Sunday, 10 February 2013

ice cream soda & tea

salam sejahtera semua..
ice cream soda and  tea.. memang layan bila minum ketika cuaca panas..


ICE CREAM SODA AND TEA
  • air ais krim soda - dari peti sejuk
  • air teh yg telah dibancuh - disejukkan terlebih dahulu
  • ais kiub

CARA2NYA:
1. tuang air ais krim soda di dalam gelas sehingga penuh 1/3 gelas.

2. kemudian, tuang pula air teh pada bahagian tepi gelas secara perlahan-lahan.

3. masukkan ais kiub secukupnya.

4. sedia untuk dinikmati.

p/s = bancuhan air teh tu jgn buat pekat sgt.. buat sederhana sahaja.. dan jgn letak air teh terlalu byk.. sb nanti air akan menjadi pahit..

hmmm.. memang menyegarkan..

Saturday, 9 February 2013

sayur goreng campur


selamat malam semua.. petang tadi xmakan.. dah lewat malam ni barulah rasa lapar.. 
nak tido xboleh.. jawabnya masuk dapur juga lah.. hehe..


bila dah lewat malam ni... mood memasak mmg ditahap yg paling kritikal.. hehe.. jadinya, sayur goreng campur pun jadi lah.. makan mcm tu je tanpa nasi pun dah boleh kenyang..


SAYUR GORENG CAMPUR
  • brokoli - guna 1/2
  • 1 biji lobak merah saiz kecil
  •  5 biji cendawan butang dlm tin
  • 2 keping fish cake
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • sedikit sos tiram
  • maggi cukup rasa - secukup kegunaan
  • sedikit bancuhan tepung jagung + air
  •  sedikit air
  • minyak untuk menumis


CARA2NYA:
1. panaskan minyak - masukkan bawang merah & putih, tumis hga naik bau.

2. masukkan fish cake & sayur - sayuran kecuali daun bawang - gaul rata.

3. perasakan dgn sedikit sos tiram & maggi cukup rasa.

4. tambahkan sedikit air & tutup sayuran seketika sehingga brokoli masak.

5. tambahkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah & masukkan daun bawang - gaul rata - matikan api 

 sedia untuk dinikmati.. mudah & cepat kan.. hehe.. oklah,perut pun dah diisi.. jadi apalagi.. selamat malam semua..


Friday, 8 February 2013

nasi lemak kukus

selamat tengahari semua..
nasi lemak kukus.. merupakan entri untuk kali ini.. 


sebenarnya dah lama plan nak buat tp xterbuat2 juga.. hehe.. sebelum2 ni pun pernahlah buat tapi xpernah complete.. ada je bahan yg terkurang.. jadi sb nekad nak buat.. saya pun belilah bahan2 yang diperlukan.. maka terhasillah nasi lemak kukus ini..


resepi datangnya dari AMIE'S LITTLE KITCHEN.. resepi asal adalah nasi lemak sambal kupang.. tapi saya buat versi sambal ikan bilis.. mohon share disini pulak ye kak amie.. terima kasih..


NASI LEMAK KUKUS:
(saya buat 1/2)
  •  6 cawan beras wangi - cuci & toskan 
  • 600ml santan 
  • 3cm halia - ketuk @ hiris 
  • 3 ulas bawang putih - ketuk @ hiris 
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 5cm kulit kayu manis 
  • sehelai daun pandan - disiat & simpul 
  • sedikit garam 

CARA2NYA:
1. didihkan air dlm periuk pengukus.

2. sementara itu, didihkan santan di dalam kuali bersama halia, bawang putih,  bunga lawang, kayu manis & daun pandan.

3. masukkan beras & sedikit garam - kacau sekali sekala sehingga beras kembang &santan kering.

4. kemudian, masukkan campuran beras tadi ke dalam periuk pengukus.

5. kukus 20-25minit @ sehingga nasi benar2 masak.


SAMBAL IKAN BILIS:
  •  1 cawan ikan bilis goreng
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 labu bawang besar - hiris kasar (bahagi 2)
  • 1/2 cawan hirisan petai
  • 1 sudu pati asam jawa -  bancuh dgn sedikit air
  • garam & gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis 

BAHAN KISAR:
  • 30 biji cili kering
  • 5 biji bawang putih
  • 10biji bawang merah
  • 1.5cm belacan

CARA2NYA:
1. panaskan minyak secukupnya.

2. masukan bahan kisar & serai - tumis dgn api sederhana panas sehingga pecah minyak.

3. masukkan bancuhan pati asam jawa, garam & gula - biarkan mendidih sebentar.

4. bahagikan sambal kepada 2 bahagian - satu bahagian dibiarkan begitu & 1 bahagian lagi utk sambal ikan bilis.

5. dalam kuali baru,masukkan ikan bilis goreng, hirisan petai & hirisan bawang besar - masak seketika sehingga pekat - tutup api.


6. dalam kuali asal, masukkan baki hirisan bawang besar & masak seketika - tutup api. 


P/S = memandangkan saya tidak buat sambal kupang, 1 bahagian sambal utk kupang tu saya biarkan begitu sahaja.. kiranya untuk dijadikan exta sambal..

 jangan lupa juga untuk sediakan telur rebus, hirisan timun, kacang tanah & ikan bilis goreng.. barulah lengkap hidangan nasi lemak ini..

 siap & sedia untuk dihidangkan..

Wednesday, 6 February 2013

chocolate ice blended with black pearl

selamat bersiaran..
chocolate ice blended with black pearl.. hmmm... kalau dapat time penat ber'window' shopping 
mesti best kan..


sebenarnya buat sendiri lagi save dari beli kan.. kalau buat sendiri.. confirm dapat byk... kalau beli.. dapat segelas tu je lah.. nak lagi kena byr lah.. hehe..


 untuk resepi ni saya gunakan ice blended powder.. ice blended powder ni saya dapat dari puan normala binti taib.. hari tu adalah join contest share resepi suka2.. dptlah hadiah berupa voucher yg kemudiannya ditukarkan dgn produk pilihan saya.. tq ya puan mala..


rasanya semua org tahu utk membuat chocolate ice blended ni kan.. tp tu lah.. dah dapat hadiah.. free pula tu.. jadi eloklah kiranya kalau saya sharekan disini resepi yg menggunakan bahan2 @ produk yg saya dapat dari pihak HSE.. org berbudi kita berbahasa..barulah berkat hidup kan..


pek yang saya dapat (pilhan saya) adalah seperti gambar di atas.. dari set A iaitu 
ice blended powder + oreo crush .. tetapi bukan ini je ya.. ada lagi hadiah lain.. nti saya kongsikan di lain entri ya..


tetapi utk chocolate ice blended ni saya tidak menggunakan oreo crush tu.. dan saya tambahkan black pearl utk sesuaikan dgn citarasa sendiri.. kalau nak tgk black pearl yg belum dimasak@rebus klik SINI ya.. oklah,jom kita tgk resepinya..


CHOCOLATE ICE BLENDED WITH BLACK PEARL
  •  ice blended powder - chocolate flavour
  • susu pekat
  • ais kiub
  • air masak / sejuk
  • black pearl


1. rebus black pearl sehingga lembut - angkat - basuh - tos - ketepikan.

2. bancuh ice blended powder bersama susu pekat dan air masak @ sejuk - sesuaikan rasanya mengikut citarasa masing2.

3. masukkan bancuhan ice blended powder bersama ais kiub secukupnya ke dlm shaker @ blender & kisar sehingga semua bahan larut & sebati.

 4. tuang ke dlm gelas panjang yg telah diisi dgn black pearl.

p/s : sukatan tu korang agak2 lah ye.. buat mcm kita biasa bancuh milo @ nescafe @ minuman lain.


sedia untuk dinikmati.. sebelum saya keluar ambil anak balik tadika.. mmg kena lah kalau dapat segelas chocolate ice blended with black pearl ni kan.. mmg nyaman...

Tuesday, 5 February 2013

chicken pie

selamat petang semua..
 kali ni tekak request nak western food pulak.. hehe.. maka, terhasillah entri untuk kali ini..  
chicken pie..


doh pastry agak lembut..  mmg payah nak handle.. sb tu saya buat awal pagi.. jadi sempatlah masukkan dlm peti sejuk beberapa jam sb owner recipe pun ada bgtau.. 
"Dough will be very soft so need to keep it refrigerated for at least 30 mins."


lepas beberapa jam dlm peti sejuk pun.. doh msh cepat sgt lembik.. ala2 adunan butter cookies gitu.. tapi lepas saya tabur dgn sedikit tepung & uli semula.. ok dah.. dah boleh leper2kan & masuk dlm acuan.. memandangkan ini 1st time saya buat pie, jd mmg sdh ready dgn problem yg bakal timbul nti... hehe..


 tp mgkin sb saya guna acuan yg besar.. rasanya kalau guna acuan tart yg kecil tu xde problem lah.. main tepek je.. senang nak buat kan.. tp saya berkeras nak guna acuan besar ni (18cm).. hah.. ambik.. hehe..


sumber resepi datangnya dari HUGBEAR.. 
thank's LEE LEE for the wonderful recipe ^_^.. 


 CHICKEN PIE
SOURCE = HUGBEAR

PASTRY:
200 gm butter
250 gm plain flour
110 gm plain yoghurt
1 tsp sugar
1 egg yolk
A pinch of salt

Put all the ingredients into the mixing bowl except yoghurt, and mix to a crumble. Add in yoghurt and mix to a dough. Dough will be very soft so need to keep it refrigerated for at least 30 mins.

 

FILLING:
12 oz diced potatoes
1 big onion diced
50 gm mixed vegetable (or more if you like)
Sliced canned mushrooms (amt up to you)
2 chicken breast diced
1 tbsp corn starch or potato starch mixed with 2 tbsp water
2 tbsp sugar
2 tsp salt
1/2 tsp pepper

Heat abt 2 tbsp of oil and fry potatoes with abt 4 fl oz of water and 1/2 tsp salt until soft. Set aside. In a clean wok, heat 2 tbsp oil. Fry the onion until transparent. Add mixed vegetable, mushroom, chicken. Fry for a while to break up chicken. Add in potatoes. Add in abt 4 fl oz of water and cook for abt 5 mins. Add in salt, sugar and pepper. Add in the cornstarch and stir to thicken mixture. Set aside for later use.

 untuk acuan ni terpulanglah korang nak guna saiz @ bentuk apa ya.. ikut suka masing2.. letak doh dlm acuan & cucuk2 guna garfu.. lepas tu letak inti..

letak doh sekali lagi agar menutupi inti..cucuk lagi sikit guna garfu..


sapukan permukaannya dgn telur (dipukul) dan bakar dgn suhu 180c selama 30 minit..

 
fresh from oven..  abaikan kecomotannya ya.. percubaan pertama lah katakan.. hehe.. 
harap2 lps ni boleh improve lagi..

sedia untuk dinikmati..

Monday, 4 February 2013

nasi goreng cina

selamat pagi semua..
 jom bersarapan dengan nasi goreng cina..


nak buatnya pun mudah & cepat.. kalau malas nak masak lauk.. inilah yg paling saya suka buat.. xkiralah utk sarapan pagi.. tghari @ mkn mlm.. anytime boleh.. hehe..


pernahlah terlihat seorang chef kat satu restoran ni masak.. saya order nasi goreng cina.. dia masak lah.. kebetulan saya lalu.. ada kat situ.. sambil2 tu jeling2 lah tengok mcmna chef tu masak.. yelah,dia pun xhalang kan.. hehe.. 

masa masak tu.. adalah dia letak sedikit sup @ stok rebusan ayam kat nasi goreng yg dah hampir siap.. lepas tu mula lah saya gunapakai bila masak kat rumah.. hehe..


sebenarnya banyak resepi untuk nasi goreng cina ni.. macam2 versi ada.. tapi bagi saya tentunya memilih yang paling simple tetapi yang paling penting menepati citarasa keluarga..


 BAHAN2NYA:

  • nasi putih - anggaran 1-2 org mkn
  • 1 ulas bawang putih - cincang halus @ tumbuk
  • sedikit hirisan daging ayam
  • 4-5 ekor udang 
  • 5 biji bebola ikan (dipotong 2) - saya suka guna brand mushroom
  • 1 biji telur - dipukul sikit
  • segenggam sayur campur sejuk beku
  • maggi cukup rasa - sucukup kegunaan
  • sedikit sup @ stok rebusan ayam (optional)


CARA2NYA:
1. panaskan sedikit minyak - tumis bawang putih hingga naik bau.

2. masukkan pula hirisan daging ayam - masak sehingga daging ayam separuh masak.

 3. tambahkan udang & bebola ikan - teruskan masak seketika.

4. masukkan telur & kacau rata - kemudian masukkan nasi - gaul sebati.

5. tambahkan sayur campur & perasakan dengan maggi cukup rasa.

6. curahkan sedikit sup @ stok ayam - sikit je ya.. asal nasi nampak lembab.. jgn terlebih,nanti lembik pula.

7. teruskan goreng nasi hingga stok rebusan ayam mula mengering sedikit.kemudian,bolehlah matikan api.


 sedia untuk dihidangkan.. makan panas2 memang best.. lepas makan..
barulah ada tenaga nak buat kerja.. hehe..


oklah entri berhenti disini dahulu.. banyak kain baju menanti utk dicuci.. hehe..
selamat bersarapan & menjalani rutin harian di pagi hari..


Sunday, 3 February 2013

nasi ayam segera

selamat tengahari semua..
bila orang sakit masuk dapur.. dapat bayangkan? inilah jadinya.. nasi ayam segera..
hehehe.. kalau cukup rajin boleh lah buat versi nasi ayam chinese style ni..  tetapi disebabkan kepala msh bling2 lg.. terpaksalah saya buat versi yg agak mudah ini..


sebenarnya 2 hari lepas kurang sihat.. entahlah kenapa.. segala macam gejala penyakit ada.. gatal & panas seluruh badan.. terutamanya bahagian kepala & tapak tgn.. smlm xtahan sgt baru jumpa doc.. doc cakap.. hati2 dgn makanan yg dimakan.. maybe ada alahan.. dan keracunan makanan.. thank GOD sb hari ni dah mula okey sikit..


disebabkan semasa sakit xboleh nak telan nasi.. bukan xnak mkn tp bila makan.. akan kuar balik.. jadinya skrg perut mmg lapar.. terpaksa jugalah masuk dapur.. nak masak heavy2 mmg xlarat.. sudahnya.. inilah hasilnya.. huhu.. serba kekurangan gitu kan.. 


tapi bolehlah asal ada.. nak beli kat luar mmg xberani buat masa skrg.. takut kena alahan lagi.. makan kat rumah je lah.. biar simple asal mengenyangkan.. utk resepi kali ni saya gunakan produk maggi.. senang & sedap.. xde bahan rahsia pun,guna je resepi kat botol stok ayam pekat maggi tu.. hehe..


NASI AYAM:

BAHAN A:
  • 2 sudu besar marjerin 
  • 1 sudu besar minyak masak


BAHAN B:
  • 4 ulas bawang putih dicincang halus - saya tumbuk,guna 2ulas
  • 5cm halia dikisar - saya tumbuk,guna 2cm je
  • 1 helai daun pandan


 BAHAN C:
  • 500gm beras panjang - dibasuh & toskan
  • 2 1/2 sudu besar stok pekat ayam MAGGI
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • 600 ml air


CARA2NYA:
1. gunakan periuk nasi elektrik, panaskan bahan A.

2. kemudian, masukkan bahan B dan kacau sehingga beraroma.

3. masukkan pula bahan C - kacau rata.

4. tutup periuk & masak seperti biasa.

p/s = saya guna 2 pot beras biasa je.. jadi sukatan air saya sukat mcm masak nasi biasa.
saya juga tambahkan sedikit pati ayam.. sukatan bahan diatas.. korang pandai2lah sesuaikan mengikut berapa pot beras yg korang gunakan ye..


 BAHAN2 AYAM GORENG:
  • daging ayam - terpulang nak guna byk mana
  • maggi cukup rasa - secukup kegunaan
  • serbuk cili - secukup kegunaan
  • serbuk kunyit - secukup kegunaan
  •  sedikit halia & bawang putih - tumbuk
  • minyak utk menggoreng

CARA2NYA:
 1. perapkan seketika kesemua bahan di atas kecuali minyak masak.

2. kemudian,goreng sehingga keperang2an



BAHAN2 SUP AYAM:
  • tulang ayam
  • baby carrot
  • fu cuk
  • su un
  • bebola ayam
  • 1 ulas bawang merah - dibelah 4
  •  3 ulas bawang putih - diketuk
  • 2cm halia - diketuk
  • stok pekat ayam maggi - secukup kegunaan
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • daun bawang - dihiris
  • sedikit minyak utk menumis
  • air secukup kegunaan

CARA2NYA:
1. panaskan minyak, tumis bawang merah, halia & bawang putih.

2. masukkan tulang ayam & kacau rata.

3. tambahkan air, baby carrot & fu cuk - biarkan mendidih.

4. masukkan su un & bebola ayam.

5. perasakan dgn stok ayam pekat & kiub pati ayam

6. tutup periuk & biarkan sehingga semua bahan masak.

7. taburkan dgn hirisan daun bawang ketika dihidangkan

p/s = sup ni saya masak utk hidangan 3 orang sahaja.. jadi.. sukatan bahan2 di atas bolehlah korang adjust mengikut banyak mana sup yg korang masak ye.. utk sambal saya xbuat sb takut perut terkejut kalau mkn yg pedas2.. hehe..

siap pun.. walaupun.. simple tapi tetap bersyukur sebab dapat mengalas perut.. oklah.. entri berhenti disini dulu., selamat berhujung minggu semua..