Sunday, 31 March 2013

mee bandung

salam hujung minggu..
layan mee bandung time cuti2 ni best juga kan.. resepi dari MAI. I. SHARE.. 
mohon sahare disini pula resepinya ye kak mai.. terima kasih..


BAHAN A:
- 1 bungkus mi kuning/basah
- limau kasturi
- bawang goreng

BAHAN B (secukupnya):
- daging ayam -dihiris nipis
- udang basah


BAHAN C:
-10 biji cili kering -diblend
-1 ulas bawang putih – diketuk
-3 ulas bwang merah kecil -di ketuk
-2 ketul kiub pati ayam
-2 sdb sos tomato
-2 sdb sos cili
-1 sdb sos tiram
-1 sdm kicap cair
- air secukupnya  
- garam & gula


 BAHAN D:
- sawi
- cili merah
- daun bawang
- buah tomato belah 4
- cendawan tin


BAHAN E:
- tepung jagung ( bancuh dgn sikit air)
-
kacang tanah - ditumbuk ( saya xletak )


CARA2NYA:
1.
tumiskan bawang putih dan bawang merah, kemudian.. masukkan cili kisar - 
tumis hingga pecah minyak..

2.  masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap cair, garam, gula & air - biarkan merenih..

3. masukkan kiub ayam, kacang tanah, udang & ayam - biarkan mendidih.

4. pecahkan telur & biarkan hingga telur keras sikit ( saya xletak telur )
 
5. masukkan mi dan semua sayuran ( BAHAN D )... saya letak apa je sayuran yg ada.. kak mai letak lg byk ye..

6. akhir sekali masukkan sikit larutan tpg jagung - gaul sebati & tutupkan api

7.  hidangkan dgn hirisan cili merah, daun bawang, bawang goreng, limau kasturi..


 siap dan sedia utk dinikmati.. 


Tuesday, 26 March 2013

homemade strawberry yogurt

selamat bersiaran..
update blog kali ni dgn HOMEMADE STRAWBERRY YOGURT..


sebelum ni saya pernah kongsikan resepinya.. tp dahulu saya gunakan plain yogurt & kali ni saya gunakan strawberry yogurt.. saja2 mencuba guna strawberry yogurt.. nak tgk menjadi ke x kalau xgunakan plain yogurt.. tp syukurlah sb menjadi.. okeylah.. untuk tutorial boleh rujuk sini SINI ye.. 



  BAHAN2NYA :
  • 500 ml whole milk - saya guna fresh milk
  • 25g dried milk powder - saya letak 2 sudu besar susu tepung instant dutch lady
  • 3 tbsp live,plain,whole milk yogurt - saya guna strawberry yogurt
  • 2 tbsp sugar - saya tambah sendiri   

CARA2NYA:
1.  tuang susu segar dalam saucepan.. kemudian, tambahkan susu tepung dan gula.. 
 kacau guna whisk sehingga susu tepung dan gula larut..

2.  didihkan atas api sederhana sehingga keluar buih2 kecil.. kemudian matikan api dan biarkan sejuk seketika sehingga bacaan termometer menunjukkan angka 46 c..

*untuk yang xde termometer.. boleh celup jari dalam campuran susu tadi.. kalau jari anda dapat menahan kepanasan suhu susu tu selama 20 saat .. maksudnya suhu tu dah okey.. tapi lagi bgs jika guna termometer sb suhu lebih tepat.. saya xguna termometer - saya celup jari lbh kurang 15saat je..

3. setelah campuran susu mencapai suhu yang sepatutnya..  masukkan susu ke dalam thermos flask (saya guna botol kaca) - lepas tu baru masukkan yogurt..

4.  kacau yogurt hingga sebati dengan campuran susu suam tadi.. 

5. tutup permukaan botol dengan kain kecil.. kemudian tutup dengan penutup asalnya.. 

6. untuk mengekalkan suhunya.. balut/tutup keseluruhan botol dengan tuala kecil.. 
kemudian,letak botol di satu tempat yang sesuai (kalau boleh jgn letak di kawasan sejuk).. 
saya letak botol di beranda rumah (bukan direct matahari ye.. tp ada atap yg melindungi).. biarkan selama 6-8 jam @ semalaman tanpa disentuh.. digoncang.. atau dibuka.. 

saya biar 8 jam sahaja.. saya buat tengahari.. mlm tu dah boleh buka utk tgk & saya simpan dlm peti sejuk.. esok pagi baru makan..

7.  selepas 8 jam bolehlah buka tuala & penutup untuk melihat keadaan yogurt tu.. ketika ini yogurt sepatutnya bukan lagi cecair tetapi dah mula pejal.. kemudian, simpan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dinikmati utk rasa yg lebih sedap..



  jangan pelik pulak kenapa warnanya xpinkish.. sebabnya saya xletakkan pewarna.. biar original gitu... hehe.. masa nak makan tu.. saya tambahkan dengan fresh strawberry yg di potong dadu kecil.. hmm... very refreshing.. mmg setanding dgn yogurt readymade kat pasaran.. oklah, untuk yg berminat selamat mencuba ya.. ^_^..

Monday, 25 March 2013

homemade playdough

selamat pagi.. cuti sekolah dah bermula.. 
jom kita buat play-doh utk anak.. jimat dan menyeronokkan..


sebelum ni saya pernah kongsikan cara membuatnya secara step by step di SINI.. 
tetapi untuk kali ni sumbernya dari MARTHA STEWAR - CRAFT..  bahan2 yg digunakan sama je dgn sebelum ni cuma dahulu menggunakan sukatan gram dan kali ni sukatan dlm cawan.. so,pilihlah mana yg korang rasa senang ye..




HOMEMADE PLAYDOUGH:
  • 1 cup flour
  • 1/2 cup salt
  • 2 teaspoons cream of tartar
  • 1 teaspoon cooking oil
  • 1 cup water
  • Food coloring as needed

 1.)  In a heavy saucepan, mix the ingredients.

2.)  Cook on a medium heat, stirring constantly for 3 minutes or until mixture pulls away from sides of pan. It will have the consistency of mashed potatoes.

3.) Remove from heat - let cool for 1 minute and then knead. It should have a soft, smooth texture.

4.)  Play dough can be stored in airtight containers and will keep for several weeks.


mudah je kan membuatnya.. 
simpan dlm bekas mcm ni senang anak nak pilih dgn tgk warnanya..
pastikan selepas bermain, anak masukkan play-doh dlm bekas kedap udara supaya tahan lebih lama.. oklah,selamat mencuba..


Saturday, 23 March 2013

cheddar cheese cupcake

selamat malam..
boring2 xboleh tido ni jom layan CHEDDAR CHEESE CUPCAKE..


sebelum ni pernah kongsikannya di SINI..  tapi kali ni saya buat dlm bentuk cupcake.. 
senang nak mkn.. hehe.. utk tutorial & kalau korang berminat utk buat versi kek..  boleh klik link yang telah diberikan diatas tu ya..

BAHAN2NYA:
  • 4-5 keping sliced cheese - saya guna EMBORG
  • 200 ml susu segar
  • 70g butter @ marjerin - saya guna buttercup
  • 70g tepung gandum (ayak) - saya guna tepung superfine
  • 70g gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

CARA2NYA:
1.  potong cheese kecil2.. campurkan dengan susu segar.. masak atas api yang perlahan sehingga cheese cair.. pastikan sentiasa kacau ye.. kemudian,masukkan butter.. kacau sehingga butter larut.. matikan api dan sejukkan sekejap - ketepikan.

2.  asingkan putih dan kuning telur.. 

3. kemudian, satukan PUTIH telur dan gula.. pukul sehingga menjadi meringue - ketepikan.

4. didalam bekas lain pukul KUNING telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi - pastikan adunan tidak berketul.

5.  campurkan meringue ke dalam adunan cheese.. tambahkan juga beberapa titik esen vanila.. kaup balik sehingga adunan sebati.. 

6. letakkan paper cup didalam loyang muffin - saya guna loyang  saiz@lubang standard dan tuang adunan cheese..

7. bakar dlm oven dengan suhu 160c selama 30minit @ sehingga kek masak mengikut kesesuaian oven masing2 - saya xguna kaedah bain marie mcm utk buat versi kek.. tp kalau korang nak buat boleh juga.. bergantung banyak @ saiz yg kita buat.. mcm saya sekali bakar hanya 6pcs sahaja.. paper cup yg saya guna pun saiz mini.. so,senang & cepat kek nak masak..


boleh dimakan begitu sahaja atau dihias mengikut kreativiti masing2..
saya pipe kan dgn cream cheese frosting & taburkan dgn kelapa parut kering..


siap dan sedia untuk dinikmati.. ^_^..


Wednesday, 20 March 2013

japanese cotton cheesecake with blueberry filling

selamat petang.. hari ni, minum petang kami sekeluarga merupakan  
milo panas & japanese cotton cheesecake with blueberry filling..


resepi saya rujuk dari blog AKU. ZACK. dan ALMA@MYRESEPI merupakan pemilik asal.. izinkan saya panjangkan resepinya disini pula ya.. terima kasih ^_^..



 BAHAN A:
  • 250g cream cheese 
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon  
  • 1/4 sdk garam - saya xletak
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

BAHAN B:
  •  140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

CARA2NYA:
  1. Untuk A - cairkan cream cheese, butter & susu segar dgn teknik double boiler - Bila dah cair, sejukkan seketika..
     
  2. Kemudian, campurkan tepung kek (saya ayak ), tepung jagung (saya ayak ), kuning telur, garam & jus lemon serta gaul hingga sebati - gaul guna spatula @ senduk kayu saja - ketepikan..
     
  3.  Dalam bekas lain ( bahan B ) - pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak)..

  4. Dengan menggunakan kaedah kaup balik, Campurkan Bahan A ke dalam Bahan B - kaup balikkan sehingga sebati..

  5. Sediakan loyang bulat berukuran 8 inci yang digriskan bawahnya & tepinya letakkan baking paper - Tuang adunan ke dlm loyang.

  6. Bakar adunan dalam kira-kira sejam, dengan cara au bain-marie (waterbath), pada 160c.

  7. bila dah cukup sejam, jgn keluarkan kek terus dari oven.. biarkan ia masih terus di dalam oven selama lebih kurang 10 minit dalam keadaan pintu oven di renggangkan sedikit..

sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.. 
boleh dimakan begitu sahaja @ dideco mengikut kreativiti masing2.. saya guna fresh cream dan blueberry filling.. kemudian sejukkan lebih kurang 4 jam di dlm peti sejuk..

 
 sedia untuk dinikmati.. saya makan bersama sedikit aiskrim vanila.. 
hmmm.. nyaman.. memang gandingan yg mantap dan menepati selera saya  ^_^..


Monday, 18 March 2013

chilled strawberry yoghurt cheesecake

selamat malam semua..
sesekali layan chilled strawberry yoghurt cheesecake malam2 begini best juga kan.. memang nyaman.. sampai xsedar dah berapa suap yg masuk mulut.. hehe..


sumber datangnya dari blog AKU . ZACK.. yang merupakan chilled blueberry yoghurt cheesecake tetapi saya tukarkan blueberry kepada strawberry.. maaf ye zack.. bukan nak derhaka.  tp kena sesuaikan resepi dgn bahan2 yang ada kat dapur.. tiada stok blueberry bah.. hehe..^_^.. manakala utk topping saya rujuk dari blog MASAM MANIS milik kak azlita aziz.. mohon share disini ye zack & kak ita.. tq..



BASE:
  • 100g biskut Oreo,kisar hancur - saya guna biskut digestive (McVities)
  • 45g butter, dicairkan

 
ADUNAN YOGHURT CHEESE:
  •   125g cream cheese, suhu bilik 
  • 137g @ 1 bekas yoghurt perisa strawberry
  • 30g gula kastor
  • 80g strawberry filling - xde stok,saya guna strawberry segar je - dlm 4biji
  • 125g whipping cream
  • 1/2sb + 1/2st gelatin Halagel 
  • 2sb air hangat

TOPPING:
  • serbuk jelly kristal NONA secukupnya - saya xhabiskan semua
  • buah strawberry

CARA2NYA:
kisar hancur biskut - saya masuk dlm palstik ziploc kemudian hancurkan dgn rolling pin..


satukan dgn butter cair.. gaul sebati..


tekan pada dasar loyang ( zack guna 6" loose pan  - kak ita guna 5" ) yang telah diletakkan baking paper dahulu - Simpan dalam peti sejuk..


 Masukkan gelatin ke dalam cawan berisi 2 sudu besar air hangat - Biarkan gelatin terlarut (pastikan letakkan air hangat dulu dalam cawan baru masukkan gelatin) - Jika gelatin masih tidak larut lagi, masukkan cawan yg berisi gelatin tadi ke dalam bekas berisi air panas - Boleh juga guna kaedah double boiler atau masukkan ke dlm microwave - oven on high dan panaskan 3 minit sahaja.. Biarkan ia suam.. ketepikan..


kemudian, pukul whipping cream hingga gebu dan bertanduk (soft peak) - ketepikan..


dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula kastor dan strawberry hingga sebati..


 masukkan yogurt - gaul rata.. Kemudian masukkan gelatin yg suam tadi dan gaul rata..


 satukan whipping cream dgn adunan cheese - Pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk untuk elakkan adunan terus pekat bila ia bergaul dengan adunan bergelatin tadi - Kaup balik rata-rata..


 tuang adunan ke dlm loyang berisi base yg telah disejukkan pada proses awal tadi..


sejukkan di dalam peti sejuk sekurang2nya 4jam atau lebih..


larutkan & didihkan jelly kristal NONA mengikut arahan yg tertera pada kotak.. saya guna sikit je.. xhabiskan semua.. dan sejukkan seketika sebelum dituang atas permukaan yoghurt cheese yang telah disejukkan.. kemudian hiaskan dengan buah strawberry segar.. simpan dlm peti sejuk lagi sekurang2nya 30minit @ sehingga jelly keras..


Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada keliling loyang 2-3 kali. Guna suhu paling perlahan.. Keluarkan cheesecake dan alihkan ke atas cakeboard menggunakan spatula besar.. - saya tolak slow2 je loose pan tu ke atas..


sedia untuk dihidangkan.. hmmmm... nyaman tekak...  ^_^ ..


 untuk yang berminat.. selamat mencuba..


Sunday, 17 March 2013

vanilla sponge cake with ice cream

salam hujung minggu..
hujung minggu kami sekeluarga diserikan dgn vanilla sponge cake with vanilla ice cream..


deco? jgn difikirkan sgt ya.. buat2 xnampak je.. hehehe.. saja bg peluang pd 'pemilik' tgn yg nak sgt mendeco.. nasib kat topping je.. kalau termasuk me'lepa' kek xtaulah cmna hasilnya.. tp sb ni utk mkn2 sekeluarga.. bolehlah kan.. abaikan je ketidak'smooth'an kek ni.. yg penting kenyang.. hehe..



untuk kek saya mash menggunakan resepi yang sama untuk VANILLA SPONGE CAKE.. cuma filling saya gantikan dgn ice cream perisa vanila.. jom kita tgk resepinya..



BAHAN2 SPONGE CAKE:
  • 150g tepung halus superfine
  • 150g gula kastor
  • 5 biji telur gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80ml air masak
  • 80ml minyak@mentega cair - saya guna buttercup
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil serbuk penaik

FILLING:
  • ice cream perisa vanila secukupnya - terpulang nak byk mana, saya guna 1/2 bekas aiskrim jenama nestle yg warna biru tu

TOPPING & DECO :
  • 200gm fresh cream ( non dairy whipping cream )

CARA2NYA:
1. satukan gula dan ovalette.pukul hingga sebati dahulu utk seketika - lepas tu baru masukkan tepung dan baking powder - saya ayak bersama 
2. masukkan telur & pukul adunan lebih kurang 5-10 minit - bergantung dgn kelajuan mixer masing2
3.  perlahankan speed mixer dan tuang air perlahan2 - diikuti esen vanila
  
   4. naikkan balik speed mixer dgn tahap maksimum/high speed.

    5. pukul hga adunan kembang & ringan lebih kurang 10-15minit, tetapi tempoh masa ni 
       bergantung dgn kelajuan@prestasi mixer masing2

   6. utk pastikan adunan kek kita dah ready utk diguna,try celup jari - kalau adunan xjatuh/menitik
      maksudnya dah bolehlah offkan mixer tu.

7. bila adunan dah kembang @ gebu - masukkan minyak/mentega cair - kaup balikkan SLOW2 guna spatula @ senduk.. buat slow2 ye.. 

8. tuang adunan ke dlm loyang 8" yg telah di alas dgn baking paper - bakar dgn suhu 150c-180c (ikut oven masing2) selama 45 minit @ sehingga kek masak 

9. bila kek dah masak,keluarkan dari oven dan telengkupkan kek atas wire rack lbh kurang 5minit.sejukkan kek sebelum mula meletak filling/menghias.

10. potong kek kepada 2 bahagian & letakkan ice cream sbg filling ( ice cream dikeluarkan lbh kurang 15minit lebih awal).. utk memudahkan kerja,letak potongan kek ke dlm loyang yg bersesuaian dgn saiz kek @ guna ring cake - tutup dgn plastik cling film dan bekukan di dalam peti sejuk sekurang2nya 4jam.

11. keluarkan kek dan hias menggunakan fresh cream (saya guna 200gm fresh cream yg dipukul sehingga kaku dan sedia utk digunakan).

12. hias mengikut kreativiti masing2 dan sejukkan sekali lagi utk sekurang2nya 6-8jam di dlm peti sejuk... saya biar semalaman, esok baru potong & makan.


 
sedia utk dinikmati.. sejuk.. nyaman je bila  makan kek ni.. hmmm.. 
oklah selamat mencuba dan salam hujung minggu semua..