Wednesday 20 February 2013

montreal grilled chicken

montreal grilled chicken..
hidangan yang saya sediakan untuk lunch anak balik dari tadika..


 selalunya sebelum anak pi tadika, saya akan tanya.. balik nanti nak mkn apa.. mesti dia jawab.. ayam panggang.. mmg dia suka sgt.. makan hari2 pun xpe.. hehe..


MONTREAL GRILLED CHICKEN
  •  1 keping peha ayam ( keseluruhan bahagian peha )
  • maggi cukup rasa - boleh ganti dgn serbuk pati ayam @ garam
  • montreal chicken seasoning - secukup kegunaan
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia- ditumbuk
  • sedikit butter
  • sedikit herba rosemary kering

CARA2NYA:
1. ayam dibersihkan & toskan airnya.

2. kemudian lumur ayam dgn bahan2 yang lain.. iaitu.. maggi cukup rasa, montreal chicken, bawang putih & halia - (kalau ada jus dari halia yg ditumbuk tadi, masukkan sekali ), butter & rosemary.

3. perapkan beberapa jamsaya perap 2 jam je.

4. masukkan dlm oven bersuhu 160c selama 1 jam ( kalau xnak garing sgt boleh kurangkan tempoh masa @ kalau nak lebih garing boleh tambahkan masa - ikutlah kesesuaian selera masing2 )



 sedia untuk dihidangkan bersama sayuran @ nasi @ sos kegemaran masing2.. saya hidangkan bersama MASHED POTATOES & GRAVY.. hirisan tomato & brokoli..



inilah montreal chicken seasoning.. baunya lebih kurang mcm pati ayam biasa tu.. dulu xtau pun pakai seasoning ni tapi lepas kenal kak rose hanim dlm group masakan, barulah saya tahu & gunakan.. jadinya.. resepi ni diilhamkan dari kak hanim lah.. sb kak hanim suka sgt guna MC ni buat "ayam bako".. hehe.. tp panggang ayam guna ni mmg best.. xperlu guna byk bahan lagi..

okeylah.. nak rehat kejap ye sebelum masuk dapur utk sediakan makan malam pula.. ^_^..


5 comments:

Evelyn Gemina said...

Sedapnya may, anak2ku pun suka lunch cam ni tapi confirm sayur ditolak tepi,hehe

Unknown said...

samalah lyn.. tu pun mashed potatoes jak yg dimakan.. sayur confirm aku lah tukang kasi habisnya.. hehe..

dedetea66 said...

eemmh enak tuh kelihatanya,,boleh dicoba neh hehehe,,,,Thx

Unknown said...

terima kasih chef dede atas kunjungannya ke sini.. thx juga ya..

Unknown said...

yummylicious..