Wednesday, 16 January 2013

rosemary grilled chicken

selamat petang semua.. rosemary grilled chicken merupakan entri utk kali ini..
sebenarnya dah 2kali buat tp xdpt nak ambil gambar lebih2.. sebabnya.. perut sdh berbunyi.. al-maklumlah.. nak panggang sejam.. nak perap lg.. mmg mkn masa jg lah.. anak & suami pulak sdh ready dimeja makan.. sian pulak kan.. dahlah lapar.. lg nak ambil gambar kah.. hehe..


resepi ni saya rujuk dari kak salami simon & evelyn gemina.. mohon share disini pulak ye kak amie & evelyn.. tq ..

 BAHAN2NYA:

1 ekor ayam - guna peha ayam pun boleh
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam - saya kurangkan
1 sudu makan jintan kasar - saya guna all spice
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa (guna kiub ayam yg dihancurkan) - saya guna serbuk pati ayam tumix
2 sudu besar jus limau nipis @ lemon - saya guna jus lemon
3 sudu besar minyak zaitun @ minyak masak
5 biji kentang - nak lebihkan pun boleh
2 biji tomato
6 biji baby carrot @ carrot biasa
sedikit mentega - utk sapu atas ayam


Cara2 membuatnya:
1. Bersihkan ayam, ketepikan. Tumbuk halia hingga lumat & perahkan jusnya pada ayam, gaul rata. 

2. Panaskan minyak zaitun, goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat & ketepikan.

3. Tumbuk dried rosemary & black pepper hingga hancur.

4. Masukkan bawang putih yang di goreng tadi. Tumbuk bersama rempah.

5, Masukkan lebihan minyak zaitun bekas menggoreng tadi, brown sugar, kiub ayam, rempah all spice & jus lemon. Gaul rata.

6. Kemudian, gaulkan rempah tadi bersama ayam. Bungkus / tutup,  perapkan dalam peti sejuk selama beberapa jam.

7. Susun ayam, kentang (yg telah di rebus 3/4 masak), lobak merah & tomato dalam dulang pembakar. Sapukkan sedikit butter pada ayam & sayuran.

8. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam - ni sb saya guna 2 ketul peha ayam ye (kalau guna ayam seekor guna suhu 180-200c)

p/s = sama mcm kak amie & evelyn.. saya juga ambil jus dari ayam dan masak bersama sedikit tepung jagung utk dijadikan sos..


yang ni gambar 1st time saya buat ayam panggang ni.. guna ayam seekor..



hasilnya selepas dipanggang.. terhangit sikit lah pulak.. ni kes xboleh tgu lama lah ni.. so,suhu terpaksa dinaikkan.. jgn tiru cara saya ye.. hehe.. xsempat saya ambil gambar.. ayam telah di'rasmi'kan dahulu.. dah lapar lah tu.. hehe..

akibatnya.. snap gambar kat pinggan je lah..  bolehlah asal ada kan.. masa tu mkn dgn mushroom gravy.. coleslaw & nasi kuning..


hari ni masak guna peha ayam je.. sb anak yg nak.. lgpun cepat sikit nak masaknya berbanding ayam seekor kan.. (kejar masa sebenarnya.. sb pukul 12tghari anak dah blk sekolah)..


kali ni buat agak garing sikit mengikut permintaan bos kecil.. tp yg ni xde tomato sb xde stok kat rumah.. so,terkuranglah satu bahan.. tp tetap xmenjejaskan rasanya..


disebabkan kesuntukan masa plus berat tulang sikit.. makanya.. hari ni makan begini sahaja.. rosemary grilled chicken dgn nasi minyak.. oklah.. ada gravy jg kan.. tp gravy lupa nak ambil gambar.. dah hbs mkn br teringat.. hehe..


 sememangnya ayam panggang rosemary ni telah mendapat tempat dihati kami sekeluarga.. mmg akan menjadi menu favourite di rumah.. terima kasih pada kak amie & evelyn yg mengetengahkan resepi yg sgt sedap ini.. oklah utk yang berminat .. selamat mencuba..


Tuesday, 15 January 2013

milk with fruit cocktail

selamat petang semua..
milk with fruit cocktail.. resepi yang sangat2 ringkas.. utk mereka yg kejar masa tetapi terpaksa menyediakan pencuci mulut... inilah calon yg plg sesuai.. hehe..


resepi ni sgt mudah utk disediakan kerana tidak perlu di masak @ didihkan.. cukup sekadar menyejukannya di dlm peti sejuk..


oklah.. xnak cerita panjang lebar.. jom kita tengok resepinya ye..

 
MILK WITH FRUIT COCKTAIL
  • 1liter susu uht full cream milk
  • 1 tin fruit cocktail - tapis & asingkan sirap dgn buahnya
  • 6 scoop aiskrim vanila - nak kurang @ lebihkan pun boleh
  • sedikit susu pekat manis - optional

CARA2NYA:
  1. satukan susu.. sirap fruit cocktail & aiskrim - kacau sebati hga aiskrim cair sepenuhnya
  2. sesuaikan rasa manisnya.. kalau dah okey boleh terus masukkan fruit cocktail ke dlm campuran susu td tetapi kalau korang rasa kurang manis boleh tambahkan dgn sedikit susu pekat..
  3. sejukkan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan..

 ENJOY  ^_^  !!!!

Sunday, 13 January 2013

kerepek ngaku@arrowhead

selamat malam minggu semua..
 petang tadi kami sekeluarga ber'krup krap'.. krup krap.. hehe..


sebelum ni xpernah mkn kerepek ngaku ni.. kat pasaraya ada lah beberapa kali tgk arrowhead ni.. tp xpernah pulak terfikir yg ianya boleh dibuat kerepek..


memandangkan tahun baru cina dah dekat.. byk lah buah arrowhead ni dijual.. semalam saya beli kat mydin.. murah juga.. 10 biji rm2.27.. sb baru nak try.. tu yg beli sikit.. sekali menyesal lah pulak xbeli byk..


inilah dia buah ngaku @ arrowhead.. bentuknya mcm bawang putih kan.. oklah.. jom kita tgk resepinya.. resepi dari diana zaminna yang dikongsikannya dlm group mai share recipe.. mohon share disini pula ye diana & kak mai.. tq..


10 biji buah ngaku @ arrowhead .. terpulanglah korang nak byk mana ye.. bersihkan - buang kulit & toskan airnya.. tetapi jangan buang tangkainya dahulu.. ini utk memudahkan proses menyagat nti..


sagat dgn menggunakan penyagat kerepek.. saya sagat guna 'peeler' je.. yg biasa kita guna utk kupas kulit kentang.. apple tu..


buatlah sampai habis ye.. 10 biji buah ngaku yg saya bli tu dapatlah banyak ni..


goreng dgn api sederhana.. bila dah sedikit kekuningan.. masukkan air yg telah dicampur dgn sedikit garam.. goreng hingga kekuningan & angkat.. fungsi air garam lbh kepada memberi rasa@perisa pada kerepek ngaku tu.. saya xletak air garam.. saya goreng begitu sahaja..


sejukkan seketika & sedia utk dinikmati.. 


 sedap kerepek ni.. mmg rangup.. xsia2 saya mencuba.. oklah.. selamat mencuba jg utk yg berminat ye..

Saturday, 12 January 2013

aiskrim simple ( versi coffee-mate)

selamat sejahtera semua..
aiskrim simple versi coffee-mate ni dah lama dlm simpanan.. dulu pernah buat.. tp guna blender.. kali ni guna mixer & hasilnya mmg ada perbezaan..


resepi ni sumbernya dari afizaz93@myresepi.. patutpun afizaz menamakannya aiskrim simple sb mmg super duper simple.. senang je nak buatnya.. mohon share disini pula ye afizaz.. tq..


BAHAN2NYA:
  • 2 cawan susu uht - sebarang perisa (saya guna full cream milk & chocolate)
  • 2 cawan coffee-mate
  • 1-2 sudu gula (optional - xletak pun xpe sb susu tu dah sedia manis) - saya xletak

CARA2NYA:
  1.  blend kan kesemua bahan diatas sehingga berbuih @ boleh jg guna mixer
  2. kemudian simpan dlm bekas & masukkan ke dlm peti sejuk
  3. setelah agak beku.. keluarkan semula & blend lg sekali
  4. kemudian, masukkan sekali lg dlm peti sejuk utk bekukannya
  5.  lepas tu bolehlah dimakan
p/s = saya guna mixer & pukul lbh kurang 30minit sehingga campuran susu menjadi gebu & pekat - saya pukul sekali sahaja & terus bekukannya..


 sedia untuk dinikmati..

Friday, 11 January 2013

snow cheese tart


selamat bersiaran di petang jummat.. semoga semuanya sihat2 hendaknya ya.. snow cheese tart merupakan entri untuk kali ini..


skrg.. cheese tart ni merupakan favourite my son.. xkiralah filling apa.. yg penting cheese tart.. kalau egg tart mmg dia xmkn.. paksalah mcmana pun.. dia tutup rapat jg mulutnya tu.. haish.. 


tetapi.. kadang2 pandai demand jg anak saya ni.. siap ckp "bosan'".. kononnya setiap kali saya buat cheese tart, sama je.. amboi.. baru tadika dah byk songeh.. padahal dia jg yg mta buat.. lps kita buat.. dia komplen pulak.. walaupun mulut xhenti2 komplen tp makan tetap makan.. ikut perangai siapalah tu ya.. hihihi..

 

sebenarnya semalam saya dah buatkan cheese tart.. tp saya xletak filling.. cuma plain cheese tart.. snow2 mcm dlm gambar kat atas tu pun saya xbuat.. mmg plain cheese tart.. adakah dia xmkn.. alasannya.. dia mau ada strawberry sbg filling.. mak datuk.. bertuah punya budak.. btl2 dia xmkn.. nasib buat sikit.. huhu..


tetapi.. ada baiknya juga bila ada anak yg jenis picky eater ni.. jadi.. bolehlah kita keluar dari 'kotak' pemikiran kebiasaan kita.. mcm tart ni org selalu buat strawberry.. blueberry.. kiwi.. fruit.. egg @ chocolate cheese tart kan..


jadi.. bila ada anak yg cerewet dlm makanan ni.. secara tidak langsung membantu kita jadi ibu yang lebih kreatif .. maka terhasillah idea utk membuat SNOW CHEESE TART ni.. hehe.


oklah.. saya kalau dah start bercerita.. payah dah nak stop.. jadi sebelum ada yg tertidur dpn laptop..bgs kita terus dgn resepinya ya.. hehehe.. saya msh menggunakan resepi yg sama utk resepi tart shell & cream cheese filling spt sebelum2 ini. mohon ulang tayang lagi resepinya ya kak KAK NADZ & EVELYN.. TQ .. 



TART SHELL:
(saya buat 1/2 adunan)

BAHAN A:
  • 200gm mentega
  • 100gm gula aising - saya kurangkan sikit
  • 1/4 teaspoon esen vanila 

BAHAN B:
  • 1 biji telur

BAHAN C:
  • 420gm tepung - saya guna tepung superfine
  • 1 tablespoon susu tepung 


CARANYA:
  1.  pukul A hga lembut.. kemudian masukkan B
  2. teruskan pukul hga gebu & berkrim - saya guna whisk je
  3.  masukkan C dan gaul rata - teruskan gaul hga mendapat doh yg lembut & licin
  4.  ambil sedikit doh & tekankan ke dlm acuan tart - cucuk dasar tart shell dgn garfu
  5.   bakar dlm oven dgn suhu 170c selama 12-15minit @ sehingga keperang2an
  6.   keluarkan dr acuan & sejukkan dahulu sebelum diletakkan filling


CREAM CHEESE FILLING:
  • 250g cream cheese
  • 20g butter
  • 60g gula aising
  • 100g fresh cream
  • 1 biji telur
  • cheddar cheese (block) secukupnya

CARA2NYA:
1. satukan cream cheese.. butter & gula - pukul hga cream cheese lembut - kat step ni.. saya ambil sikit utk disapu pada permukaan tart yg telah dibakar.. sebelum ditabur dgn parutan cheddar cheese
2. masukkan telur - pukul sebati
3. kemudian,masukkan fresh cream - pukul lg hga agak pekat
4. sedia untuk digunakan


kemudian.. ambil tart shell & isikan dgn cream cheese.. isikan hga agak penuh tp jgn sampai terumpah dr tart shell tu ya.. bakar pada suhu 160c selama 10-15 minit menggunakan apa BAWAH sahaja.. 


setelah tart agak sejuk.. sapu permukaanya dgn sedikit adunan cream cheese yg disimpan tadi.. kemudian parut cheddar cheese sehingga menutupi permukaan tart.. sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan..

  sedia untuk dinikmati..

Thursday, 10 January 2013

bubur anak lebah

selamat petang semua.. cuaca yang agak panas ni membuatkan tekak saya mencari sesuatu yang bukan sahaja sejuk.. tetapi manis.. hehe..


akhirnya, terjumpalah dgn resepi bubur anak lebah ni.. senang je nak buat.. tu yang saya beriya2.. sekejap je dah siap.. cuma nak tgu sejuk tu yang betul2 menguji kesabaran.. hehe...


resepi ni datangnya dari KAKBESAH @ MYRESEPI.. bila tengok resepinya senang & bahan2 semua ada.. teruslah saya mulakan projek..


okeylah.. jom kita tengok resepinya.. mohon share disini ye kakbesah.. terima kasih..


BAHAN2NYA:
  • 1 mangkuk besar cendol pandan
  • gula melaka + gula pasir secukur rasa/manis
  • 1 mangkuk @ lebih santan kelapa
  •  2-3 helai daun pandan - koyak & simpul
  • 1/2 sudu teh garam
  • air secukup kegunaan



CARA2NYA:
  1. masak gula melaka bersama sedikit air.. masak sehingga gula larut.. tapiskan jika perlu -  saya tapis..
  2.  lepas tu masak bersama santan, gula pasir, daun pandan & garam.. sentiasa kacau supaya xpecah santan - sesuaikan rasanya mengikut citarasa masing2..
  3.  bila mendidih.. matikan api & masukkan cendol yg telah dibasuh & toskan airnya terlebih dahulu - kacau rata
  4. siap utk dihidangkan - saya sejukkan seketika lepas tu baru sejukkan sepenuhnya dlm peti sejuk sebelum dihidangkan..
  hmm.. saya mmg suka yang sejuk.. nyaman je masuk dlm tekak.. hehe.. oklah,entri berhenti disini..  selamat bersantai dipetang hari ye..

Wednesday, 9 January 2013

soto 'laksa' ayam

good morning everyone.. sudah breakfast kah.. ^_^..


resepi soto ni sumbernya dari dapur KAK AMIE.. cumanya saya gantikan soon dgn laksa.. hehe.. bukan nak derhaka.. tp sayang laksa tu.. ada lagi sikit dlm peti sejuk.. nti rosak.. so,misi nak memperhabis laksa lah ni.. hehe..



sebenarnya byk bahan yg xde.. tp saya teruskan je masak & gantikan dgn bahan2 yg ada kat dapur.. sb xrancang pun nak buat soto ayam ni.. jadi,kenalah sesuaikan dgn keadaan kan.. yg penting boleh mkn.. hehe..


bergedil pun saya xbuat.. hmm.. bukannya lupa tp tiada kerajinan mau buat.. hehehe.. so, jadilah soto simple.. tp xpe.. utk korang yg berminat saya bagi resepi full dari kak amie.. oklah.. jom kita tgk resepinya.. kak SALAMI SIMON.. mohon share disini pulak ye kak.. terima kasih..


BAHAN2 SOTO AYAM:

1 ekor ayam sederhana besar - belah 4
3 kampit ketupat - rebus melebihi 90 minit - angkat, toskan, sejukkan dan potong kiub - saya xletak
1 cawan kacang tanah - goreng -  xletak
1 mangkuk taugeh - (sebaik-baiknya tunas kacang hijau - buat sendiri lebih baik) - xletak
150gram soon - goreng dan toskan - saya ganti dgn laksa basah
bawang goreng
hirisan daun sup - saya ganti dgn hirisan daun bawang
keropok kulit ayam yg dipotong kecil & digoreng rangup - saya tambah
bebola ayam - saya tambah 
telur rebus - saya tambah


BAHAN TUMISAN UNTUK KUAH:

1 labu bawang besar - kisar
10 biji bawang merah - kisar
5 biji bawang putih - kisar
5cm bonggol pokok sup - kisar
5cm halia - kisar
5 biji buah keras - kisar (pilihan)
1 1/2 sudu lada putih - tumbuk
5cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
garam /perasa pilihan
air secukupnya
minyak untuk menumis
sedikit kicap pekat - saya tambah utk bg kuah warna gelap sikit


CARA2:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan semua rempah seperti kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, dan buah pelaga.
3. Masukkan ayam dan balik-balikkan hingga layu.
4. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
5. Masukkan lada putih, garam dan perasa pilihan. Tutup periuk dan perlahankan api.
6. Apabila ayam telah masak, angkat dan toskan.
7. Biarkan sup terus direnih dengan api paling perlahan.
8. Goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
9. Carik-carik isi ayam dan masukkan tulang ayam tadi ke dalam sup / kuah yang sedang direnih.


BAHAN2 BEGEDIL:

6 biji kentang - kupas dan potong 8
3 tangkai daun sup - hiris
1/3 cawan bawang goreng
1/3 sudu lada putih
1/3 cawan udang kering - tumbuk (tak bubuh pun tak apa)
garam / perasa pilihan
1 biji telur
minyak


CARA2:
1. Goreng kentang hingga masak dan toskan minyaknya.
2. Lenyek kentang hingga hancur - Amie tumbuk dalam lesung.
4. Gaul kentang lenyek bersama daun sup, lada putih, udang kering, dan garam / perasa pilihan.
5. Bulat-bulatkan adunan kentang dan leperkan ditepinya sedikit.
6. Pukul telur dan celup begedil tadi ke dalam telur sebelum menggorengnya.
7. Gorenglah hingga masak atau berwarna kuning keemasan.


BAHAN2 SAMBAL KICAP:

15 biji cili padi
3 biji bawang putih - pilihan
4 sudu kicap manis - Habhals
3 sudu kuah soto
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam / perasa - pilihan

CARA2:
1. Tumbuk cili padi bersama bawang putih - jangan terlalu lumat
2. Gaul rata bersama kicap, kuah dan jus limau kasturi.
3. Jika kurang rasa, masukkan garam dan perasa pilihan.

letak semua bahan di dalam mangkuk & tuang kuah.. hidangkan bersama sambal kicap.. sedia untuk dinikmati.. 

 amacam.. cukup lengkap kan.. itulah dia kak amie.. mmg rajin.. telus.. teliti & lengkap setiap resepi yg dikongsikan.. berbeza btl dgn saya.. hehe.. apapun,tq kak amie.. mmg superb.. ada masa nti saya akan buat 100% ikut resepi asal.. oklah.. utk yg berminat selamat mencuba..