Friday 2 November 2012

bihun goreng

salam sejahtera semua.. masak apa untuk makan malam tadi?anak sebenarnya nak tapau makanan.. nak makan kedai lah (bosan kot makan masakan mak dia hari2.. hehe) so.. keluarlah p jalan2 cari makan.. tp hujan pulak.. bila dah hujan banyak lah gerai makan yang xbuka.. kalau ada yang buka pun.. xmenepati selera anak pulak.. last2 balik rumah.. apalgi,memasak lah.. huhu..


disebabkan penat dan rasa dah mengantuk sangat (lagi2 anak).. saya pun masaklah yang simple.. takut anak tertidur pulak.. sian lah tidur dengan perut kosong.. so,masak lah "bihun goreng".. hehe.. simple tapi mengenyangkan.. (yo lah tu.. hehe..)




sebenarnya resepi ni dari MAJALAH WANITA.. kira segmen masakan ni di taja oleh MAGGIE lah ye sb resepinya mengetengahkan produk maggie CUKUP RASA.. dan sebenarnya lagi.. nama resepi ni "bihun goreng putih" tapi disebabkan family saya suka yang berkicap so.. saya xbolehlah letak nama BGP ni kan.. hehe.. kenalah tukar jadi "bihun goreng" sahaja..


tapi kan..  kalau dah makan se"periuk" dengan anak semua bahan2 kena "adjust" ikut citarasa anak.. cili dgn bahan2 yang yang berbau agak2 kuat (cthnya daun bawang,daun ketumbar) pun saya xboleh letak sb anak xsuka.. kang letak .. mmg xtermakanlah jawabnya.. jadi pandai2lah sesuaikan dgn resepi yang ada.. okeylah jom kita tgk resepinya..





RESEPI = BIHUN GORENG
SUMBER = MAJALAH WANITA



BAHAN2NYA:
  • 300g bihun - direndam utk lembutkan
  • 200g daging ayam - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 2 camca besar minya masak


BAHAN A
  • 1/2 cawan air
  • 1 camca besar maggie cukup rasa
  • 1 camca teh minyak bijan
  • lada sulah - secukup kegunaan
  •  sedikit kicap (saya tambah)


BAHAN B
  • 100g daun kucai - dipotong sepanjang 4cm (saya xletak)
  • 300 g taugeh (saya xletak - ganti dengan kubis beijing)
  • 1 batang lobak merah - di mayang
  • 2 keping fish cake - dihiris (saya tambah)

BAHAN HIASAN - saya xletak
  • 2 tangkai daun ketumbar - dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 pokok daun bawang 


CARA2NYA:
  1. tumis bawang putih dlm minyak panas (2camca besar) hingga wangi.
  2. kemudian,masukkan hirisan daging ayam
  3. goreng hingga ayam hampir masak
  4. masukkan bihun dan bahan A - gaul rata
  5. masukkan pula daun kucai,taugeh,lobak merah dan fish cake (bahan b) - kacau & ketepikan dari api.
  6. hias dengan hirisan daun ketumbar,cili merah dan daun bawang (bahan hiasan)



No comments: