Tuesday, 13 November 2012

potato bread

happy diwali and happy holiday all..

agak lama juga saya tidak mengupdate blog.. maaflah ye kalau ada yang singgah tapi xde entri baru.. semenjak dua menjak ni sibuk sangat.. banyak sgt kerja yang perlu disiapkan.. ^_^
  



okeylah.. entri kali ni meroti lagi ye.. biasalah musim hujan.. nak keluar mmg malas.. lagi2 bila fikir nak bawa anak.. haish.. alih2 duk rumah je lah buat roti.. resepi ni saya ambil dari naz rinn chan .. dan tgh2 surf internet terjumpa resepi yang sama di dapur suzi.. dan resepi ini adalah milik onigiri@myresepi.. so,bila dah yakin dgn resepi ni.. saya pun mula kan lah kerja2 meroti ni.. mohon share di sini pulak ye ONIGIRI.. NAZ RINN CHAN & DAPUR SUZI.. thank you :)




POTATO BREAD

  • 300gm tepung berprotein tinggi @ tepung roti
  • 2 sudu kecil yis segera
  • 3/4 sudu besar susu tepung - saya guna dutch lady instant (madu)
  • 3/4 sudu kecil garam halus
  • 50-70gm gula kastor - saya guna 50gm
  • 60gm ubi kentang - direbus-dilenyek-ditimbang
  • 1/2 biji telur - dipukul (1/2 lg guna utk sapu roti)
  • 135ml air sejuk (dari peti ais)
  • 30gm mentega


KRIM KASTARD:
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung kastard/tepung jagung - saya guna t.kastard
  • 4 sudu besar gula kastor/pasir - saya guna 3 SB gula kastor
  • 1 cawan susu segar
  • 1 biji telur gred A @ 2biji kuning telur - saya guna 1biji telur gred A
  • secubit garam halus
  • 1 sudu besar mentega 
 
CARA2NYA :
DOH
masukkan kesemua bahan kering (tepung, yis, susu tepung, garam & gula) ke dalam mangkuk pengadun.. guna spiral hook ya..
 putar sebentar dgn speed perlahan..
 tambahkan kentang lecek dan telur..
 teruskan memutar..


masukkan air sedikit demi sedikit..


putar lagi selama 15-20 minit dengan speed sederhana.. TETAPI.. pastikan awasi mixer anda... kalau guna mixer yang BUKAN heavy duty lagi2 jenis plastik @ ringan ni.. eloklah pegang mixer tu sebelum ada benda yang "terbang" ye.. hehe.. dan kalau rasa mixer tu panas.. off kan sekejap baru sambung semula..

jangan tinggalkan stand mixer anda.. (AMARAN).. sebab merbahaya.. kalau jenis heavy duty tu bolehlah leka tapi kalau jenis "ringan" ni tolong hati2 ye.. nanti xpasal2 ada UFO pulak kat rmh berterbangan.. hehe..

kalau guna breadmaker atau uli tangan boleh lah abaikan step ini ye.. tapi sb saya xde BM dan malas nak uli tgn,so.. saya gunalah stand mixer biasa ni..


kemudian,masukkan mentega..


putar lagi lebih kurang 10 minit sehingga doh menjadi elastik.. kemudian,offkan mixer..
tutup & perap doh selama sejam @ sehingga menjadi 2 kali ganda saiznya.. simpan di kawasan yang suhunya agak panas.. saya simpan d beranda rumah..

KRIM KASTARD..
 okey.. sementara tunggu doh naik.. kita buat pulak krim kastardnya.. dlm satu bekas, masukkan tepung gandum.. tepung kastard.. gula & garam..


bancuh dengan menuang susu sedikit demi sedikit sambil terus dikacau supaya tidak berketul..
 masukkan telur dan kacau hingga sebati..


masak atas api sederhana sambil terus dikacau.. bila krim kastard sdh likat,angkat & matikan api..


kemudian,baru letakkan mentega dan pukul hingga sebati.. 


bila krim kastard sudah sejuk.. masukkan ke dalam piping bag. saya simpan di dalam peti sejuk untuk dapatkan tekstur yang lebih pekat.. supaya senang nak pipe atas roti nanti..



okey.. krim kastard pun dah siap.. ketika ini,adunan doh pun tentu dah naik 2 kali ganda.. tumbuk untuk mengeluarkan udara.. kemudian,uli sekejap dlm 1/2 minit..



sediakan loyang 7 X 7" yang telah digriskan dgn sedikit mentega.. saya guna loyang 8 X 8" sb xde loyang 7".. bulat2kan doh menjadi 16 biji bebola.. nak timbang utk bg sama saiz lg bagus.. tapi saya xtimbang.. saya bulatkan main agak2 je..


tutup dan perap lagi doh lebih kurang 40-45minit..


setelah 40-45 minit beginilah keadaan doh..  montok gitu.. hehe..


sapukan telur di atas permukaan doh..


kemudian, pipekan krim kastard sebagai 'finishing' sebelum di bakar pada suhu 180c selama 20minit.. tetapi jika permukaan roti sdh keperang2an sebelum 20minit.. tutupkan suis oven & biarkan roti masih tetap di dalam oven sehingga cukup 20minit..


hasilnya selepas masak.. nampak pelik pulak roti saya kan.. muahaha.. konon2 nak bg kemas.. tu yg trim sikit kat tepi2 roti.. last2 pelik pulak kejadiannya.. biarlah kan,yg penting boleh makan.. hehe..


agak tinggi juga roti ni naik..


walaupun "keadaan"nya nampak pelik tapi kegebuannya jelas terserlah.. hehe..


oklah.. tgn & jari pun dah lenguh semacam.. entri berhenti di sini dulu ye dan untuk yang berminat selamat mencuba ya..

Tuesday, 6 November 2012

oreo brownies

salam sejahtera semua...



entri kali ni nak kongsi resepi oreo brownies.. sebelum ni baru sekali cuba buat brownies.. kali ni nak cuba lagi tapi dengan versi yang lain.. OREO.. kalau budak2 mesti suka oreo kan.. so,bila gantikan kekacang dengan oreo.. nyata rasanya lebih rangup dan sedap.. tp tu pendapat saya secara peribadi je lah ye.. kalau korang xtau lah.. yelah,jangankan selera lain2.. tekak pun milik masing2 kan.. xdenya yang berkongsi tekak.. hehe..



resepi ni saya ambil dari sugar and snapshots .. bila tengok gambar oreo brownies tu terus hati tertawan.. hehe.. masa tu boleh imagine je lah kan rasanya... nak makan xboleh.. so,drpd asyik terbayang baik try buat sendiri.. jadi,apalagi..proses penyediaan pun bermula lah..



 resepi ni menghasilkan 16 potong brownies berukuran 2x2 inci.. dan loyang yang digunakan ialah 8x8x3 inci ( 20 cm).. square pan.. tetapi ada beberapa bahan yang saya ubahsuai mengikut stok yang ada kat dapur.. dan saya hanya buat separuh adunan sahaja.. yelah,family kecik je.. so,buat sikit2 je lah..  kang membazir pulak.. 



okeylah sebelum kita skodeng resepinya.. kenalah ucap terima kasih dulu kan.. thank you to sugar & snapshots and Lorraine Pascale (baking made easy) for the great great recipe.. TQ  ^_^




RESEPI = OREO BROWNIES
SUMBER = SUGAR & SNAPSHOTS
(Adapted from Lorraine Pascal’s Baking Made Easy)

INGREDIENTS:

5 1/2 oz (165g) unsalted butter - saya guna salted butter
7 oz (200g) semi-sweet chocolate, finely chopped
4 eggs
5 1/2 oz (165g) light brown sugar - saya kurangkan 7gm
3 tbsp all-purpose flour
1 tbsp cocoa powder
A pinch of salt - saya xletak
16 Oreo cookies, broken into pieces

INSTRUCTIONS:

Preheat your oven to about 350°F (180°C). Line an 8x8x3-inch (20cm) baking pan with baking paper with the paper overlapping the sides (this will make them easier to lift out of the pan after baking.  

Melt your butter in a pan over medium heat. Remove from heat and add the chopped chocolate, stir until smooth and well combined. 

Whisk the eggs in a large mixing bowl until they triple in volume. Add half the brown sugar around the outer edge of the eggs in the bowl (so you don’t knock the air out of the mix) and whisk until incorporated. Add the remaining sugar again around the edge, and whisk again for a few minutes until the mix is smooth and you can’t feel any sugar crystals in between your fingers. Whisk the melted chocolate into the eggs quickly to incorporate it.  

Add the dry ingredients (flour, cocoa, salt and a third of the broken up Oreos) around the edge of the bowl and fold in until combined, taking care not to knock the air out. Pour the mix into the paper-lined baking pan. Scatter the remaining chunks of Oreo cookies over the top of the mixture, pressing some into the batter. Bake for 30-35 minutes or until the middle is only slightly gooey. 

Set the pan on a wire rack to cool completely. When cooled, lift the baking paper and brownies out of the pan and set on a cutting board. Cut into 2×2-inch squares (in half and then half again, both ways)


p/s = nampak sgt ketidaksama rataan potongan brownies kan..  maaflah ye.. msa tu anak baru blk tadika.. mmg kelam kabut sikit.. xsempat2 nak ukur... hehe.. bolehlah kan sb yang makan pun  kami anak beranak.. tapi kalau korang nak buat jualan,kenalah buat lagi cantik dari ni ye.. hehe..

Saturday, 3 November 2012

apam balik

salam sejahtera semua..

apam balik entri untuk kali ni.. biasanya main beli je. sb xpernah tau camna nak buat.. tapi selepas kak ani bawok sharekan resepi ni kat facebook dan blog resepi cikgu ani.. saya pun cubalah.. rupanya senang je nak buat.. apapun,terima kasih untuk kak ani bawok atas perkongsian resepi ini..mohon share disini pulak ye.. terima kasih..





RESEPI = APAM BALIK
SUMBER = ANI BAWOK


BAHAN2NYA:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 sudu teh soda bikarbonat 
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1/2 sudu teh pewarna kuning 
  • 1 biji telur 
  • 1 1/2 cawan air 
  • Sedikit mentega@planta untuk mengoles kuali @ gunakan periuk non stick - saya guna pemanggang ajaib IKAN,jadi xperlu gunakan mentega

BAHAN TABUR:
  • jagung krim dalam tin
  • kacang tanah - dikisar
  • sedikit gula

CARA2NYA:

  satukan telur dan gula


 pukul hingga kembang


kemudian,masukkan baking powder,soda bikarbonat,pewarna makanan kuning dan air - teruskan pukul hingga sebati


 selepas itu,barulah masukkan tepung - pukul lagi hingga adunan sebati


 kalau adunan dah sebati bolehlah offkan mixer - ketepikan..


 sediakan periuk.. oles mentega kalau guna periuk biasa.. kalau guna non stick xyah oles mentega dah.. saya guna pemanggang ajaib ikan.. memang mudah sb xmelekit langsung.. so,kerja pun senanglah..


panaskan periuk..


ambil satu senduk adunan..


 tuang atas kuali..


leper @ nipiskan menggunakan belakang senduk..


biarkan seketika sehingga timbul buih2 kecil..


 taburkan dengan bahan tabur (kacang,jagung & gula)


 biarkan masak.. kemudian lipat dua.. angkat - buat hingga adunan habis..


sedia untuk dinikmati.. mudah kan?


makan panas2 memang best.. musim hujan ni.. bolehlah buat sendiri di rumah kan.. hehe.. xyah dah keluar beli.. oklah.. entri stop disini dulu.. selamat mencuba..

Friday, 2 November 2012

bihun goreng

salam sejahtera semua.. masak apa untuk makan malam tadi?anak sebenarnya nak tapau makanan.. nak makan kedai lah (bosan kot makan masakan mak dia hari2.. hehe) so.. keluarlah p jalan2 cari makan.. tp hujan pulak.. bila dah hujan banyak lah gerai makan yang xbuka.. kalau ada yang buka pun.. xmenepati selera anak pulak.. last2 balik rumah.. apalgi,memasak lah.. huhu..


disebabkan penat dan rasa dah mengantuk sangat (lagi2 anak).. saya pun masaklah yang simple.. takut anak tertidur pulak.. sian lah tidur dengan perut kosong.. so,masak lah "bihun goreng".. hehe.. simple tapi mengenyangkan.. (yo lah tu.. hehe..)




sebenarnya resepi ni dari MAJALAH WANITA.. kira segmen masakan ni di taja oleh MAGGIE lah ye sb resepinya mengetengahkan produk maggie CUKUP RASA.. dan sebenarnya lagi.. nama resepi ni "bihun goreng putih" tapi disebabkan family saya suka yang berkicap so.. saya xbolehlah letak nama BGP ni kan.. hehe.. kenalah tukar jadi "bihun goreng" sahaja..


tapi kan..  kalau dah makan se"periuk" dengan anak semua bahan2 kena "adjust" ikut citarasa anak.. cili dgn bahan2 yang yang berbau agak2 kuat (cthnya daun bawang,daun ketumbar) pun saya xboleh letak sb anak xsuka.. kang letak .. mmg xtermakanlah jawabnya.. jadi pandai2lah sesuaikan dgn resepi yang ada.. okeylah jom kita tgk resepinya..





RESEPI = BIHUN GORENG
SUMBER = MAJALAH WANITA



BAHAN2NYA:
  • 300g bihun - direndam utk lembutkan
  • 200g daging ayam - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 2 camca besar minya masak


BAHAN A
  • 1/2 cawan air
  • 1 camca besar maggie cukup rasa
  • 1 camca teh minyak bijan
  • lada sulah - secukup kegunaan
  •  sedikit kicap (saya tambah)


BAHAN B
  • 100g daun kucai - dipotong sepanjang 4cm (saya xletak)
  • 300 g taugeh (saya xletak - ganti dengan kubis beijing)
  • 1 batang lobak merah - di mayang
  • 2 keping fish cake - dihiris (saya tambah)

BAHAN HIASAN - saya xletak
  • 2 tangkai daun ketumbar - dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 pokok daun bawang 


CARA2NYA:
  1. tumis bawang putih dlm minyak panas (2camca besar) hingga wangi.
  2. kemudian,masukkan hirisan daging ayam
  3. goreng hingga ayam hampir masak
  4. masukkan bihun dan bahan A - gaul rata
  5. masukkan pula daun kucai,taugeh,lobak merah dan fish cake (bahan b) - kacau & ketepikan dari api.
  6. hias dengan hirisan daun ketumbar,cili merah dan daun bawang (bahan hiasan)



Thursday, 1 November 2012

homemade peanut butter

selamat malam semua.. cuaca sejuk betul sekarang ni.. maklum lah musin hujan kan.. nak keluar rumah beli barang pun jadi malas.. hmmm.. okeylah entri kali ni DIY lagi.. jgn marah.. hehe.. entahlah saya ni suka sangat dgn DIY ni.. seronok nak cuba sesuatu yang saya xpernah buat sebelum ni.. sebab tu lah.. apa je yang boleh buat sendiri di rumah tentu saya akan cuba..




homemade peanut butter recipe ni saya ambil dari laman web foodnetwork.com .. banyak resepi yang best2 boleh di cuba.. kalau korang berminat.. bolehlah singgah cuci mata kat sana.. resepi ni simple je.. memang berbaloi buat sendiri.. lagi2 jika 1 family sukakan peanut butter ni.. kalau kita beli yang readymade kat kedai tu pun harganya boleh tahan juga kan.. hehe..





kebetulan banyak stok kacang tanah kat rumah.. xtau nak buat apa.. tu yang guna khidmat en google untuk cari resepi yang sesuai.. bila tgk resepi ni..  teruslah saya buat.. sb bahan2 pun memang dah ada.. okey.. jom kita tengok resepi nya ye..



INGREDIENTS:
  • 15 ounces shelled and skinned AB's roasted peanuts 
  • 1 teaspoon kosher salt
  • 1 1/2 teaspoons honey - yang ni saya lebihkan sikit..
  • 1 1/2 tablespoons peanut oil - yang ni pun saya lebihkan sikit.. sb xsuka pekat sangat

 

DIRECTIONS:
 
1.) Place the peanuts, salt and honey into the bowl of a food processor - Process for 1 minute. 

2.) Scrape down the sides of the bowl. Place the lid back on & continue to process while slowly drizzling in the oil & process until the mixture is smooth - 1  1/2 to 2 minutes. - yang ni korang pandai2lah adjust masa.. kurang @ lebihkan masa bergantung tekstur kacang yang korang suka samada nak kasar @ halus..

3.) Place the peanut butter in an airtight container & store in the refrigerator for up to 2 months. 







ROASTED PEANUTS :
  • 2 pounds in-shell raw peanuts*
  • 2 tablespoons peanut oil
  • 1 to 2 tablespoons kosher salt
*Cooks note: If eating peanuts roasted right out of the shell, use Virginia or Valencia peanuts. If utilizing roasted peanuts to make peanut butter, use Spanish peanuts as they have a higher oil content. 


DIRECTIONS :
1.) Preheat the oven to 350 degrees F. 

2.) Rinse the peanuts under cool water to remove excess dirt. Pat dry & place in a large bowl & toss with the peanut oil & salt until well coated. 

3.) Place on 2 half sheet pans, making sure to spread them out into a single layer. Roast in the oven for 30 to 35 minutes, rotating the pans halfway through cooking. 

4.) Once you remove the peanuts from the oven, let them cool slightly before eating. They will continue to "cook" and become crunchy as they cool. 

5.) If using peanuts to make peanut butter, remove shells and discard. Remove the skin by rubbing the peanuts together in your hands held over a salad spinner, allowing the peanuts and skins to fall into the bowl. 

6.) Once the skin has been loosened from all of the peanuts close the salad spinner and spin until all of the skin has been separated from the peanuts. 

7.) Yield: Approximately 2 pounds roasted peanuts in shell 

* yang ni kalau korang xnak ikut pun xpe.. hehe.. guna jak kaedah biasa yg kita biasa guna untuk roast kacang.. 


 
nampak cam panjang dan susah kan resepinya.. tapi sebenarnya senang je.. mcm saya part roast kacang tu saya buat cara saya.. alah yang biasa kita buat utk roast kekacang.. hehe.. kemudian, resepi sebenar utk buat peanut butter ni campur semua bahan kecuali minyak dalam food prosessor..  kalau xde.. darurat bolehlah guna blender tapi pastikan blender tu xde bau2 lain ye.. hehe.. prosess @ blend lebih kurang seminit.

lepas tu barulah tambahkan minyak sikit2.. kalau campuran kacang sudah sebati dan smooth bolehlah offkan food prosessor tu.. keluarkan & simpan di dalam bekas.. sedia untuk digunakan.. mudah kan..




boleh tahan juga rasanya.. mmg dah hampir2 sama mcm yang jual kat kedai.. hehe.. okeylah.. dah lewat malam ni.. badan pun dah letih.. nak siapkan keperluan anak utk p tadika esok.. so.. entri stop di sini dulu ye.. selamat malam... :)