Sunday, 21 October 2012

Cooking Conversion Tables

selamat malam semua.. entri kali ni nak berkongsi tentang sukatan metrik yg selalu kita gunakan dalam masakan.. agak sukar jg utuk buat sesuatu resepi jika menggunakan sukatan yg kita sendiri xtahu nak sukat macamana kan.. so,utk memudahkan kerja ... disini saya kongsikannya untuk kita sama2 buat panduan..  mari kita tgk jadual di bawah..




Cooking Conversion Tables ni  saya ambil dari laman web hubpages..  so..  many thanks to Hubpages for sharing this very useful info..


 TEMPERATURE

Fahrenheit / Celsius
32 / 0
100 / 40
125 / 50
140 / 60
150 / 65
160 / 70
175 / 80
180 / 82
200 / 95
212 / 100
250 / 120
275 / 140
300 / 150
325 / 160
350 / 180
375 / 190
400 / 200
425 / 220
450 / 230
475 / 240
500 / 260


Liquids

1/4 teaspoon = 1 ml
1/2 teaspoon = 2 ml
1 teaspoon = 5 ml
1 tablespoon = 20 ml
1/4 cup = 60 ml
1/3 cup = 80 ml
1/2 cup = 125 ml
2/3 cup = 170 ml
3/4 cup = 190 ml
1 cup = 250 ml
1 quart = 1 liter

 

Weight

1 ounce = 30 grams
2 ounce = 60 grams
3 ounce = 90 grams
4 ounce = 125 grams
8 ounce = 225 grams
16 ounce = 500 grams 


Cooking Measurement Equivalents

16 tablespoons = 1 cup
12 tablespoons = 3/4 cup
10 tablespoons + 2 teaspoons = 2/3 cup
8 tablespoons = 1/2 cup
6 tablespoons = 3/8 cup
5 tablespoons + 1 teaspoon = 1/3 cup
4 tablespoons = 1/4 cup
2 tablespoons = 1/8 cup
2 tablespoons + 2 teaspoons = 1/6 cup
1 tablespoon = 1/16 cup
1 tablespoon = 3 teaspoons
2 cups = 1 pint
2 pints = 1 quart
48 teaspoons = 1 cup



1 oz (25 g) equivalents

Salt - 1 level tablespoon
Flour - 3 level tablespoons
Rice - 2 level tablespoons
Grated Cheese - 5 level tablespoons
Cocoa Powder - 4 level tablespoons
Honey/Syrup/Jam - 1 level tablespoon
Granulated sugar - 2 level tablespoons
Sifted Icing Sugar - 3 level tablespoons
Fresh breadcrumbs - 6 level tablespoons
Porridge oats - 4 level tablespoons 


All-purpose Flour

Cups / Grams
1/8 cup / 15 grams
1/4 cup / 30 grams
1/3 cup / 40 grams
3/8 cup / 45 grams
1/2 cup / 60 grams
5/8 cup / 70 grams
2/3 cup / 75 grams
3/4 cup / 85 grams
7/8 cup / 100 grams
1 cup / 110 grams 


Butter / Margarine

Cups / Grams
1/8 cup / 30 grams
1/4 cup / 55 grams
1/3 cup / 75 grams
3/8 cup / 85 grams
1/2 cup / 115 grams
5/8 cup / 140 grams
2/3 cup / 150 grams
3/4 cup / 170 grams
7/8 cup / 200 grams
1 cup / 225 grams 


White Sugar

Cups / Grams
1/8 cup / 30 grams
1/4 cup / 55 grams
1/3 cup / 75 grams
3/8 cup / 85 grams
1/2 cup / 115 grams
5/8 cup / 140 grams
2/3 cup / 150 grams
3/4 cup / 170 grams
7/8 cup / 200 grams
1 cup / 225 grams



Saturday, 20 October 2012

kuih tako

selamat petang semua..

kuih tako atau tepung pelita.. hmm.. entahlah apa nama kuih ni.. sebenarnya keliru juga.. lagi2 saya ni kurang arif psl kuih muih tradisional ni.. tapi saya ikut je lah nama kuih ni dr dapur kak azlita aziz ..  masam manis .. mohon share disini pulak ye kak ita.. tq..  





okey.. sebelum kita tgk resepinya kita tgk dulu cara2 utk buat kotak pandan ye.. tp kalau korang nak guna gelas @ bekas yg lain bolehlah abaikan step ni.. tp utk belajar apa salahnya.. xrugi belajar perkara yg kita xtahu kan.. sb tu saya kongsikannya kat sini sb sebelum ni saya xtahu nak buat dan utk rujukan saya di masa akan dtg (takut kot2 terlupa).. saya tunjukkan step2nya di sini..



utk buat kotak pandan ni kta perlu sediakan  daun pandan secukupnya.. kira nisbahnya 1 daun pandan = 1 kuih taco.. so byk mana daun pandan ni bergantung berapa byk kuih taco yg kita nak buat.. seeloknya pilih daun pandan yg lebar tetapi saya susah nak jumpa.. terpksa bli je lah apa yg ada. bersihkan daun pandan tu.. cuci dan lap . keringkan..



ukur sepanjang 10inci dan potong lebihannya.. pilih bahagian yg lebar utk mulakan ukuran.. lg lebar bahagian tu lg bgs lah.. tp elakkan ambil dr pangkal sb bahagian pangkal agak keras.. kemudian tandakan setiap 2inci..




lipatkan setiap bahagian 2inci yg telah ditanda tadi..



kemudian,buka semula lipatan tu..



potong setiap bahagian lipatan tadi tetapi jgn potong habis sebaliknya potong hanya sebahagian sahaja.. iaitu sehingg ke bahagian tgh urat daun sahaja..



pada bahagian hujungnya pula.. potong sebahagian petak tersebut.. seperti gambar di atas..


kemudian.. bolehlah dilipat menjadi bentuk kotak..




 bahagian hujung tu bolehlah di stapler atau cucuk dgn lidi tp rasanya stapler lg kemas..



 sebenarnya utk tahap ni kotak pandan sepatutnya dah siap.. tp sb saya gunakan daun pandan yg kurang lebar makanya itulah yg berlaku seperti gmbar di atas.. lubang kat tgh pulak.. huhu..



 untuk settle kan problem ni saya ambiklah lebihan daun pandan tadi dan letak atas tempat yg berlubang tadi.. buatlah 2-3lapisan secara menegak dan melintang supaya dasar kotak dapat menampung beban kuih nti..
maka siaplah sudah kotak pandan kita.. mudah kan.. okey kita tgk pula resepinya di bawah ye.. 

Lapisan Bawah
  • 25 gm tepung hoen kwe (hijau)
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula - saya guna 1/3 cawan
  • 2  biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak de boleh guna buah pear)

 Lapisan Atas 
  • 25 gm tepung hoen kwe - putih
  • 2 cawan santan - 1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air- saya guna ayam brand
  • secubit garam 

CARA2NYA:
  1. Susun kotak pandan atas tray. 
  2. Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
  3. Campurkan semua bahan Lapisan Bawah  dalam periuk
  4. Masak atas api sederhana sambil mengacau hinga meletup - letup & pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.
  5. Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
  6. Lapisan atas sama prosesnya seperti lapisan bawah.
  7. Tapi pastikan lapisan bawah sudah mula mengeras baru tuangkan lapisan atas.
  8. Tuang dari bahagian tepi supaya tidak bolos ke lapisan bawah-tuang perlahan2.
  9. Tunggu sejuk - kemudian simpan dalam peti ais sebelum dimakan.. 






 makan sejuk2 ni memang best.. xkira dah berapa byk yg masuk dlm perut.. hehe.. oklah.. harap2 entri kali ni memuaskan hati korang ye.. selamat mencuba utk yg berminat ye..


Friday, 19 October 2012

baked macaroni cheese

selamat sejahtera.. semoga semuanya sihat2 belaka.. baked macaroni cheese.. entri kali ni ye.. time2 nak mkn something yg "ringan" tetapi "berat" (boleh gitu?hehe..) inilah menu yg saya plg suka.. senang dan cepat.. sambil buat kerja lain.. tup tup macaroni dah siap.. hehe..




resepi di ambil dari myresipi  dan  dilaOHdila  si pemilik resepi ini.. mohon share disini pula ye dila.. tq.. okeylah..  jom kita tengok resepi nya ye..




BAHAN2NYA:
  • 300gm macaroni
  • 250 gm daging ayam cincang
  • 4 biji telor (pukul kembang)
  • 3 sudu rempah kari
  • 2 labu bawang besar
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • sedikit keju parut - ikut citarasa sendiri lah nak guna keju jenis apa ye..
  • minyak utk menumis
  • gula & garam secukup rasa

CARA2NYA:
  1. rebus makaroni hingga empuk - toskan
  2. panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
  3. masukan daging - kacau rata hingga daging masak
  4. Selepas itu masukkan susu.. garam & gula - Kacau rata
  5. Masukan makaroni.. kacau seketika.. kemudian masukkan air.. kacau hingga mendidih.
  6. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
  7. Tuangkan telur & taburkan keju.
  8. Bakar selama 45minit dengan suhu 180 C 






Thursday, 18 October 2012

kek span trio aka 3 lapis..

selamat malam semua.. skrg musim hujan je kan.. bila musim hujan ni mulalah malas nak buat keje.. huhu.. sudahnya entri kali ni bukan entri "fresh" ye tp entri tertangguh... boleh lah kan.. hehe..





sebenarnya saya buat kek span 3 lapis ni dah lama.. tp sb saya baru je start ber"blogging2"  ni.. so.. saya letaklah entri kat sini ye.. resepi ni saya penah share dulu tp dlm bentuk rainbow cake.. kalau nak tgk resepi rainbow cake step by step bergambar..  tgk sini ye..



utk mengelakkan kekeliruan.. saya tulis resepi sekali lg kat sini ye.. tetapi resepi asal sweet sebenarnya adalak kek span pandan tp sb family kurang gemarkan perisa pandan ni.. saya buatlah kek span plain.. resepi ni di ambil dari myresipi dan tq .sweet 4 ever  utk resepinya yang mmg begitu memuaskan hati dan selera saya ye.. tq mohon share sekali lg ye.. tq..





RESEPI KEK SPAN = (SWEET 4EVER)
SUMBER = MYRESEPI


BAHAN2NYA:
  •  150g tepung halus superfine
  •  150g gula kastor
  •  5 biji telur gred A
  •  1 sudu besar ovalette
  •  80ml air pandan - saya guna air masak je
  •  80ml minyak@mentega cair - saya guna minyak jagung
  •  1 sudu kecil pes pandan - saya gantikan dgn esen vanila
  •  1 sudu kecil serbuk penaik
  •  sedikit pewarna hijau - warna ni bergantung dgn kek apa yg kita buat ye (saya guna merah,hijau dan kuning)

CARA2NYA (KEK):
  1. satukan gula dan ovalette.pukul hingga sebati dahulu utk seketika.
  2. lepas tu baru masukkan tepung dan baking powder - saya ayak bersama
  3. masukkan telur dan pukul adunan.
  4. pukul lebih kurang 5-10 minit (bergantung dr kelajuan mixer masing2 ye). 
  5. perlahankan speed mixer dan tuang air perlahan2..
  6. masukkan pula esen vanila. 
  7. naikkan balik speed mixer dgn tahap maksimum/high speed.pukul hingga adunan kembang dan ringan lebih kurang 10-15minit. tetapi tempoh masa ni bergantung dgn kelajuan@prestasi mixer tu sendiri ye.. - mixer saya ambil masa 25minit utk gebu
  8. untuk pastikan adunan kek kita dah ready utk diguna.. try celup jari.. kalau adunan xmenitik@jatuh maksudnya bolehlah di offkan mixer tu.
  9. okey.. bila adunan dah kembang @ gebu.. masukkan minyak/mentega cair.. 
  10. kaup balikkan SLOW2 GUNA spatula @ senduk je.. buat slow2 ye..
  11. lepas tu,bolehlah dibahagi2kan kpd beberapa bahagian mengikut jenis kek yang kita buat.. saya bahagikan kepada 3 bahagian iaitu merah .. hijau dan kuning..
  12. tuang adunan ke dlm loyang 8" yg telah di alas dgn baking paper.
  13. bakar dgn suhu 150c-180c selama 45 minit @ sehingga kek masak (bergantung oven masing2)
  14. bila kek dah masak,keluarkan dari oven dan telengkupkan kek atas wire rack lbh kurang 5minit - sejukkan kek sebelum mula meletak filling/menghias.. 
  15. untuk filling dan salut kek pula,terpulanglah nak guna buttercream,fresh cream atau cream cheese frosting ye.. saya guna cream cheese frosting  

CREAM CHEESE FROSTING:
  • 250gm cream cheese
  • 120gm butter
  • 120gm gula aising (ayak)
-  pukul cream cheese dengan butter
- masukkan gula aising sikit2 dan teruskan pukul hga kembang dan gebu.
- sedia utk digunakan..



Wednesday, 17 October 2012

petua dapur

Salam malam Khamis semua.. Kali ni entri tentang petua dapur.. Himpunan Petua ni saya ambil dari majalah mingguan wanita.. Jom kita semak petua2 berikut..


Barbeku lazat.. 
# gaul kan bahan utama dgn garam dan rempah ratus.. Masukkan sedikit air limau nipis utk menghilangkan bau hanyir.. Perap semalaman..
# jika menggunakan daging sebagai bahan utama.. Bungkus daging dgn daun betik utk melembutkan nya.. Bungkus dan sejukkan@perap selama 48 jam..


Hilangkan pahit peria..
# potong peria kecil2 dan rendam dlm bekas yg berisi campuran air dan garam halus.. Biar selama 10-15 minit sebelum dimasak..


Kekalkan keenakan udang
# bersihkan udang yg hendak dimasak.. Bilas sekali lg dgn air kelapa sebelum ditanggalkan kulit nya..


Ayam goreng wangi dan enak
#bersihkan ayam.. Gaul bersama bahan2 yg telah ditumbuk lumat iaitu.. halia.. Kunyit hidup.. Serai.. Bawang putih dan garam..  Perap dahulu sebelum digoreng..


Sos tiram tahan lama
# tuang sos tiram ke dalam bekas bertutup rapat atau kedap udara.. Simpan di dalam peti sejuk.. #Elakkan menuang sos tiram drpd botol terus ke dlm masakan@kuali supaya wap tidak memasuki botol tersebut.. Amalkan petua ini dan anda akan dapati sos tiram anda tahan lebih lama dan tidak mudah rosak..

 



Tuesday, 16 October 2012

ayam masak kicap

selamat malam semua.. direct to the point je lah ye.. resepi yg saya nak share utk entri kali ni ialah ayam kicap/semur .. sebenarnya resepi ni saya ambil dr myresipi dan kak besah merupakan puan empunya resepi.. mohon share disini pula ye kak besah.. terima kasih..





RESEPI = AYAM MASAK KICAP/SEMUR
SUMBER = KAK BESAH (MYRESEPI)


BAHAN2NYA:
  • 1 ekor ayam dipotong2 - (utk nasi ambeng belah 2 je) - digaram kunyitkan - saya potong mcm biasa saiz sederhana
  • 7 biji bawang merah, 5 ulas bawang putih & 2 cm halia - ditumbuk- saya hiris
  • 5 biji buah pelaga & 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 batang kulit kayu manis (pilih la yg agak nipis & 4 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu makan mumbung - lada hitam @ putih 
  • 2 sudu makan bawang goreng
  • 2 btg serai - dititik ( x wajib)- saya xletak
  • kicap lemak manis kipas udang label merah secukup nya - saya guna brand lain
  • sedikit hirisan lobak merah - saya tambah 
  • sedikit serbuk pati ayam - saya tambah
  • air secukup kegunaan - saya tambah

CARA2NYA:
  1. panaskn minyak (terendam) & goreng ayam hingga masak- jika ayam dibelah 2 kena tutup semasa menggoreng supaya dlmnya masak - ketepikan - saya xgoreng.. tumis hingga pecah minyak je sebelum dicampur dgn bahan2 lain..
  2. goreng kulit kayu manis.. bunga lawang & biji lada hitam dgn sedikit minyak hingga ranggup - dlm 5 minit, api agak kecil.. jgn smpai hangus. 
  3. pastu tumbuk @ blend kering hingga agak halus - masukkan sekali bawang goreng - kisar sebentar - ketepikan.
  4. keluarkan minyak bekas goreng ayam td hingga tinggal 2 senduk.. pastu tumis bawang2 & halia yg ditumbuk td hingga agak garing..
  5. masukkan bunga cengkih..  pelaga & serai, seterusnya msukkn rempahan kisar (no 2 & 3) kacau hingga wangi.
  6. tuangkan kicap smbil dikacau rata terus masukkn ayam goreng.. sesuaikan rasanya sambil dikacau rata hingga kicap mnjadi karamel.. lekat pd ayam & terasing dr minyak.. tutup apisaya xbuat kering.. saya tambahkan sedikit air supaya berkuah..
  7. siap dan sedia untuk dihidangkan..







Monday, 15 October 2012

homemade chocolate ice cream

hello semua.. masih ada yg berjaga malam ke?kalau korang susah nak lelap.. jom kita layan resepi "homemade chocolate ice cream".. saya ni kalau ada je resepi ice cream cepat je nak cuba.. hehe.. bukannya apa.. anak tgh membesar.. selera makan pun mkin up lah kan.. daripada beli baik buat sendiri.. kos belakang kira lah.. yang penting "bersih".. tu yg plg utama..



okeylah.. sebenarnya resepi ni saya dapat dari salah satu group memasak yg saya join.. tp xdpt nak ingat yg mana 1 sb byk jg group yg saya join.. puas semalaman cari resepi tu tp xjumpa jg.. so,maaf ye tuan punya resepi.. kalau terbaca entri ni boleh lah munculkan diri ye.. saya cuma nak say TQ..


RESEPI = CHOCOLATE ICE CREAM


BAHAN2NYA:
*saya buat separuh adunan je dari resepi di bawah
*tulisan MERAH saya.. 
  • 1 cawan susu pekat - 1/2 cawan
  • 1 cawan susu cair - saya gantikan dgn 1/2 cawan susu uht full cream
  • 1 cawan air suam - 1/2 cawan
  • 3 sudu serbuk koko - (saya guna 1 sudu besar van houten cocoa powder)
  • 2 cawan coklat masakan dicairkan- beryl's (1 cawan le bourne milk chocolate compound)
  • 2 sudu besar ovalette - 1 sudu besar
  •  1 biji telur - xletak pun boleh (saya xletak)

CARA2NYA:
  1. satukan semua bahan dalam mixer dan pukul hingga semua bahan sebati.
  2. masukkan ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk lebih kurang 2jam.
  3. kemudian,mixer sekali lagi dan sejukkan semula di dalam peti sejuk.
  4. selepas itu,boleh lah di makan atau kalau nak hasil yang lebih gebu boleh ulang proses 1&2 sekali lagi.. saya buat 2 kali je..


comot dah aiskrim sebab dah mula cair.. bab2 tangkap gambar ni "failed".. pusing sana.. pusing sisni.. angkat ini.. angkat itu.. last2 hasilnya yang ado juga.. xpelah kan yg penting boleh makan.. hehe.. oklah.. good nite all.. mimpi yang indah ye.. nite.. zzzzzzzz...