keping roti dan blend)
  • 2 sb jus lemon
  • 3 biji telur
  • garam secukup rasa
  • serbuk lada putih secukup kegunaan
  • cili serbuk (flakes)

cara2nya:
  1. gaul ayam dgn jus lemon.. garam.. serbuk lada putih.. SEBIJI telur & 1/2 cup tepung kentucky.
  2. perap dlm peti sejuk selama 1 jam.
  3. sediakan 3 mangkuk/bekas yg berbeza.. masing2 utk baki tepung kentucky 1 1/2 cup (drpd 2cup selepas 1/2 cup di gaul utk perapan).. 2 biji telur (drpd 3biji).. dan 1 cup breadcrumbs yg telah dicampurkan dgn cili flakes..
  4. ambil seketul ayam,lumur dengan tepung kentucky dan kepal kuat2 supaya tepung xtanggal..
  5. kemudian celup ke dlm bancuhan telur & golek2an di dlm mangkuk yg berisi breadcrumbs & cili flakes.
  6. terus goreng dlm minyak yg banyak (deep frying) dan pastikan minyak betul2 panas (kalau ada pressure cooker dlm 20minit ayam dh garing).
  7. bila ayam dah mula perang.. tutup kuali dengan penutup.. kecilkan api.
  8. goreng sehingga ayam masak.. biar ayam benar2 masak baru angkat dan toskan minyak.