Saturday, 25 August 2012

ayam sambal KFC..

sempena bulan yg mulia ni,kita di seru supaya berjimat cermat.. elakkan pembaziran.. so,entri kali ni saya akan patuhi arahan.. hehe.. "guna-pakai" bahan sedia ada utk dijadikan satu hidangan.. biasanya bila bli kfc mesti mkn xhbs.. ada je yg berbaki.. nak buang sayang,nak goreng/grill semula rasanya dah "kureng" sikit (itu ikut tekak saya,org lain xtau lah).. so,kalau ada ayam kfc semalam yg xhbs mkn,biasanya,saya akan buat "ayam sambal kfc"..


bila masak semula baki ayam kfc yg ada,bukan saja dapat elakkan pembaziran,malah selera pun turut menjadi2(pantang di cabar).. hehe.. lg2 lps masak ayam,terus mkn dgn nasi panas2.. fuh.. mau 2 pinggan juga lah jawabnya.. muahaha.. xpalah kan,asal kenyang.oklah,tgk resepi nya pulak ye..




bahan2nya:
=1 @ 2 ketul ayam kfc (potong ikut suka nak besar mana)
=1 labu bawang merah (hiris bulat)
=1 ulas bawang putih (hiris halus)
=2 sudu makan cili kisar/sambal buatan sendiri
=1 sudu makan sos cili/tomato (ikut suka)
=1 tangkai cili merah (hiris halus)
=1 tangkai daun bawang (hiris halus)
=garam/serbuk pati ayam secukup rasa
=sedikit minyak utk menumis
=sedikit air

cara2nya:
1) panaskan minyak,tumis bawang putih,masukkan separuh bawang merah.tumis hga naik bau.
2) masukkan cili kisar.masak sehingga pecah minyak.tambahkan sos cili & sedikit air.gaul sebati.
3) masukkan pula ayam & perasakan dgn garam/pati ayam secukup rasa.masak sehingga kuah pekat.
4) akhir sekali,masukkan baki bawang merah,hirisan daun bawang dan cili merah.gaul rata.
5) tutup api.siap.



2 comments:

Named ALICE said...

x tfikir langsung o

Unknown said...

maka fikir2kan lah.. hehe.. budget jimat kos bah tu + malas.. 2 in 1.. hihi..