Monday, 18 February 2013

homemade mashed potatoes & gravy

selamat petang..
entri kali ni nak berkongsi resepi homemade mashed potatoes & gravy..


untuk mashed potatoes.. saya gunakan resepi milik ujenzz@myresepi..   manakala resepi sos@gravy sumbernya dari dapur kak madiha.. dan daun pandan merupakan pemilik resepi.. terima kasih dan mohon share disini pula ye ujenzz, kak madiha & daun pandan.. TQ..


MASHED POTATOES:
  • 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2 )
  • 1 sudu kecil lada hitam di tumbuk halus - saya guna yang serbuk tapi saya tak letak 1sudu kecil.. saya letak sikit je..
  • 1/2 cawan fresh milk
  • garam secukup rasa 

CARA2NYA: 
1. Rebus kentang dgn sedikit garam 

2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit bagi hancur 

3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.

4. Sambil putar, sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.

p/s - untuk mashed potatoes ni saya buat agak lembik sikit ye.. saja nak sesuaikan dgn selera anak.. senang dia nak telan..



SOS KENTANG PUTAR (GRAVY) :
  •  650ml air
  • 5 sudu besar stok ayam ( dlm botol ) - kak madiha guna 1 kiub ayam brand knorr
  • 1 biji bawang besar
  • 1 batang saderi 
  • 40gm mentega
  • 20gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit kicap pekat - utk bagi warna
  • garam secukupnya - saya xletak


CARA2NYA: 
1. Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih.. Renihkan dalam 10 minit - Tapis ke dalam mangkuk. 

2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum - Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.   

3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tepung tak bergentel. 

4. kemudian, masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat - Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam. 

5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai - NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin. 

 inilah stok ayam dlm botol yang digunakan dlm resepi di atas..  tapi saya letak 4sudu besar je stok ayam ni.. garam pun xletak.. sb takut masin.. hehe.. tapi lain org lain citarasa kan? so,buatlah yg menepati citarasa masing2.. 

 siap pun.. sejak dah tahu buat ni.. asyik nak buat je.. pantang tengok ubi kentang.. mesti nak buat.. hmmmmm....


Sunday, 17 February 2013

stew ayam berhalia

salam hujung minggu..
stew ayam berhalia merupakan menu lunch kami sekeluarga.. 
simple tapi tetap mengenyangkan..


STEW AYAM BERHALIA
  • 600g daging ayam @ lebih kurang 1/2 ekor ayam saiz sederhana
  • 50 g @ lebih kurang 8 inci halia - hiris nipis
  • 2 inci halia - ditumbuk lumat (optional )
  • 1 labu bawang merah - dipotong 4
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 biji ubi kentang saiz besar
  • 1 biji lobak merah 
  • sweet peas - ikut suka nak banyak mana
  • sedikit sos tiram
  • serbuk pati ayam tumix secukup rasa
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 2 sudu kecil apple cider vinegar (optional )
  • sedikit minyak untuk menumis

CARA2NYA:
1.  panaskan minyak - tumiskan halia yg dihiris & bawang merah sehingga naik bau.

2. masukkan sebahagian daun bawang & gaul rata.

3. tambahkan ayam, kentang, lobak merah & halia tumbuk - gaul sebati.

4. tutup periuk & kecilkan api - biarkan ayam masak secara perlahan dgn suhu api kecil.
tapi pastikan ayam tidak hangit - sentiasa dikacau.

5. perasakan dgn sos tiram & pati ayam secukup rasa.

6. kemudian tambahkan sweet peas, apple cider vinegar & kicap pekat - gaul rata & tutup lagi periuk ( pastikan api sentiasa kecil ).

7. teruskan masak sehingga air & minyak dari ayam keluar & bahan2 meresap sepenuhnya.

8. tambahkan baki daun bawang - gaul rata & matikan api.

p/s - resepi ni saya tidak gunakan air, cukup dgn air dari ayam yang akan keluar semasa dimasak nanti - kalau korang suka kuah lebih bolehlah tambahkan air mengikut citarasa masing2 ye..

tengahari ni kami sekeluarga makan stew ayam berhalia ni je.. xyah masak sayur lagi sb sayur2an dah sedia ada.. senang kerja saya kan.. hehe..

Saturday, 16 February 2013

sausage and mix vegetables bun

salam petang sabtu..
sausage and mix vegetables bun merupakan entri utk kali ini..


 menurut kak noor, resepi ni boleh dipelbagaikan utk membuat donut, pizza, roti @ pau.. memandangkan ianya boleh dipelbagaikan, saya pun membuat sausage & mix vegetables bun utk menghabiskan stok sosej yg sedia ada.. tetapi sukatan gula tu kenalah adjust mengikut jenis roti yg kita buat.. sb kalau buat pizza rasanya xperlulah manis sgt kan.. so,kita adjust mengikut kesesuaian ya..


resepi ni saya rujuk dari kak NOOR DZ SALLEH yang dikongsikan dalam group MAI SHARE RECIPE.. dan kak UCU TIPAH  yang dikongsikan dalam laman facebook.. apa2pun terima kasih pada kak noor, kak mai zura & kak ucu tipah..  izinkan saya panjangkan resepinya kat sini ye..



BAHAN2 UTK BUN:
400g tpg roti - saya guna 500 gm tepung roti
100g tpg gandum - saya xletak
1 peket mauripan (11g)
40g susu tepung
80g gula kastor/kasar -  saya guna 80gm sama mcm kak noor, kak ucu guna 100g
80g marjerin - saya guna 40g butter & 40g shortening
1sk bread improver
1sk dough softener
1 biji telur yang dicampur dgn air sejuk utk dijadikan 265gm

TOPPING:
sosej secukupnya
mix vegetables secukup kegunaan
mayonis
sos cili @ tomato 

 CARA2NYA:
1. Satukan dahulu bahan2 kering utk bun.. diikuti bahan basah kecuali butter - gaul rata

2. Masukkan butter - uli hingga menjadi doh yg lembut

3. biar 30 minit @ sehingga kembang - saya tutup dgn cling film
  
4. bentukkan mengikut bentuk yang digemari.. kalau nak buat bentuk macam saya boleh rujuk SINI 
cuma gantikan parutan cheddar cheese dengan mix vegetables, kemudian pipekan mayonis & sos cili @ tomato..



5. susun dalam dulang pembakar yg telah disapu dgn sedikit butter & rehatkan lagi sehingga kembang 2 kali ganda..
 
6. bakar dengan suhu 160c selama 30-40minit @ sehingga masak - bergantung oven masing2..


sedia untuk dihidangkan & dinikmati..


Friday, 15 February 2013

dory fillet with vegetables

selamat tengahari.. 
dory fillet with vegetables merupakan menu lunch utk saya dan anak hari ni.. kat rumah tgl berdua je.. nak masak heavy xde org yang nak mkn.. so, saya masak yang simple je lah..



sesekali layan western food mmg best.. kenyang pun kenyang.. xperlu makan nasi lagi.. kalau nak diet tu elok sangatlah amalkan pemakanan sebegini.. 


DORY FILLET WITH VEGETABLES :
  • 1 keping ikan dori - saiz besar
  •  1 ulas bawang putih - pilih yang besar, kalau kecil guna 2 biji - ditumbuk
  • 1 cm halia - ditumbuk
  • maggi cukup rasa - secukup kegunaan
  • thyme flakes - secukupnya
  • sedikit minyak zaitun @ minyak masak biasa ( optional )

 CARA2NYA:
1. perapkan ikan dori bersama bawang putih, halia, maggi cukup rasa & thyme flakes - perap dalam satu jam.

2. dalam non stick pan, panaskan lebih kurang 2-3 titik minyak zaitun @ minyak masak - masukkan ikan yang telah diperap dan masak sehingga kedua-dua belah ikan masak sempurna.



 untuk menu ni. saya gandingkan ikan bersama sayuran seperti sweet peas,carrot & brokoli yang telah dicelur sehingga masak sepenuhnya.. kemudian,untuk melengkapkan lagi hidangan ini, saya hidangkan bersama homemade mashed potatoes & gravy.. 

menu yang ringkas tetapi kaya dengan sumber khasiat..

Wednesday, 13 February 2013

karipap berinti sayuran & udang kering

selamat petang semua.. 
menu apa yang disajikan untuk minum petang ni?


untuk family saya simple je.. 
karipap berinti sayuran & udang kering..  


masih lagi menggunakan resepi kak jue nida yang saya pernah kongsikannya sebelum ini utk versi karipap ayam.. tetapi kali ini.. saya buat  inti sayuran2 dan hanya membuat 1/4 dari  resepi asal.. kalau korang nak buat banyak boleh klik SINI ye..



BAHAN2 INTI :
  •  segenggam udang kering - rendam - tos - tumbuk kasar
  • 1 labu bawang merah - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 biji ubi kentang saiz besar - rebus separuh masak 
  •  segenggam sengkuang yang telah dipotong dadu
  • 1/2 biji lobak merah - di hiris nipis
  • 2 helai daun bawang - dihiris halus
  • serbuk pati ayam tumix secukup rasa
  • sedikit air
  • sedikit kicap pekat - utk bagi warna gelap
  • 1 sudu besar sambal udang bercili rangup DELIMAS
  • sedikit minyak untuk menumis
  •  3 biji telur rebus - dipotong 4


CARA2NYA:
1. panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah & putih hingga naik bau.

2. masukkan sengkuang & udang kering - masak seketika

3. tambahkan ubi kentang & lobak merah - gaul rata.

4. tambahkan sedikit air & perasakan secukupnya dengan pati ayam tumix & kicap pekat - masak sehingga kentang lembut..

5. tambahkan sambal udang DELIMAS dan hirisan daun bawang - gaul rata & matikan api. sejukkan seketika sebelum digunakan.


KULIT KARIPAP :
( menghasilkan 11-12 biji karipap saiz sederhana )
  • 250 gm tepung gandum
  • 62.5 g marjerin
  • 112.5 ml air + sedikit serbuk pati ayam
 
CARA2NYA:
 1.  satukan tepung & marjerin - gaul rata @ ramas2 sehingga tekstur tepung menjadi seperti berderai.

2. masukkan air sedikit demi sedikit & uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan - kalau doh keras boleh tambah sedikit air tapi jangan terlalu banyak.. nti doh lembik susah nak canai.

3. canai doh & letak atas acuan karipap - letak inti yang telah dimasak tadi & telur rebus. kemudian, tutup @ kelim doh sekemas & serapat  yang boleh..

4. goreng karipap hingga keperang2an .. dlm minyak yang panas dgn menggunakan api sederhana - angkat & toskan minyak sebelum dihidangkan.


siap pun.. bolehlah dihidangkan untuk keluarga tersayang..

Tuesday, 12 February 2013

bubur ayam

selamat bersiaran..
entri yang cukup simple kali ini dgn bubur ayam..


bubur ni dimasak disebabkan anak demam.. tonsil bengkak.. bila tonsil dah bengkak.. kenalah makan yg lembut2 kan.. memandangkan anak mkn bubur.. kami suami isteri pun joinlah sekali.. bak kata suami.. dah lama xmakan bubur.. hehe..


BUBUR AYAM:
  • 1 pot beras - basuh - toskan
  • air secukup kegunaan utk masak bubur
  • 4 ketul ayam - saiz besar - buang tulang
  • 1 labu bawang merah - hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2cm halia - ketuk
  • 1 batang saleri - potong sederhana panjang
  • 1 biji lobak merah
  • serbuk pati ayam tumix - secukup rasa
  • stok ayam pekat maggi - secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis
  •  sedikit minyak bijan - bagi bau je

BAHAN SAMPINGAN:
  • ikan bilis goreng
  • bawang goreng
  • hirisan daun bawang


CARA2NYA:
1. satukan air & beras - masak seperti biasa.

2. sementara itu, dalam kuali yg lain.. panaskan sedikit minyak & tumis bawang merah, bawang putih & halia sehingga naik bau.

3. tambahkan saleri, lobak merah dan ayam - masak dgn api perlahan sehingga terbit minyak dari daging ayam - sentiasa kacau.

4. bila bubur dah separuh masak, guna whisk kacau2kan sedikit ( cara saya bg bubur cepat lembut & sedikit hancur ) - cara ni optional ya... 

5. kemudian, masukkan campuran daging ayam yg dimasak secara perlahan tadi ke dalam periuk yang berisi bubur ( masukkan sekali minyak yg terhasil dari tumisan daging ayam tadi supaya bubur  berbau wangi )  - teruskan memasak seperti biasa.

6. perasakan dgn  stok ayam pekat maggi dan serbuk pati ayam tumix.

7. matikan api bila bubur dah masak - letak beberapa titik minyak bijan di akhir proses memasak.



hidangkan bubur bersama ikan bilis goreng, bawang goreng & hirisan daun bawang.. tapi ni utk kami lah.. anak makan bubur tanpa bahan sampingan diatas..

 sedia untuk dinikmati.. 
sesekali layan bubur best juga kan.. xsedar habis satu mangkuk.. hehe..

Monday, 11 February 2013

mee rebus cik ani

selamat malam.. mee rebus cik ani ini merupakan resepi dari chef wan.. tetapi sumber resepi datangnya dari  kak madiha.. menurut kak madiha pula,resepi ni sumbernya dari yatie memories yang dikongsikan oleh che mat gebu .. terima kasih utk kak madiha, kak yatie & che mat gebu..
mohon share disini pula ye..


 BAHAN2NYA: 
(saya buat 1/2 dari resepi dibawah) 
  •  1 kg mee kuning 
  • 150 g taugeh, buang ekor 
  • 2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis 
  • 2 biji cili hijau, hiris 
  • 1 biji cili merah, hiris 
  • 1 pokok daun sup, hiris 
  • 1 pokok daun bawang, hiris 
  • 4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2 
  • 6 biji limau kasturi, belah 2 
  • Bawang goreng secukupnya 
  • Kuah mee rebus*

BAHAN2 KUAH MEE REBUS:
  • 1/4 cawan minyak masak 
  • 2 camca besar rempah kari daging 
  • 2 1/2 camca besar taucu, tumbuk lumat 
  • 500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit) 
  • 5 - 6 cawan air 
  • 500 g keledek 
  • 1 cm lengkuas, dititik 
  • 1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus 
  • 1 biji tomato, belah 4 
  • 7 biji bawang merah kecil* 
  • 3 ulas bawang putih* 
  • 1 cm halia*(*tumbuk halus) 
  • Garam dan gula secukup rasa
  
CARA MEMBUATNYA:
1. daging dihiris nipis & rebus hingga lembut - kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dahulu.

2. rebus juga keledek hga lembut & kisar halus.

3. panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus iaitu bawang merah kecil, bawang putih & halia sehingga naik bau.

4. tambahkan taucu & rempah kari - kacau rata ( tambah air jika perlu )

5. masukkan daging - kalau daging rebus,masukkan sekali air rebusannya *, air, keledek & lengkuas.

6. masak perlahan selama 20minit.

7. tambahkan kacang tanah kisar & tomato, perasakan dgn garam & gula - masak hingga kuah pekat (selalunya utk kuah mee rebus perlu manis sedikit).

CARA PENYEDIAAN:
1. celur mee rebus & taugeh mengikut kuantiti yg diperlukan , kemudian letak dlm bekas yg sesuai.

2. kacau kuah & tuang atas mee.

3. letakkan telur rebus ( saya xletak sb habis stok ), taburkan dgn cili hijau & merah,tauhu,hirisan daun sup @ bawang (xletak juga sb xde stok.. hehe..), bawang goreng & perahan jus limau kasturi.


 sedia untuk dihidangkan.. hmm.. sememangnya sedap..