Monday 24 September 2012

slice cheesecake..


 salam petang isnin semua.. menu apa utk minum petang ni?? okey.. kalau xde idea bolehlah cuba resepi slice cheesecake ni.. bagi saya secara personal lah ye.. kek ni mmg sedap.. lembut.. gebu.. mmg puas hati.. resepi ni saya ambil dari blog kak zai.. mohon syer kat sini pulak ye kak zai.. tq.. kalau nak tgk resepi asal klik kat SINI  ye..



RESEPI = SLICE CHEESE CAKE
SUMBER = K. ZAI

BAHAN2NYA:
  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70g butter @ marjerin - saya guna buttercup
  • 70g tepung gandum (ayak) - saya guna tepung superfine
  • 70g gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

CARA2NYA:

   potong cheese kecil2.. campurkan dengan susu segar.. masak atas api yang perlahan sehingga cheese cair.. pastikan sentiasa kacau ye.. kemudian,masukkan butter.. kacau sehingga butter larut.. matikan api dan sejukkan sebentar..


sementara tu ayak tepung dan ketepikan.. asingkan putih dan kuning telur.. 
satukan PUTIH telur dan gula.. pukul sehingga menjadi meringue..



dalam bekas lain.. pukul KUNING telur sehingga kembang.. 
kemudian,masukkan ke dalam adunan cheese tadi.. tambahkan tepung sedikit demi sedikit
 dan terus pukul sehingga adunan tidak berketul.. lepas tu bolehlah off kan mixer..

 
akhir sekali, campurkan meringue ke dalam adunan cheese.. tambahkan juga beberapa titik esen vanila.. kaup balik sehingga adunan sebati.. masuk dalam loyang 20cm yang telah di gris dgn sedikit butter dan alas dgn baking paper.. 

 bakar dalam oven 170 c selama 20 minit dan TURUNKAN suhu ke 140 c selama 40 minit.. letak sedikit air di bawah dulang pembakar (bain marie) untuk dapatkan kek yang elok teksturnya..


 fresh from oven..


 terpulanglah nak makan suam2 or masuk dalam peti sejuk dulu.. ikut selera masing2 lah ye.. kalau saya suka makan ketika kek msh suam.. oklah entri stop di sini dulu ye.. selamat mencuba untuk yang berminat..


No comments: